Friday, 2 November 2018

Salam Jumaat!

Pagi ni Syaza minum Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dulu untuk tenaga dan juga bagi kecantikan kulit [sesuai di ambil waktu perut kosong bagi tujuan ini]!
Salam Jumaat semua! Assalamualaikum.

Hari Jumaat ni penghulu segala hari. Di hari Jumaat inilah pelbagai kejadian yang besar-besar telah dan akan berlaku. Antaranya ialah penciptaan bumi dan juga kiamat.

Di hari Jumaat juga adalah hari yang kita digalakkan untuk amalkan perkara-perkara yang sunat. Paling simple dan mudah; potong kuku. 

Syaza senaraikan antara perkara sunat yang kita boleh amalkan hari ini ya [hari Jumaat] :
  • Potong kuku
  • Kemaskan bulu [ketiak, ari-ari]
  • Pakai minyak wangi [bagi lelaki]
  • Mandi sunat pagi Jumaat
  • Pakai baju yang cantik & kemas ke Solat Jumaat
  • Baca Al-Kahf
  • Berdoa selepas Asar hingga penghujungnya [waktu mustajab doa]


Simple-kan semua ni? Dan boleh di buat dalam sekelip mata je! 

[TAZKIRAH JUMAAT]

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
"Wahai orang-orang yang beriman!

 اتَّقُوا اللَّهَ 
Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya);

وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ 
dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).

وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ 
Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah,

إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."

[Surat Al-Hashr 18]

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")