Wednesday, 7 November 2018

10 Kebaikan Pengambilan Minyak Ikan

minyak ikan omega-3 terbaik

1. Minyak Ikan Baik untuk Kesihatan Jantung

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di dunia!

Kajian menunjukkan, seseorang yang konsisten secara teratur dengan pemakanan ikan dan pengambilan minyak ikan omega-3 mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding yang tidak mengambilnya.

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan seseorang mendapat penyakit jantung, dan pengambilan ikan serta minyak ikan membantu mengurangkannya antaranya ialah :

2. Minyak Ikan Membantu Atasi Sesetengah Masalah Berkaitan Mental

Otak mengandungi 60% asid lemak dan banyak darinya adalah asid lemak omega-3. Disebabkan itu, omega-3 adalah nutrisi asas untuk otak.

Malah, terdapat banyak kajian yang menunjukkan, mereka yang memiliki masalah mental, mempunyai kandungan omega-3 yang rendah untuk fungsi otak berfungsi dengan baik.

Laporan kajian menunjukkan, suplemen minyak ikan membantu mengatasi dan memperbaiki simptom dan tanda, sesetengah jenis masalah mental seperti scizophrenia, bipolar dan kemurungan (depression).

3. Minyak Ikan Menurunkan Berat Badan dan Ukur Lilit Pinggang

minyak ikan omega-3 terbaik
Omega-3 mudahkan proses turun berat badan dan kurangkan ukur lilit pinggang

Gemuk atau obesiti adalah apabila seseorang mempunyai BMI lebih dari 30. Secara am, kira-kira 39% orang dewasa memiliki berat badan berlebihan dan 13% adalah obes! 

Obes dan gemuk meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit antaranya kolestrol, jantung dan diabetes jenis ii.

Suplemen minyak ikan membantu dalam proses penurunan berat badan, dengan kombinasi bersama senaman atau diet.

Satu analisis dari 21 kajian mendapati, suplemen minyak ikan omega-3 mengurangkan ukur lilit pinggang dan nisbah pinggang ke punggung!

4. Minyak Ikan Menyokong Kesihatan Mata

minyak ikan omega-3 terbaik
Kesihatan mata dan omega-3

Bukti kajian menunjukkan, mereka yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi, mempunyai risiko tinggi untuk masalah berkaitan mata.

Malah, kesihatan mata mula berkurangan apabila di usia tua, yang akan membawa kepada masalah lainnya selain rabun. 

Sebuah penyelidikan mendapati, pengambilan dos tinggi minyak ikan untuk 4 bulan setengah, meningkatkan kesihatan mata seseorang yang mempunyai AMD.

5. Minyak Ikan Anti-Radang

minyak ikan omega-3 terbaik
Kesihatan lutut yang lebih baik dengan omega-3

Minyak ikan mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengatasi masalah yang berkaitan dengan keradangan seperti gout, arthritis, sakit lutut dan sebagainya. Termasuklah buasir.

6. Minyak Ikan Mencantikkan Kulit

minyak ikan omega-3 terbaik

Kulit adalah organ terbesar kita dan mengandungi sangat banyak kandungan omega-3 didalamnya.

Kesihatan kulit akan merudum terutama jika kita sering terdedah kepada cahaya mentari.

Berita baik, masalah kesihatan kulit seperti eczema dan psoriasis boleh diatasi dengan minyak ikan!

7. Asid Lemak Omega-3 dan Kehamilan

minyak ikan omega-3 terbaik

Di akhir trimester ketiga, adalah sangat digalakkan untuk ibu hamil mengamalkan minyak ikan omega-3 bagi menyokong perkembangan otak janin. 

Selain itu, pengambilan minyak ikan perlu diteruskan sebaik selepas melahirkan dan menyusukan anak kerana ia turut membantu perkembangan anak termasuklah di dalam hal ehwal koordinasi dan keseimbangan badan anak.

Ia turut mengurangkan masalah allergi terhadap anak apabila mereka semakin membesar kelak.

8. Minyak Ikan Membantu Mengatasi Masalah Anxiety-Disorder dan Kemurungan (Depression)

Individu yang mengalami kemurungan mempunyai paras kandungan omega-3 yang rendah dalam darah.

Kajian membuktikan, pengambilan suplemen minyak ikan omega-3 membantu memperbaiki gejala kemurungan. 

Selain itu, terdapat kajian yang melaporkan, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan EPA membantu mengatasi kemurungan lebih dari yang hanya kaya dengan DHA

9. Minyak Ikan Membantu Fokus Kanak-Kanak

minyak ikan omega-3 terbaik

Kelebihan minyak ikan kepada kanak-kanak ialah, ia membantu meningkatkan fokus kanak-kanak dan juga mengurangkan masalah agresif dalam kalangan kanak-kanak.

10. Minyak Ikan, Asma dan Semput

minyak ikan omega-3 terbaik

Asma adalah aturan abnormal peparu yang mengakibatkan bengkak di paru-paru dan kesukaran bernafas dan menjadi lebih sukar terutama bagi bayi.

Beberapa kajian menunjukkan, pengambilan minyak ikan mengurangkan masalah asma terutama jika diamalkan ketika permulaan asma dikenapasti.

Sebuah kajian yang menggabungkan hasil kajian 11 kajian lainnya yang melibatkan hampir 100,000 orang dan mendapati, ibu yang mengamalkan omega-3 mengurangkan risiko anak mereka untuk mendapat asma hampir 24 hingga 29%!

Tips : Pilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi, yang kaya dengan EPA dan DHA sebenar.

Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor.
πŸ“² 018-768-4817,
COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia.

3 comments:

  1. banyak jugak eh kelebihan minyak ikan, sha baru tau

    ReplyDelete
  2. wahh...patut la orang jepun sihat2 dan susah nak jumpa yang gemuk..diorang kan suka makan ikan!

    ReplyDelete
  3. info yang sangat bermanfaat! :) saya follow sini ye #92 https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")