Tuesday, 2 October 2018

Etika Batuk | Common Sense

apa nak buat bila batuk

Batuk ada kuman kuat yang boleh sebarkan penyakit melaluinya. Kalau nak tahu, antara penyakit yang boleh berjangkit dari batuk adalah :

  • Tibi
  • SARS
  • Selesema H1N1
  • Jangkitan kuman

Apabila batuk, wajib patuhi, etika batuk supaya kita tak sebarkan sakit yang ada pada kita serta kuman dari batuk itu kepada orang lain. Terutama golongan yang mudah mendapat jangkitan iaitu :

  • Bayi
  • Kanak-kanak
  • Sistem imuniti rendah
  • Mudah jatuh sakit
  • Orang tua
  • Wanita mengandung

Jadi, apa perlu buat bila batuk?

  1. Palingkan muka ketika batuk dari makanan dan orang lain
  2. Alaskan batuk dengan sapu tangan atau jika tiada, dengan hujung baju, lengan dan elak bersentuhan dengan orang ramai menggunakan alas batuk tadi
  3. Gunakan mask, atau penutup muka apabila berada di tempat ramai
  4. Elak berada di tempat sesak sekiranya mempunyai batuk kuat
  5. Buang terus alas atau tisu yang digunakan untuk batuk
  6. Cuci tangan dengan bersih sebelum melakukan aktiviti lain
Sekiranya batuk berlanjutan, dapatkan nasihat pakar perubatan.

2 comments:

  1. semua orang kena elert dengan etika batuk ni . kadang ada yang main hembus je huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")