Tuesday, 2 October 2018

3 Kurier Terbaik Penghantaran Parcel ke India Dari Malaysia

 Kurier Terbaik Penghantaran Parcel ke India Dari Malaysia

Pagi 30 September lepas, Syaza receive WhatsApp dari sahabat baik zaman sekolah :

"Salam Fatin, nak mintak tolong. Fatin boleh carikan tak agent Shaklee yang sah di India? Mak cik kita sakit tulang, nak pos calcium. Dari sini boleh ke?"

Kawan Syaza ni dah sedia sebagai ahli Shaklee. Jadi, dia boleh beli sendiri direct dengan HQ Shaklee, jadi ada juga dia bertanya sama ada boleh atau tidak beli terus dan hantar ke India. Dia ingin mendapatkan Ostematrix Shaklee (kalsium) sebab ada feedback positif sebagai seorang pengguna Shaklee.

Jawapan bagi soalan di atas tentang penghantaran direct ke India dari HQ Malaysia : Tidak boleh.

Untuk info semua, cawangan Shaklee di seluruh dunia ada di :

  1. Taiwan
  2. China
  3. US
  4. Indonesia
  5. Canada
  6. Jepun
  7. Malaysia


Di India, tidak ada cawangan Shaklee. Tapi, jangan risau. Adalah menjadi kebiasaan, bagi penghantaran parcel berisi Shaklee ke luar negara selain Malaysia! Kebiasaannya, Australia dan Mesir. Kali ini, Syaza teruja kerana akan hantar ke negara India. Jadi, Syaza cuba survey beberapa kurier dan Syaza berjaya short listed kan kepada 3 pilihan terbaik. 😁

3 Kurier Terbaik Penghantaran Parcel ke India

1. TNT Express

TNT Express menyediakan penghantaran special ke mana-mana kawasan di India. Servis yang dipercayai dan sangat cepat. Harga postage adalah dalam lingkungan RM 300 dan ke atas. 

2. E-courierz.com

E-courierz.com menyediakan format Indian Rupees di akhir transaksi pembayaran. Ianya mempunyai pattern penghantaran yang sama seperti TNT namun sedikit berbeza di bahagian pembayaran postage iaitu bermula RM 100 dan ke atas.

3. Pos Malaysia

Perkhidmatan Flexipack di Pos Malaysia, sediakan kos penghantaran yang sangat murah iaitu serendah RM 50 dan ke atas bagi parcel! Namun, tempoh sampai minimum dalam 2 minggu bergantung pada kawasan.

Syaza pilih Flexipack kerana kawan Syaza prefer yang itu! Ehe.

6 comments:

  1. Replies
    1. haah kawan syaza ni memang kampungnya di India ^^ dia pun India Muslim ehe

      Delete
  2. Agak murah juga ya Flexipack POS Malaysia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaps murahkan ^^ berpadanan la dengan servisnya.. and flexipack ni terus ada kotak dia sendiri dah tetap berapa kg

      Delete
  3. takpernah lagi pos barang ke luar negara, tapi nanti kalau nak pos bolehlah guna yang tersenarai ni. nice info!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi pos barang ke oversea.. Penah juga org Singapore nak beli jamu k.fiezz jual tapi tue la kos pos lagi mahal dari jamu.. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")