Sunday, 28 October 2018

Kenapa Syaza Memilih Breastfeeding?

kenapa saya pilih breastfeed?

Kenapa ya? Kenapa Syaza pilih untuk breastfeed berbanding beri anak Syaza susu formula? :)

Pada diri Syaza sendiri, Syaza pilih breastfeed anak Syaza kerana dia adalah anak Syaza, dan Syaza di tuntut dan digalakkan untuk beri kepada anak Syaza the most nutritious milk in the world; susu ibu.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Surah Luqman : Ayat 14

Siapa yang galakkan? Islam itu sendiri menggalakannya. Bertepatan dengan ayat di atas, tempoh cerai susu adalah dalam masa dua tahun. Sebab tu Allah cipta breast :)

Fungsi breast semestinya untuk menghasilkan susu. Maka, secara automatik, susu itu hak anak. Apa hukum kalau kita cabut hak seseorang? Sudah tentu, berdosa kan :)

Jadi, sebagai seorang ibu, Syaza tak nak jadi ibu yang kejam, cabut dan tarik hak 'makanan' anak Syaza yang ada pada Syaza iaitu, susu Syaza, atau susu ibu dia. Tak ada sebab untuk bagi anak susu formula.

Allah dah ciptakan 'makanan' paling berkhasiat untuk anak kita, berilah.

Dari sebelum ada anak, Syaza dah bercita-cita untuk susukan anak Syaza sendiri. Kira kalau di sekolah, cikgu tanya cita-cita, patutnya Syaza kena masukkan sekali, "Nak menyusukan anak sendiri sehingga 2 tahun!"


Hehe.

Satu lagi, Syaza pilih menyusu anak sendiri juga sebab, rasa belonging dan kasih sayang pada anak tu lain machiaaam. Once kita breastfeed (direct) dengan anak, tatap mata dia, rasa cakaran dia (hahahah), ketawa, gelak-gelak dengan dia, Ya Allah Ya Rahman, nikmatnya!


Macam mana pula dengan kawan-kawan yang lain? 

Kenapa kawan-kawan pilih untuk breastfeed?

Syaza,
My Breatsfeeding Journey - Powered by Shaklee.

1 comment:

  1. Sha dapat peluang breastfeeding ini dengan anak kedua.. anak pertama tak dapat sebab susu kering sendiri.. Bila breastfeeding ini bonding tu lebih kuat.. Tapi tak bermakna bila tak breastfeeding tak ada bonding.. Ada je cara lain untuk kita bonding dengan anak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")