Wednesday, 28 November 2018

Tuesday, 27 November 2018

Short Trip Muar November 2018 : Jalan-Jalan Cari Makan

Sempena cuti Maulid Rasul Nabi Junjungan kita, Rasulullah saw yang jatuh pada Selasa (20/11) hari tu, Syaza dan family kecilku, ada berjalan-jalan sekejap dekat Muar. Actually, kekasih hati, suamiku, out station sebentar kat sana, alang-alang, kami amek kesempatan, jalan-jalan kejap la di Muar!


Sambil menyelam, minum air, katakan.



Syaza ni nama je orang Johor, tapi belum pernah sekali pun tidur menginap dekat Muar. Mungkin sebab I fikir, ala, Muar je pun (?)

Ish! Syaza oi, kalau nak tahu, 'Muar je pun' ini adalah bandar yang terbersih di peringkat negara ASEAN taw. Serius, Muar memang bersih! Sampah sarap memang susah nak jumpa di kawasan tepi-tepi jalan ni. 


Terbaik Muar.

Trip kali ni singkat jer, tapi cukup untuk cipta memori dan kenangan bagi kami sekeluarga.

1. Dataran Tanjung Mas

dataran tanjung emas muar

Dataran ni sama macam dataran yang ada di negeri lain, bezanya, dataran ni ada di sana, replika kenangan stesen kereta api Muar yang satu ketika dahulu ada di sini. Selain dari tu, Dataran Tanjung Mas ni berhadapan dengan Sungai Muar yang sangat cantik dan bersih!

Sungai ni boleh tahan besar taw. Tak macam Sungai Melaka, kecik je, huhu. Sungai Muar, besar, cantik dan bersih.

Dataran Tanjung Emas, sebelah dia adalah Masjid Biru di Muar

Waktu Syaza pergi, kami pergi nak dekat Maghrib, masa tu kawasan ni baru nak hidup dengan pelbagai aktiviti. Orang ramai kata kalau nak ke Dataran Tanjung Mas, datang malam, lebih hidup dengan kereta berhias, dan permainan-permainan lain.

Ada juga dataran jam besar di sini yang memaparkan slogan, 'Bangsa Johor'! Wah excited sekejap dengan Bangsa Johor, ahaks.

2. 434 Sai Kee Kopi

Good news is, kopi di sini sangat best dan mengancam. Baca review orang lain, memang kedai kopi ni tak boleh kita skip! Wajib pergi.

Bad news is, waktu Syaza nak pergi kedai ni tutup. Wargh, sedih giler. Dah terbayang-bayang keharuman kopi dan kesedapan roti bakar kedai ni taw. So sad, tak apa tak ada rezeki kiter.

3. Deen Burger Bakar

Actually, sebenarnya nak ke tempat lain. Tapi Waze gi bawak kat tempat lain pulak, hahahah. Kami Waze 'Char Keow Teow JDT'. Tekak Syaza terasa nak makan Char Keow Teow, tapi Waze kata kat sini tempatnya.

Deen Burger Bakar
Syaza order Hawaiian Twin Chicken

Tak apa lah, alang-alang dah sampai marilah kita bersantap di sini. Sedih, sebab nak burger daging, dah habis. Maka Syaza order, burger ayam twin dan suami order Sizzling Chicken Chop. Syaza ter-compare kedai ni dengan burger bakar Abang Burn, huhu. Sorry! Iols tak habis makan burger-nya. Agak muak.

Deen Burger Bakar
Ni Sizzling Chicken Chop


Selain burger ada juga dihidangkan menu yang ala-ala dalam talam/dulang.

Burger Bakar Abang Burn lebih sedap and yummss ;)


4. Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Fuh! Mencabar, waktu sampai tu, betul-betul ada dua kedai yang sebelah menyebelah, tulis ayat yang sama iaitu Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, ahahaha

Mee Bandung Udang Galah Muo Ori
Nampak tak, dia sebelah-sebelah jer :D

Serba salah aku nak masuk. Kenapa sama dua-dua sedangkan kedai yang berlainan? Eh macam Trivago pulekkk.

Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Ok, sedap yumss Mee Bandung nya! Boleh repeat. Harga pun berpatutan, RM 15 yang Syaza order semangkuk tu ada 5 ketul udang galah. Frehsness? Biasa-biasa je. Syaza pun tak expect kedai macam tu untuk ada udang galah fresh.

