Tuesday, 27 November 2018

Short Trip Muar November 2018 : Jalan-Jalan Cari Makan

Sempena cuti Maulid Rasul Nabi Junjungan kita, Rasulullah saw yang jatuh pada Selasa (20/11) hari tu, Syaza dan family kecilku, ada berjalan-jalan sekejap dekat Muar. Actually, kekasih hati, suamiku, out station sebentar kat sana, alang-alang, kami amek kesempatan, jalan-jalan kejap la di Muar!


Sambil menyelam, minum air, katakan.



Syaza ni nama je orang Johor, tapi belum pernah sekali pun tidur menginap dekat Muar. Mungkin sebab I fikir, ala, Muar je pun (?)

Ish! Syaza oi, kalau nak tahu, 'Muar je pun' ini adalah bandar yang terbersih di peringkat negara ASEAN taw. Serius, Muar memang bersih! Sampah sarap memang susah nak jumpa di kawasan tepi-tepi jalan ni. 


Terbaik Muar.

Trip kali ni singkat jer, tapi cukup untuk cipta memori dan kenangan bagi kami sekeluarga.

1. Dataran Tanjung Mas

dataran tanjung emas muar

Dataran ni sama macam dataran yang ada di negeri lain, bezanya, dataran ni ada di sana, replika kenangan stesen kereta api Muar yang satu ketika dahulu ada di sini. Selain dari tu, Dataran Tanjung Mas ni berhadapan dengan Sungai Muar yang sangat cantik dan bersih!

Sungai ni boleh tahan besar taw. Tak macam Sungai Melaka, kecik je, huhu. Sungai Muar, besar, cantik dan bersih.

Dataran Tanjung Emas, sebelah dia adalah Masjid Biru di Muar

Waktu Syaza pergi, kami pergi nak dekat Maghrib, masa tu kawasan ni baru nak hidup dengan pelbagai aktiviti. Orang ramai kata kalau nak ke Dataran Tanjung Mas, datang malam, lebih hidup dengan kereta berhias, dan permainan-permainan lain.

Ada juga dataran jam besar di sini yang memaparkan slogan, 'Bangsa Johor'! Wah excited sekejap dengan Bangsa Johor, ahaks.

2. 434 Sai Kee Kopi

Good news is, kopi di sini sangat best dan mengancam. Baca review orang lain, memang kedai kopi ni tak boleh kita skip! Wajib pergi.

Bad news is, waktu Syaza nak pergi kedai ni tutup. Wargh, sedih giler. Dah terbayang-bayang keharuman kopi dan kesedapan roti bakar kedai ni taw. So sad, tak apa tak ada rezeki kiter.

3. Deen Burger Bakar

Actually, sebenarnya nak ke tempat lain. Tapi Waze gi bawak kat tempat lain pulak, hahahah. Kami Waze 'Char Keow Teow JDT'. Tekak Syaza terasa nak makan Char Keow Teow, tapi Waze kata kat sini tempatnya.

Deen Burger Bakar
Syaza order Hawaiian Twin Chicken

Tak apa lah, alang-alang dah sampai marilah kita bersantap di sini. Sedih, sebab nak burger daging, dah habis. Maka Syaza order, burger ayam twin dan suami order Sizzling Chicken Chop. Syaza ter-compare kedai ni dengan burger bakar Abang Burn, huhu. Sorry! Iols tak habis makan burger-nya. Agak muak.

Deen Burger Bakar
Ni Sizzling Chicken Chop


Selain burger ada juga dihidangkan menu yang ala-ala dalam talam/dulang.

Burger Bakar Abang Burn lebih sedap and yummss ;)


4. Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Fuh! Mencabar, waktu sampai tu, betul-betul ada dua kedai yang sebelah menyebelah, tulis ayat yang sama iaitu Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, ahahaha

Mee Bandung Udang Galah Muo Ori
Nampak tak, dia sebelah-sebelah jer :D

Serba salah aku nak masuk. Kenapa sama dua-dua sedangkan kedai yang berlainan? Eh macam Trivago pulekkk.

Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Ok, sedap yumss Mee Bandung nya! Boleh repeat. Harga pun berpatutan, RM 15 yang Syaza order semangkuk tu ada 5 ketul udang galah. Frehsness? Biasa-biasa je. Syaza pun tak expect kedai macam tu untuk ada udang galah fresh.

5. R&H Cafe Maharani

Last Syaza makan kat sini, 8 tahun lepas dan waktu tu kedainya masih di kawasan yang lama. Now, kedai dah di tempat baru. Rupanya dah hampir 2 tahun berpindah kat tempat baru. Sedih juga sebab tempat yang lama tu suasanya lebih best dan kondusif.

R&H Cafe Maharani
Pintu Masuk Cafe

Yang baru ni dah nampak macam R&H tu kedai restoran biasa gitu. But still, makanannya padu beb, padu! Siapa datang Muar memang wajib pekena R&H Cafe Maharani ni. Especially, Roti Manja, Roti Bakar, Meatball Kampungku, Sate Maharani.

R&H Cafe Maharani
Air Bumble Bee nama dia
R&H Cafe Maharani
Meatball Kampungku yumss!!
R&H Cafe Maharani
Roti Manja (Nampak tak belakang tu ada roti bakar) ahaha
R&H Cafe Maharani
Tauhu Lentok

Aicewah, aku suruh korang order makanan feveret aku semuanya ahahahah

menu makanan dan harga R&H Cafe Maharani
Menu Makanan dan Harga di R&H Cafe Maharani

Menu Makanan dan Harga di R&H Cafe Maharani

Menu Makanan dan Harga di R&H Cafe Maharani
Sekian short trip makan-makan Syaza di Muar haritu! Ahaks. Jangan lupa baca bismillah sebelum mentekedarah ok. Muar is awesome. Actually banyak lagi kedai makan best yang I tak sempat terjah sebab perut dah penuh giler, haha.

Syaza,
Your Shaklee Distributor.

2 comments:

  1. byk tmpt2 makan menarik ya kt muar... kalu blk kg ada ms mmg akn sggh muar... tp jrg mkn kt situ

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")