Friday, 19 October 2018

Sedar Salah Kunci Rezeki


Bila bercakap soal rezeki ni, mungkin ada di antara kita sedang di uji. Rezeki ni ada macam-macam jenis.
  • Anak
  • Keluarga sihat
  • Bahagia
  • Badan sihat
  • Duit
  • Rumah
  • Isteri
  • Muka cantik
  • Mak ayah baik
  • Jiran baik
  • Kucing comel
  • Longkang bersih


Banyak. Nak list-kan, sampai ke Subuh esok pun belum tentu habis. Semua di sekeliling kita adalah rezeki. Yang Syaza nak highlight, jenis rezeki pada hari ini, adalah khas untuk kita yang berniaga ni. 

Kawan-kawan yang berniaga, pernah tak sampai satu tahap, kita rasa letih? Rasa penat, rasa ah, sudahlah! Malas nak teruskan, hasil satu pun tak ada.

Walhal selama ini sebelum kita capai pada puncak letih kerana mungkin 1-2 hari atau minggu yang tak capai target itu, yang sebelum itu, Allah kurnia pada kita sales menderu. Tapi, satu saat itu kita berada di titik yang Allah uji.

Sahabat, bila sampai tahap ini, kita kena duduk dan bertenang. Kita perlu cari kembali diri kita yang hilang. 

Eh, hilang? Aku tak hilang, aku ada je kat sini.

Ya, kita ada. tapi kita hilang dan mungkin agak lost connection dengan Allah, Maha Pemberi Rezeki yang sebenar. Rezeki ni, kita kena jemput. Jemput dengan cara yang betul, datanglah dia dengan betul. Kalau kita kejar semata-mata dan abaikan atau minimumkan di bahagian jemput, hasilnya kita mudah semput!

Bila dah semput mulalah nak mereput.

Sabar, tenang. Kembali, dan adu pada Allah. Mungkin ini kerana silap dan salah kita dahulu kala. 

Syaza nak petik dan share satu kisah dengan kawan-kawan semua. Ada satu kisah berkenaan seorang yang soleh. Beliau mengusahakan perniagaan menjual madu. Perniagaan beliau sangat laris, dan laku! Menguntungkan.

Satu hari, pekerja beliau adu, bahawa dalam salah satu tong madu, ada madu yang tercemar. Pekerja menyoal beliau dan bertanya apa yang perlu dilakukan, sebab mereka pekerja ni tak dapat nak detect dan kesan tong madu mana yang tercemar tu, dek kerana terlalu banyak tong-tong madu.

Dengan sabar dan tenang, orang alim dan soleh ini suka gembira, walhal perniagaannya sedang di ambang kerugian kerana ada madu tercemar. Beliau arahkan untuk buang semua madunya! Pekerjanya sangat terkejut kerana yang tercemar bukan semua. Tapi disebabkan orang soleh ini tak nak syubhah dan ragu-ragu serta beri pelanggan sesuatu pilihan madu yang ragu (antara cemar atau tidak), diarahkan buang dan dengan tenang beliau berkata, "Sudah lama aku tunggu saat ini kerana aku pernah melakukan satu dosa dan ku anggap ini adalah kifarah di atas dosa-dosaku,"

Dapat sesuatu?

4 comments:

  1. Allahu..terima kasih perkongsian..terjentik hati ini..

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian Syaza ini.. Semoga dengร n perkongsian ini, ramai yang dapat manfaat..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar, perkongsian yang baik Syaza..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. alhamdulillah, perkongsian yang cukup baik pagi ni ciktie baca. Thanks for sharing ye

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")