5. R&H Cafe Maharani

Last Syaza makan kat sini, 8 tahun lepas dan waktu tu kedainya masih di kawasan yang lama. Now, kedai dah di tempat baru. Rupanya dah hampir 2 tahun berpindah kat tempat baru. Sedih juga sebab tempat yang lama tu suasanya lebih best dan kondusif.

R&H Cafe Maharani
Pintu Masuk Cafe

Yang baru ni dah nampak macam R&H tu kedai restoran biasa gitu. But still, makanannya padu beb, padu! Siapa datang Muar memang wajib pekena R&H Cafe Maharani ni. Especially, Roti Manja, Roti Bakar, Meatball Kampungku, Sate Maharani.

R&H Cafe Maharani
Air Bumble Bee nama dia
R&H Cafe Maharani
Meatball Kampungku yumss!!
R&H Cafe Maharani
Roti Manja (Nampak tak belakang tu ada roti bakar) ahaha
R&H Cafe Maharani
Tauhu Lentok

Aicewah, aku suruh korang order makanan feveret aku semuanya ahahahah

menu makanan dan harga R&H Cafe Maharani
Menu Makanan dan Harga di R&H Cafe Maharani

Menu Makanan dan Harga di R&H Cafe Maharani

Menu Makanan dan Harga di R&H Cafe Maharani
Sekian short trip makan-makan Syaza di Muar haritu! Ahaks. Jangan lupa baca bismillah sebelum mentekedarah ok. Muar is awesome. Actually banyak lagi kedai makan best yang I tak sempat terjah sebab perut dah penuh giler, haha.

Syaza,
Your Shaklee Distributor.
Continue Reading

Wednesday, 21 November 2018

Friday, 16 November 2018

Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Semua ibu confirm nak beri yang terbaik untuk anak-anak, betul?

Kerana itu, omega-3 antara nutrien yang paling semua ibu gemari sepanjang waktu pregnant. Nak tahu kenapa? Sebab Omega-3 ni memberi banyak kebaikan dan kelebihan, bukan sahaja kepada bayi yang di kandung, malah kepada ibu yang mengandung juga!

Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Kepada Ibu
  • Menurunkan risiko kelahiran pra-matang (lahir sebelum waktunya)
  • Menggalakkan tempoh kelahiran yang optimum
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat pre-eklampsia (tekanan darah tinggi waktu kehamilan)


Kepada Baby
  • Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat
  • Memudahkah perkembangan mata dan struktur otak dengan sewajarnya ketika baby dalam perut
  • Mengurangkan risiko baby terdedah kepada penyakit berkaitan alahan bila lahir kelak
  • Menggalakkan perkembangan mata, otak, sistem imun dan saraf terutamanya ketika trimester ketiga


Sumber Omega-3 Terbaik

Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Sumber omega-3 yang paling terbaik adalah dari ikan laut dalam seperti salmon, sardin, mackerel. Tetapi, sayang sekali, sekiranya para ibu salah makan ikan, ia boleh membahayakan kandungan!

Maksud salah makan ikan ini ialah, zaman kini susah kita nak dapatkan sumber ikan laut dalam yang fresh dan segar. Kebanyakkan sudah tercemar dan kurang segar.


Ini akan mengakibatkan terdapat penghasilan bahan kontaminan ke atas ikan. Memandangkan ikan adalah sumber omega-3 yang terbaik ketika mengandung, kerana itu para ibu yang sayang kepada kandungan mereka, suka amalkan minyak ikan yang tulen!

Cara Pemilihan Minyak Ikan Tulen


Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Sewaktu memilih minyak ikan, pastikan dalam minyak ikan tersebut mengandungi sumber omega-3, DHA dan EPA. Dan, paling penting, dapatkan minyak ikan yang betul-betul MINYAK, bukan lemak naa.

Omega Guard Shaklee mempunyai 85% ketulenan dan kepekatan MINYAK ikan berbanding jenama lain. 

ORDER OMEGA GUARD SHAKLEE HARI INI, WHATSAPP SYAZA DI 018-768-4817 
Continue Reading

Thursday, 15 November 2018

Tanda Awal Kolestrol Tinggi dalam Badan

tanda awal kolestrol tinggi dalam badan

Kolestrol yang tinggi dalam badan bukan sahaja membahayakan kita tapi juga boleh mengancam nyawa. Lemak HDL adalah sejenis lemak jahat yang membentuk kolestrol dan boleh mengakibatkan pembentukan plak di bahagian arteri yang kemudian blok saluran jantung. Kesannya? Semestinya penyakit berkaitan jantung.

Ada dua tanda utama yang menunjukkan kita mempunyai kolestrol yang tinggi. Tanda-tanda ini, adalah tanda yang sangat mudah untuk dikenalpasti di peringkat awal.

