Thursday, 11 October 2018

Dari Gastrik ke Kanser Perut [Jangan Ambil Remeh]

gastrik dan kanser perut
Antara tanda awal kanser perut adalah gastrik kronik akibat jangkitan H. Pylori

Apa itu Kanser Perut?

Ramai yang ambil remeh apabila mereka sakit perut. Tambahan pula, sakit perut jenis kerap. Sangkaan biasa apabila seseorang sakit perut adalah keracunan makanan, senggugut, perut memulas, dan angin. Lebih parah lagi sekiranya seseorang mempunyai sejarah gastrik dan hanya dibiarkan tanpa sebarang rawatan dan hanya bergantung kepada ubat.

Peningkatan kes ini dipercayai ada kaitan dengan ketidaktahuan dan ketidakambilpeduli tentang tanda dan simptom awal kanser perut di samping faktor utama, gaya hidup dan pola pemakanan seseorang.

Kanser perut terletak di tangga keenam kanser paling membunuh untuk kaum lelaki dan kesepuluh bagi kaum wanita. Mengikut statistik, lelaki lebih mempunyai potensi tinggi untuk risiko kanser perut kerana tabiat minum minuman keras dan merokok.

10 peratus penghidap kanser tidak berjaya survive dan meninggal dunia. Pada 1997, hanya kurang lebih 700 kes baru yang disabitkan mempunyai kanser perut. Mengejutkan, 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2017, kes kanser perut yang dilaporkan adalah sekitar 1,400 kes. 2 kali ganda!

Kanser perut berlaku apabila sel di bahagian dinding perut tumbuh secara tidak normal disebabkan ketumbuhan yang berlaku di dalam perut.

Punca Kanser Perut

Ada banyak punca yang merisikokan seseorang untuk kanser perut, namun, masih belum dapat dipastikan punca paling utama yang mengakibatkan lapisan dinding perut menjadi abnormal dan terus kepada kanser. 

Antara perubahan pada diri dan badan seseorang yang boleh menjurus kepada keadaan yang merisikokan untuk kanser perut adalah:

1. Gastrik Kronik 

Gastrik terjadi apabila keadaan normal perut merosot. Dinding pelindung perut yang sepatutnya melindungi perut, telah 'luka' dan terjadi radang. Gastrik dari jenis kronik selalu disebabkan jangkitan Helicobacter Pylori (H. Pylori)

H. Pylori biasa ada sekiranya kita gagal dalam memastikan makanan yang di makan bersih dan gemar mengambil makanan bertin dan dalam pek serta dari jenis segera.

2. Auto-Imun

Ia juga boleh disebabkan oleh tindakan auto-imun badan seseorang, di mana sistem imun menyerang sel di bahagian perut. Sesetengah individu dengan keadaan auto-imun ini akan turut mempunyai masalah perut lain termasuk kanser. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui sejauh mana punca ini berkembang kepada kanser.

3. Intestinal Metaplasia

Intestinal Metaplasia, berlaku apabila lapisan normal di kawasan perut digantikan oleh sel yang menyerupai sel seperti di usus. Ini adalah keadaan awal pre-kanser! Kebiasannya, mereka yang mengalami gastrik kronik mempunyai intestinal metaplasia. Ia ada kaitan dengan bakteria H. Pylori. 

4. Helicobacter Pylori (H. Pylori)

Kajian menunjukkan, H. Pylori boleh mengakibatkan pertukaran sesetengah bahan makanan kepada bahan kimia yang membawa kepada perubahan di dalam DNA seseorang. Perubahan atau mutasi ini akan menjadikan pertumbuhan sel abnormal di dalam perut. 

Makanan yang di pasteur, dalam tin, makanan segera dan yang sewaktu dengannya, antara jenis makanan yang meningkatkan lagi risiko untuk mendapatkan kasnser perut terutama jika jenis makanan ini kerap di ambil dalam jangka masa panjang hidup seseorang. Kehadiran bakteria ini boleh menyebabkan seseorang kembung perut dan berangin.

