Friday, 5 October 2018

Kenapa Ibu Dalam Pantang Susu Sikit?

susu sikit
Kenapa Ibu Dalam Pantang Susu Sikit?

Selepas melahirkan anak, tanggungjawab pertama yang kita sebagai ibu akan tunaikan semestinya menyusukan anak kita. Kolostrum, susu pekat pertama yang keluar dari payudara ibu sangat memiliki khasiat yang tinggi.

Persoalannya, kebanyakan ibu mengatakan bahawa sewaktu dalam pantang, susu badan mereka sikit dan seolah hampir kering. Betul atau tidak dan kenapa jadi begitu?

6 Sebab Susu Sikit Waktu Dalam Pantang

1. Tidak Mulakan Penyusuan Awal

Sebaik sahaja selepas melahirkan, kita hendaklah terus mulakan sesi penyusuan. Jangan bertangguh! Bagi saja anak hisap puting payudara kita. Hal ini bagi memastikan kelenjar susu kita mula bekerja dan untuk beri siren kepada kelenjar susu untuk hasilkan susu kerana 'tuan susu' dah lahir.

2. Pam dalam Pantang

Seeloknya waktu dalam pantang, beri anak minum direct. Elak pam. Pam lebih sesuai jika dah nak dekat habis pantang sekurangnya selepas 2 bulan dan ke atas. Kita perlu banyakkan beri direct kepada anak kerana hisapan anak lebih power dari pam bagi hasilkan susu lebih banyak.

set menyusu shaklee

3. Makan Makanan Tidak Berkhasiat

Pastikan makanan berpantang kita berkhasiat. Protein, buah, sayur semua cukup! Janganlah makan nasi dan ikan goreng, sup sayur sahaja setiap hari. Ibu menyusu sangat perlu makan banyak dan berkhasiat tinggi. Ingat! Sekarang, kita makan untuk dua orang.

4. Kurang Minum Air

Minum air secukupnya kerana ibu menyusu perlu air yang cukup. Ini bukan sahaja untuk banyakkan susu tetapi bagi tenaga kita sendiri.

5. Kurang Susukan Anak Malam

Kerap beri anak susu waktu malam. Kalau anak tidur, kejutkan. Waktu malam penghasilan susu sangat tinggi dan banyak.

6. Anak Belum Pandai Menghisap

Normal, anak belum pandai menghisap. Latih anak dengan kerap beri mereka peluang hisap sehingga mereka pandai. Sekiranya berlarutan, dapatkan pemeriksaan pakar. 

Baca Selanjutnya >>

4 comments:

  1. kak liez dah lalui pengalaman anak pertama susu kurang tapi salah sendiri sebab skip pam. usaha jugak smp kawan advised makan shaklee..alhamdulillah berjaya susukan anak smp 2 tahun lebih.. yg no 2 pun sampai 2 tahun lebih

    ReplyDelete
  2. cabaran buat ibu2 dlm pantang...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")