Tanda Awal Kolestrol Tinggi dalam Badan

1. Kaki Mudah Kebas dan Sesemut

tanda awal kolestrol tinggi dalam badan

Kaki mudah berasa kebas dan semut-semut. Perkara ini terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan aliran darah tidak lancar di bahagian kaki.

2. Mudah Letih, Cepat Mengantuk

tanda awal kolestrol tinggi dalam badan

Peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah seseorang dan mungkin menutupnya kerana terdapat penghasilan plak di arteri. Ini menyebabkan aliran darah ke otak terhalang membuatkan cepat mengantuk.

Cuba check adakah kita selalu kebas kaki and asyik penat (sikit-sikit penat)?

Testimoni Omega Guard Shaklee Bantu Atasi Kolestrol

Terbukti dekat mak Syaza sendiri, alhamdulillah. Mak Syaza mengadu ada masalah kolestrol sejak dari awal tahun lepas, dan memang mak Syaza ada dua tanda kat atas!

"Kak, kaki mak ni selalu seram sejuk, kebas je. Kadang-kadang tak rasa,"
"Kak, mak cepat penatlah. Tak buat apa pun, penat. Mak rehat pun penat,"


Mak Syaza owner kedai makan taw. So memang selalu exercise di dapur hihi sebab mak tukang masak.

Syaza start bagi mak amalkan Omega Guard sejak pertengahan tahun lepas sampai sekarang.

Alhamdulillah bacaan kolestrol mak cantik sampai sekarang!


Doktor pun nasihatkan untuk teruskan pengambilan Omega Guard Shaklee sebabnya, Omega Guard ni minyak ikan yang ada kandungan asid lemak omega-3 yang memang terbukti berfungsi untuk membantu rendahkan paras kolestrol dalam darah kita.

Selain dari tu, kebetulan mak Syaza ni ada jeragat. Konsisten Omega Guard, licin jeragatnya! Hihi. Sebab minyak ikan memang berkesan untuk overcome masalah jeragat.

Nak order Omega Guard untuk bantu mak dan ayah awak turunkan kolestrol? PM Syaza di 018-7684817 (klik to wassap)


Continue Reading

Wednesday, 14 November 2018

Wednesday, 7 November 2018

10 Kebaikan Pengambilan Minyak Ikan

minyak ikan omega-3 terbaik

1. Minyak Ikan Baik untuk Kesihatan Jantung

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di dunia!

Kajian menunjukkan, seseorang yang konsisten secara teratur dengan pemakanan ikan dan pengambilan minyak ikan omega-3 mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding yang tidak mengambilnya.

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan seseorang mendapat penyakit jantung, dan pengambilan ikan serta minyak ikan membantu mengurangkannya antaranya ialah :

2. Minyak Ikan Membantu Atasi Sesetengah Masalah Berkaitan Mental

Otak mengandungi 60% asid lemak dan banyak darinya adalah asid lemak omega-3. Disebabkan itu, omega-3 adalah nutrisi asas untuk otak.

Malah, terdapat banyak kajian yang menunjukkan, mereka yang memiliki masalah mental, mempunyai kandungan omega-3 yang rendah untuk fungsi otak berfungsi dengan baik.

Laporan kajian menunjukkan, suplemen minyak ikan membantu mengatasi dan memperbaiki simptom dan tanda, sesetengah jenis masalah mental seperti scizophrenia, bipolar dan kemurungan (depression).

3. Minyak Ikan Menurunkan Berat Badan dan Ukur Lilit Pinggang

minyak ikan omega-3 terbaik
Omega-3 mudahkan proses turun berat badan dan kurangkan ukur lilit pinggang

Gemuk atau obesiti adalah apabila seseorang mempunyai BMI lebih dari 30. Secara am, kira-kira 39% orang dewasa memiliki berat badan berlebihan dan 13% adalah obes! 

Obes dan gemuk meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit antaranya kolestrol, jantung dan diabetes jenis ii.

Suplemen minyak ikan membantu dalam proses penurunan berat badan, dengan kombinasi bersama senaman atau diet.

Satu analisis dari 21 kajian mendapati, suplemen minyak ikan omega-3 mengurangkan ukur lilit pinggang dan nisbah pinggang ke punggung!

4. Minyak Ikan Menyokong Kesihatan Mata

minyak ikan omega-3 terbaik
Kesihatan mata dan omega-3

Bukti kajian menunjukkan, mereka yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi, mempunyai risiko tinggi untuk masalah berkaitan mata.