Menurut Dr Ramesh Gurunathan, Pakar Bedah dan Runding Gastrousus, Pusat Perubatan Sunway, berkata, "Makanan berasid seperti makanan yang di jeruk dan di simpan lama boleh menganggu kesihatan perut. Di Korea dan Jepun, masyarakat mereka gemar mengambil makanan jenis jeruk. Kerana itu masyarakat Korea dan Jepun dilaporkan mempunyai insiden kanser perut yang tinggi,"

Ciri Golongan Berisiko Kanser Perut

gastrik
Illustrasi Jangkitan dan Serangan Helicobacter Pylori di dalam perut

Antara ciri golongan yang berisiko tinggi untuk masalah penyakit kanser perut ialah:

1. Jantina

Lelaki berisiko 2 kali ganda lebih tinggi dari wanita, antaranya kerana amalan merokok dan minuman beralkohol.

2. Umur

Kebanyakan berlaku kepada golongan tua dan kes meningkat bagi usia 60 tahun dan ketas. Tabiat pemakanan tidak sihat yang telah berkembang lama sepanjang hidup menyumbang kepada risiko kepada orang tua untuk menghidap kanser perut.

3. Keluarga

Mereka yang mempunyai sejarah kanser perut dalam keluarga terdekat (ayah, abang, adik dll) berisiko untuk kanser ini.

4. Kaum

Menurut statistik Institut Kanser Negara (2006), kaum Cina berisiko untuk kanser perut sebanyak 61.7%, kaum Melayu 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%.

5. Jangkitan Helicobacter Pylori (H. Pylori)

Jangkitan bakteria ini kerap ditemui dalam kes mereka yang disahkan kanser perut. H. Pylori awalnya menyerang seseorang dalam bentuk gastrik.

6. Rokok

Tabiat merokok merisikokan seseorang untuk 2 kali ganda terdedah kepada kanser perut.

7. Diet

Risiko lebih tinggi bagi seseorang dengan gaya pemakanan yang gemar makanan salai, berjeruk, makanan segera dan dalam tin. Jadikan amalan, memakan buah-buahan dan sayuran serta vitamin untuk dijadikan sumber anti-oksidan mencegah kanser. 

Tanda-tanda Awal 

Tempoh masa untuk mengenali adanya seseorang dengan kanser perut tidak semestinya dalam masa terdekat. Namun, jika kita waspada dengan tanda awal, kita mungkin dapat kenalpasti ia dengan lebih cepat. Tanda ini kebanyakan seperti tanda awal gastrik dan peptik ulser iaitu:
  • Sakit perut
  • Ketidakhadaman
  • Pedih ulu hati
  • Makan sikit dah kenyang
  • Kembung perut (terutama selepas makan)
  • Kerap loya dan muntah
  • Sukar telan makanan
  • Keletihan kerap
  • Kurang berat badan
Tanda kritikal:
  • Najis warna hitam
  • Muntah darah
  • Bengkak pada bahagian perut
  • Bengkak pada kelenjar limfa

Kanser menyumbang 12.6% kematian di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 26.7% di hospital swasta seluruh negara

Cara Atasi
  • Elak rokok
  • Bersenam
  • Makan makanan sihat
  • Elak makanan segera
  • Elak makanan dalam tin
  • Elak Alkohol
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Pastikan kawasan tempat kita nak makan bersih
  • Banyak makan buah-buahan
  • Atasi gastrik dengan Set Gastrik Shaklee
  • Elak bergantung harap dengan ubat semata
  • Dapatkan pemeriksaan doktor jika tanda menyerang
  • Jangan ambil remeh apabila sakit perut

Lelaki berisiko 2 kali ganda untuk kanser perut
Pengambilan Rawatan 

Secara umumnya, rawatan bagi kanser perut adalah pembedahan, kimoterapi dan radioterapi sama ada secara serentak atau berasingan bergantung kepada tahap serius kanser dan hasil keputusan dari endoskopi, biopsi dan imbasan.

Baca Selanjutnya >>

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")