Thursday, 11 October 2018

4 Punca Utama Gastrik

gastrik
Gastrik selalu menyerang, dalam sebulan, lebih 3 kali emergency leave. Seksanya!
 Siapa dekat sini suka makan makanan pedas? Lagi pedas lagi kaww! Oh, satu lagi, suka makan jajan dan minum air gas sambil tengok TV? Sedar-sedar dah 3 botol coke di telan. Sebelum makan basuh tangan atau tak?

Tanpa kita sedari, sebenarnya, kita sendiri telah mendedahkan diri kita untuk mendapat bahan dari penyakit gastrik. Kalau nak tahu, mula-mula gastrik, kemudian ulser, lagi tak di jaga, boleh melarat sehingga kanser perut! 


Apabila kita makan, ada satu asid yang dinamakan asid hidroklorik, yang digunakan untuk membantu proses pencernaan makanan. Asid ini adalah dari jenis asid kuat (teringat zaman belajar kimia hihi, asid lemah vs asid kuat). Menariknya, walaupun wujud asid kuat ini yang secara semulajadi akan dirembeskan dalam perut untuk cerna makanan, perut kita juga dengan sendirinya mempunyai satu lapisan mukosa di dinding perut bagi mempertahankan dinding perut agar tidak menipis dek kerana hakisan asid ini.

Asid Hidroklorik dan Lapisan Pelindung Perut

Tugas asid ini untuk cerna makanan, bukan hakis perut. Namun, apabila seseorang gastrik, ini bermakna, asid hidroklorik dalam perutnya bukan sahaja cerna makanan tetapi turut menghakis lapisan pelindung tersebut.

gastrik
Lapisan Mukosa Pelndung Perut

Disebabkan, punca-punca seperti di bawah, lapisan semakin menipis dan memudahkan asid hidroklorik untuk lakukan kerja menghakis. Sebab tu apabila di serang gastrik, seseorang akan ras apedih perut yang teramat sangat!

"Gastrik digambarkan sebagai sakit dan rasa tidak selesa di bahagia atas perut. Selain itu, mereka yang gastrik selalu akan pedih ulu hati, kembung perut dan muntah,"

Berikut adalah pendapat seorang doktor, ahli SingHealth, di Jabatan Gastroenterology & Hepatology, Hospital General Singapura.

Gastrik atau gastritis merupakan penyakit yang melibatkan keradangan pada dinding lapisan perut. Radang ini berlaku disebabkan terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus semulajadi yang bertindak sebagai pelindung dinding perut. 


Punca Gastrik

1. Bakteria Helicobacter Pylori (H. pylori)

gastrik
Kamera dimasukkan & H. Pylori di kesan [Lihat beza perut normal dan tidak]

H. Pylori adalah sebab utama yang sering menyerang seseorang sehingga mengakibatkan, gastrik. Bakteria H. Pylori ini memberi kesan kepada lapisan dinding mukus perut dan menghakis lapisan tersebut.


Para penyelidik percaya, bakteria ini datang dari makanan, air dan barang-barang yang tidak bersih yang digunakan dalam kehidupan seharian seseorang. Mereka yang di serang H. Pylori boleh menyebarkannya melalui air liur.

2. Ubat-ubatan

Seseorang yang bergantung kepada ubat terutama dari jenis non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs), seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen, adalah lebih mudah untuk terdedah dengan masalah gastrik di masa hadapan. Malah, untuk pengetahuan, bakteria H. Pylori juga datang hasil dari  kebergantungan dengan ubatan jenis NSAIDs ini. Ia boleh menyebabkan pedih perut,radang di kawasan usus kecil.

3. Gaya Pemakanan

Di bawah ini disenaraikan gaya pemakanan yang akan mendedahkan seseorang dengan gastrik :

  • Makan berlebihan dalam satu masa
  • Gemar minuman berkafein
  • Waktu makan tidak teratur
  • Makan makanan pedas
  • Gemar makan makanan berlemak dan berminyak


4. Penyakit

Sebuah sindrom yang dikenali sebagai Zollinger-Ellison, yang merupakan punca kepada perkembangan ketumbuhan kanser dan bukan kanser, merembeskan hormon yang akan mengakibatkan keasidan tinggi dalam perut. 

Hal ini membawa kepada masalah gastrik. Ketumbuhan ini, biasanya berkembang di kawasan pankreas dan duodenum tetapi boleh juga berada di kawasan lain dalam tubuh badan sseorang.


5. Merokok

Perokok adalah golongan berisiko tinggi untuk mendapat masalah gastrik kerana kandungan asap rokok tersebut membahayakan sistem pencernaan perut seseorang.

2 comments:

  1. teringat cerita viral yg dok mkn ramen pedas tu smpi luka usus... eee diorg ni x berpada2 lgsg bila mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, pengajaran bersama untuk ingatan kita :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")