Malah, kesihatan mata mula berkurangan apabila di usia tua, yang akan membawa kepada masalah lainnya selain rabun. 

Sebuah penyelidikan mendapati, pengambilan dos tinggi minyak ikan untuk 4 bulan setengah, meningkatkan kesihatan mata seseorang yang mempunyai AMD.

5. Minyak Ikan Anti-Radang

minyak ikan omega-3 terbaik
Kesihatan lutut yang lebih baik dengan omega-3

Minyak ikan mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengatasi masalah yang berkaitan dengan keradangan seperti gout, arthritis, sakit lutut dan sebagainya. Termasuklah buasir.

6. Minyak Ikan Mencantikkan Kulit

minyak ikan omega-3 terbaik

Kulit adalah organ terbesar kita dan mengandungi sangat banyak kandungan omega-3 didalamnya.

Kesihatan kulit akan merudum terutama jika kita sering terdedah kepada cahaya mentari.

Berita baik, masalah kesihatan kulit seperti eczema dan psoriasis boleh diatasi dengan minyak ikan!

7. Asid Lemak Omega-3 dan Kehamilan

minyak ikan omega-3 terbaik

Di akhir trimester ketiga, adalah sangat digalakkan untuk ibu hamil mengamalkan minyak ikan omega-3 bagi menyokong perkembangan otak janin. 

Selain itu, pengambilan minyak ikan perlu diteruskan sebaik selepas melahirkan dan menyusukan anak kerana ia turut membantu perkembangan anak termasuklah di dalam hal ehwal koordinasi dan keseimbangan badan anak.

Ia turut mengurangkan masalah allergi terhadap anak apabila mereka semakin membesar kelak.

8. Minyak Ikan Membantu Mengatasi Masalah Anxiety-Disorder dan Kemurungan (Depression)

Individu yang mengalami kemurungan mempunyai paras kandungan omega-3 yang rendah dalam darah.

Kajian membuktikan, pengambilan suplemen minyak ikan omega-3 membantu memperbaiki gejala kemurungan. 

Selain itu, terdapat kajian yang melaporkan, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan EPA membantu mengatasi kemurungan lebih dari yang hanya kaya dengan DHA

9. Minyak Ikan Membantu Fokus Kanak-Kanak

minyak ikan omega-3 terbaik

Kelebihan minyak ikan kepada kanak-kanak ialah, ia membantu meningkatkan fokus kanak-kanak dan juga mengurangkan masalah agresif dalam kalangan kanak-kanak.

10. Minyak Ikan, Asma dan Semput

minyak ikan omega-3 terbaik

Asma adalah aturan abnormal peparu yang mengakibatkan bengkak di paru-paru dan kesukaran bernafas dan menjadi lebih sukar terutama bagi bayi.

Beberapa kajian menunjukkan, pengambilan minyak ikan mengurangkan masalah asma terutama jika diamalkan ketika permulaan asma dikenapasti.

Sebuah kajian yang menggabungkan hasil kajian 11 kajian lainnya yang melibatkan hampir 100,000 orang dan mendapati, ibu yang mengamalkan omega-3 mengurangkan risiko anak mereka untuk mendapat asma hampir 24 hingga 29%!

Tips : Pilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi, yang kaya dengan EPA dan DHA sebenar.

Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor.
📲 018-768-4817,
COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia.

Continue Reading

Tuesday, 6 November 2018

Sujud Bunyi Kruppp Krapp


Korang pernah tak masa sujud lepas tu bunyi lutut macam berderap-derap? Serammmmm. Syaza pernah! Huhu


Rasa macam, "Ya Allah, tua sangat ke aku ni?" 😐😑

Waktu kena tu masa dekat zaman U (sekarang alhamdulillah tak ada dah). Satu lagi bila nak lari, huhu, rasa macam lutut dah tercabut sebelum lari. Sakit.


Tambah lepas lari cecah atas lantai, lepas tu lantai sejuk, aduh, sakit giler. 😕

Ke Syaza sorang yang pernah ada pengalaman masa muda bunyi lutu berderap masa sujud? 🙋🙉

Siapa ada, ce angkat tangan sikit, nak cari geng 😆🙌
Continue Reading

Rahsia Kelebihan Minyak Ikan Omega-3

minyak ikan omega 3 terbaik

Minyak ikan adalah nutrisi yang sangat diperlukan kerana dalamnya terkandung omega-3 yang kaya dengan pelbagai khasiat. Omega-3 adalah tidak asing lagi. Syaza yakin ramai di antara kita dah kenal dan pernah dengar tentang minyak ikan omega-3 ini. 

Kandungan Terbahagi

Secara asasnya, minyak ikan adalah minyak atau lemak yang di ekstrak dari ikan. Kebiasaanya ikan-ikan yang di pilih untuk di ekstrak ialah, ikan bilis, hering, tuna dan mackerel. Adakala, sesetengah jenama syarikat suplemen, menghasilkan minyak ikan dari hati ikan atau lebih dikenali sebagai minyak ikan kod.

World Health Organisation (WHO) menyarankan agar kita mendapatkan hidangan ikan penting ini sebanyak 1 hingga 2 hidangan setiap minggu. Hal ini kerana asid lemak omega-3 mempunyai banyak khasiat dalam melindungi diri kita dari pelbagai jenis penyakit antaranya masalah jantung dan kolestrol.

Sekiranya kita gagal mendapatkan hidangan ikan seperti yang disarankan, adalah dinasihatkan untuk mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan bagi melengkapkan keperluan tubuh kita.

minyak ikan omega 3 terbaik

Minyak ikan omega-3 ini adalah asid lemak tidak tepu yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh badan kita.  Minyak ikan terbahagi kepada dua :

Dari sumber ekstrak ikan :

  • Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
  • Docosa Hexanoic Acid (DHA)

Dari sumber ektsrak tumbuhan :

  • Alpha Linoleic Acid (ALA)

Walaupun ALA mempunyai pelbagai khasiat, namun, EPA dan DHA mempunyai lebih lagi khasiat dan kelebihan berbanding hanya ALA.

Sifat utama asid lemak omega-3 ini ialah ia bersifat anti-keradangan (anti-inflammation). Selain dari membantu mencegah berlakunya pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung, ia juga baik dalam mengawal paras kolestrol dalam darah dan meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam darah.

Orang Jepun, Kepulauan Mediterranean dan Eropah

Orang Eskimo dan Ikan
Sejak beberapa dekad yang lalu, para saintis fokus kepada asid lemak omega-3 setelah mereka mendapati, masyarakat Inuit dan Eskimo, mempunyai risiko dan kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding masyarakat Eropah dan Amerika!

Makanan Tinggi Lemak 

Warga Emas Jepun Sihat Omega 3
Makanan mereka kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu makanan yang terdiri daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun, secara amnya mereka kurang terdedah dengan sayuran.

Selain dari itu, penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Mediterranean (Crete) didapati turut mempunyai kadar risiko penyakit jantung yang rendah berbanding masyarakat barat ekoran amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Kajian Saintifik

  1. 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap omega-3 (EPA dan DHA) sebagai satu suplemen yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit koronari (jantung).
  2. 1999, penyelidik dari GISSI-Prevenzione telah menyatakan di dalam sebuah jurnal perubatan; The Lancet tentang sebuah kajian. Di dalam kajian tersebut yang melibatkan 11,324 pesakit jantung, mereka diberikan suplemen omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari. Hasil kajian, didapati ada pengurangan kadar kematian akibat serangan sakit jantung kali kedua sebanyak 45%. Selepas tiga bulan dan ke atas, lebih banyak kesan positif didapati ke atas mereka dengan pengambilan omega-3.
  3. The Diet and Reinfarction Trial (DART Study), sebuah kajian di US, telah mengaitkan hubungan di antara pemakanan ikan yang kaya asid lemak omega-3 dengan pengurangan kadar serangan sakit jantung kali kedua; adalah sangat kuat. 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya, dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit lain, tidak dinasihatkan begitu. Selepas 2 tahun, didapati, pesakit yang di beri nasihat untuk mengamalkan pengambilan hidangan ikan, menunjukkan kesan penurunan kadar kematian, risiko mendapat serangan sakit jantung kali kedua sebanyak 29%.
  4. Pada tahun 2006, American Journal of Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA), melaporkan, kesan positif pengambilan omega-3 kepada kesihatan jantung. Risiko kejadian penyakit serangan jantung adalah rendah dalam kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.
Bersedia untuk makan hidangan ikan hari ini dan konsisten dengan pengambilan suplemen omega-3?

Fatin Syaza | Hantu Ikan Omega-3,
Certified Shaklee Distributor,
📲 018-768-4817 (Touch to WhatsApp)
COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Monday, 5 November 2018

7 Kes Bunuh Diri di Malaysia Setiap Hari

Semalam Syaza ada baca satu sharing tentang data dan statistik bunuh diri di dunia dan Malaysia. Mengejutkan! Secara statistiknya, di Malaysia dan dunia:

  • Setiap 40 saat ada seorang maut kerana bunuh diri
  • Di Malaysia, kes bunuh diri adalah 7 kes SETIAP HARI


Ini perkara yang sangat membimbangkan. Kita semua tak boleh ambil remeh dan hanya fikir ia sekadar kerana kegagalan menguruskan emosi. Mungkin kita termasuk dalam golongan yang bijak uruskan emosi, tetapi itu tidak bermakna kita boleh menghakimi orang lain dengan mengatakan mereka tidak bijak urus emosi sendiri.

kemurungan

Persoalannya di sini, menurut Dr Adlin, mereka atau golongan yang hendaklah di beri perhatian ialah:

1. Mereka yang ada masalah kesihatan mental


Seseorang yang ada simptom atau tanda kemurungan dan schizophrenia mempunyai risiko yang tinggi untuk membunuh diri. Lebih membimbangkan, masalah mental ini, dianggarkan akan menjadi masalah utama di peringkat kesihatan awam menjelang 2030, di seluruh dunia! Ia melebihi kadar anggaran bagi penyakit jantung, kemalangan jalan raya dan sebagainya.



2. Mangsa Kejadian Buli

Trend buli dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat perlu diperbaiki. Mangsa buli sama ada di sekolah, tempat kerja, dalam keluarga sendiri mahu pun buli siber sangat berleluasa. Hal ini menjadikan seseorang akan mudah tertekan dan akhirnya memilih jalan singkat untuk menggantung diri bagi menyelesaikan masalah.

3. Mereka yang ada masalah dalam perhubungan

Masalah komunikasi yang tidak berkesan antara punca utama keretakan sesuatu hubungan tidak kira, hubungan suami isteri, kawan, keluarga dan lain-lain. Ambil tahu dan peduli serta bertanggungjawab dengan keadaan sekeliling bagi kenalpasti sejarah perubahan sikap dan tingkahlaku yang negatif bagi mereka yang terlibat dalam masalah perhubungan ini.

4. Bekas penagih dadah

Kesan jangka panjang penyalahgunaan dadah mengakibatkan seseorang tidak boleh berfikir secara waras. Ini beum lagi di tambah dengan hutang piutang akibat sejarah lampau membeli dadah dan lain-lain. Termasuk juga hilang pekerjaan dan keluarga. Hal ini hanya mendatangkan tekanan lebih kepada mereka yang mempunyai sejarah lampau penyahalahgunaan dadah. Akibat tekanan dari sekeliling, bekas penagih biasanya gagal mengawal diri dan akhirnya memilih tamatkan riwayat hidup.

5. Kematian keluarga dan rakan kerana bunuh diri

Mereka yang mempunyai kawan dan keluarga yang ada sejarah bunuh diri cenderung lakukan perkara yang sama.

6. Kematian orang tersayang

Sedih satu dua hari itu biasa. Tetapi jika kita detect seseorang sedih berlebihan sehingga 2 minggu berturut terutamanya, dapatkan mereka dan jadi pendengar yang baik. Jika perlu, dapatkan rawatan susulan.

Setiap dari 4 individu mempunyai masalah kesihatan mental. Bagi yang ingin menjalankan ujian saringan kesihatan mental, klik sini.

Syaza, 
Certified Shaklee Distributor,
COD Shaklee Melaka | Pos Shaklee Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Sunday, 4 November 2018

Set Anti-Kemurungan Shaklee : Cegah Sebelum Parah

set anti-kemurungan shaklee

Pengenalan

Masalah murung atau depression boleh diatasi dan di rawat. Terdapat jenis vitamin dan nutrisi makanan yang membantu untuk mengatasi masalah murung ini selain daripada kebergantungan dengan anti-depressant dari jenis drug/dadah sama ada terkawal atau tidak.

Ada atau tidak di sekeliling anda sedang mengalami masalah kemurungan ini? Jika ada, pastikan anda tidak mengambil remeh dan segera dapatkan rawatan untuknya dan belajar untuk menjadi pendengar yang setia. Masalah kemurungan ini bukan sahaja membahayakan nyawa individu tersebut, malah ia turut membahayakan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka. 

Tanda-Tanda Murung
  • Sedih yang berterusan
  • Suka menyendiri
  • Gemar salahkan diri sendiri
  • Rasa bersalah yang berlebihan
  • Suka berhalusinasi
  • Selera makan berubah
  • Berat badan naik dan turun mendadak
  • Susah tidur malam
  • Perut atau bahagian abdomen mudah kejang/cramp

Baca Selanjutnya >> Kemurungan Lebih Kronik dari Stress

Jenis-Jenis Murung
  • Kemurungan Berpanjangan. Lebih dari dua minggu dan berlarutan hingga bertahun lamanya. Lebih dikenali sebagai Dysthymia.
  • Kemurungan Psikotik. Mendengar suara halus dan berhalusinasi.
  • Kemurungan Selepas Bersalin. Di Malaysia lebih dikenali sebagai meroyan. Dari segi istilah kesihatan di panggil post-partum depression. Menyerang ibu-ibu yang selepas melahirkan anak, atau bersalin atau keguguran.
  • Kemurungan Bermusim. Biasanya menyerang mereka yang tinggal di negara 4 musim. Dikenali sebagai Seasonal Affective Disorder.
  • Kemurungan Bipolar. Seseorang mungkin terlalu gembira atau sedih dalam satu-satu masa. Juga lebih dikenali sebagai maniac.

Vitamin Mengatasi Masalah Murung

Kajian menunjukkan terdapat jenis vitamin dan nutrisi harian yang membantu untuk kita mengatasi masalah murung ini dari berkembang dengan lebih teruk. Bahkan, ia juga membantu untuk mengatasi masalah ini ke atas mereka yang sedang menderita kemurungan. Antaranya ialah:
  • Vitamin B
  • Resveratrol
  • Magnesium
  • Iron
  • Minyak Ikan [Fish Oil]


Set-Anti Kemurungan Shaklee


set anti-kemurungan shaklee

Vivix
  • Minuman botanikal
  • Kaya polifenol dan resveratrol untuk kesihatan otak 
  • Atasi masalah murung dan stress
  • Bertindak sehingga ke peringkat sel
  • Membaik pulih fungsi tubuh secara semulajadi
  • Membantu memberi tenaga kepada sel secara optimum

Omega Guard
  • Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA yang sangat membantu menstabilkan emosi dan perkembangan kesihatan mental
  • Minyak ikan dengan ketulenan dan kepekatan yang tinggi berbanding jenama lain
  • Memperbaiki mood seseorang yang sedang mengalami stress dan kemurungan

B-Complex
  • Terkenal dengan gelaran vitamin 'tenang'
  • Membantu proses penghasilan triptofan, bahan untuk merangsang sel otak bekerja di tahap optimum
  • Mengandungi kandungan Vitamin B yang lengkap untuk merangsang mood dan atasi kemurungan 

Ostematrix
  • Mengandungi kalsium dan magenesium
  • Merangsang untuk kualiti tidur yang lebih lena
  • Membantu untuk atasi masalah susah tidur [insomnia]
  • Mengurangkan ketegangan otot yang sering dihadapi ketika murung
  • Mengatasi sembelit yang selalu jadi kesan akibat murung

Klik untuk dapatkan Set Anti-Kemurungan Shaklee hari ini
Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor,
COD Shaklee Melaka | Pos Shaklee Seluruh Malaysia.

Continue Reading

Saturday, 3 November 2018

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

MaisarahSidi.com
Klik banner untuk join sekaki dua kaki tiga kaki ehe ")

Selamat Hari Lahir Maisarah! Syaza doakan Mai dikurniakan keberkatan umur, rezeki dan segala-galanya dunia dan akhirat. Jangan lupa salam peluk cium kepada insan yang melahirkan Mai. All the best in your life, Maisarah Sidi :)

Blog Mai, cantik, kemas dan paling penting, cepat loading, fast response. 
Continue Reading

Majalah NUYOU : Must Try Serum > YOUTH Activating Serum


youth activating serum shaklee
Majalah NUYOU Review YOUTH Activating Serum Shaklee

Korang pernah tak orang panggil makcik walaupun umur korang baru je 20-an ke 30-an?
Bahaya taw. Tu tandanya kulit korang sangat di makan usia walaupun masih muda Bayangkan, umur 20-an, orang panggil makcik?
Scared!
youth activating serum shaklee
Apa kalau orang panggil makcik sedangkan baru umur 20 dan 30-an?

Mula-mula, YOUTH masuk ke dalam Majalah Hijabista. Kemudian, Majalah Nona dan Sinar TV. Now, currently, ke majalah Nuyou, sebuah majalah berbahasa Cina yang sangat terkenal dalam kalangan pengguna bahasa Cina terutama sekali.


Menariknya, yang review YOUTH ini kesemuanya adalah para pengguna yang tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi. Mereka menggunakan YOUTH dan mendapati YOUTH adalah yang terbaik berbanding skincare yang pernah mereka gunakan sebelum ini.

Ok, mesti ada yang tertanya-tanya,

"Syaza, YOUTH ni apa?"

Pengenalan

youth activating serum shaklee
Ini FULLSET YOUTH. Ada :
Clenaser
Toner
Moisturiser (SPF 50)
Night Cream Advanced Renewal
Radiance C + E
Serum! (killer product)

Jom Syaza terangkan ya. YOUTH ni adalah rangkaian penjagaan kulit (skincare) 100% plant-based (daripada bahan botani 100%), yang dikeluarkan Shaklee setelah 8 tahun proses Research & Development (R&D) dijalankan. Sesuai dengan namanya, YOUTH; yang membawa maksud remaja, fungsi utama YOUTH adalah untuk mengekalkan, mengembalikan keremajaan kulit kita.

Menariknya, 100% wanita yang menggunakan YOUTH terbukti mempunyai kandungan usia kulit yang lebih remaja berdasarkan ujian klinikal. Malah, 2/3 dari mereka mempunyai usia kulit yang sedekad lebih muda dari usia sebenar!

Maksudnya?

Maksudnya, contoh, Syaza umur 26 tahun, so dengan YOUTH, penggunaan konsisten skincare 100%  Plant Based yang BEYOND ORGANIC ini, akan kelihatan seperti umur 16 tahun gittuww~

So, berapa umur korang sekarang? Tolak 10 tahun, begitulah keadaan usia kulit 2/3 wanita yang menggunakan YOUTH setelah menjalani ujian klinikal selepas menggunakan YOUTH. 


YOUTH Shaklee Skincare ini, didapati membantu mengurangkan dan melambatkan kehadiran:

  • Kedutan
  • Saiz pori muka lebih kecil
  • Tona kulit sekata
  • Kulit lebih tegang! (terutama dengan penggunaan serumya; killer product)
  • Kulit lebih cerah
  • Pigmentasi berkurang
  • Kulit anjal
  • Tekstur kulit lebih lembut

YOUTH Serum; A Must Try Serum!

youth activating serum shaklee

Kita semua tahu, serum sangat diperlukan untuk memperbaiki keadaan tekstur kulit terutama dari segi keanjalan dan ketegangan kulit, dan oleh itu, kita perlu memilih the best serum, bagi memastikan kulit kita mendapat lebih dari apa yang kita inginkan.

Kalau nak tahu, YOUTH Serum ini bukan sahaja menjalankan fungsi serum yang normal, tetapi dalam YOUTH Activating Serum ini, Shaklee menyediakan kepekatan bahan aktif yang dipatenkan khas untuk Shaklee sahaja 10 kali ganda di dalam serum ini.

youth activating serum shaklee

Ia membantu merangsang penghasilan kolagen kulit muka kita dari dalam dan hasilnya, kulit akan nampak lebih muda dari usia sebenar.


Baru-baru ni, YOUTH Activating Serum, killer and hot product dalam YOUTH masuk majalah NUYOU dan tersenarai sebagai serum yang wajib di cuba oleh para penggemar kecantikan dan yang menjaga kecantikan kulit!

Majalah NUYOU adalah sebuah majalah berbahasa Cina, yang mempunyai pembaca berusia 25 hingga 35 tahun hampir sebanyak 96,000 pembaca!


youth activating serum shaklee
Screenshot : Ini kalau kita baca through online di Majalah NUYOU (klik sini)

Ini membuktikan, YOUTH adalah sebuah produk penjagaan kulit yang sangat digilai ramai kerana kandungannya yang bukan sahaja diformulasikan hanya dari bahan botani dan bebas 1,500 jenis bahan kimia, tetapi ia terbukti berkesan sehingga semakin hari, semakin ramai orang review akannya dan terpilih untuk masuk majalah-majalah terkemuka seperti majalah NUYOU ini.

So, siapa yang tengah betul-betul mencari sebuah produk penjagaan kulit yang organik, 100% Plant Based, tanpa kekejaman haiwan (tidak di test ke atas haiwan), YOUTH adalah jawapannya.

Dan sesiapa yang ingin mengatasi masalah penuaan awal di kulit serta kelihatan muda remaja di kulitnya, YOUTH adalah jawapannya.


Nak order YOUTH hari ini untuk kulit lebih muda remaja

WhatsApp Syaza atau boleh terus call ke 018-768-4817 (klik untuk WhatsApp).
Continue Reading