Monday, 24 December 2018

Friday, 21 December 2018

Vertigo dan Vivix Shaklee

vivix shaklee dan masalah vertigo

Selalu rasa pening kepala sampai badan tak seimbang dan rasa nak muntah and loya tak? Itu adalah salah satu petanda Vertigo!

Apa Itu Vertigo?

Vertigo adalah situasi di mana seseorang mempunyai masalah pening kepala dan ada kaitan dengan sensori keseimbangan di bahagian ENT iaitu ear (telinga), nose (hidung) dan tekak (throat). Malah bagi sesetengah vertigo yang lebih kritikal, ia melibatkan keseimbangan di bahagian otak.

Ia seolah sensasi cuak atau takut atau gayat ketika sedang melihat dari tempat yang tinggi. Kalau kita duduk tempat yang tinggi, kadang kala boleh pening kepala kan?

Begitulah bagi mereka yang ada vertigo, tetapi pening kepala itu lebih lagi dan di tambah dengan badan yang tidak seimbang ibarat menaiki roller coaster.

Continue Reading

Thursday, 20 December 2018

Mak Saya Bekas Perokok Tegar


Jarang taw kita dengar orang perempuan hisap rokok. Atau mungkin lebih tepat, budaya di Malaysia menyebabkan kadang kala perokok perempuan ini sembunyikan diri di sebalik masyarakat. 

Apa pun, merokok memang membahayakan kesihatan. Di tambah pula jika perokok adalah perempuan yang bertanggungjawab untuk sentiasa pastikan rahim sihat dan elok. 

Rahim itu bukan sahaja untuk diri kita, tetapi untuk anak yang bakal kita kandung kelak. Dan anak akan serap segala apa yang ibu ambil taw. Sebab itu tak hairan dalam mana-mana buku panduan kesihatan waktu mengandung, selalu diingatkan tentang, jauhi rokok ketika mengandung.

Seeloknya ia perlu dijauhi selamanya, kerana membahayakan nyawa! Mengikut fatwa yang diputuskan pada 1995, tabuat merokok adalah HARAM mengikut padangan Islam.

Continue Reading

Berjaya Habiskan S2UiMOB

kelas blog shaklee

Alhamdulillah, dah selesai batch ketiga untuk S2UiMOB. Kalau nak tahu ini adalah kelas khas bagi mereka yang nak ber-blogging dan belajar buat website. Hanya Shaklee Independent Distributor je dibenarkan.

Kelas ni Free of Charge! Mentor kami belajar dengan Mentor Shakirah Karim yang merupakan pakar SEO number 1 di Malaysia. Dan beliau delivered pada kami secara percuma.

Memang untung siapa yang grab peluang ni dan fokus. Dalam kelas ni kami di ajar cara :
  • Tingkatkan trafik blog
  • Penulisan mesra SEO
  • Design blog mesra SEO
  • Design blog mesra mobile
  • Cara buat e-book
  • Convert penulisan pada sales

Continue Reading

Wednesday, 19 December 2018

Jenama Skincare Yang Di Uji Atas Haiwan : Kejamnya!

Jenama Skincare Yang Di Uji Atas Haiwan
Syaza yakin, kita semua akan terkejut bila tahu jenama-jenama di bawah yang awalnya dikenali sebagai organik, botani dan sebagainya, namun mereka kejam denagn melakukan ujian ke atas haiwan.
Waktu Syaza share tempoh hari info ini dekat Facebook Syaza, kawan-kawan Syaza pun terkejut taw. Sebab jenama yang tak di sangka turut ada dalam satu barisan kejam.
Berikut ialah jenama Skincare yang diuji ke atas haiwan:
* Aveeno
* Avene
* Avon
* Bioderma
* Biotherm
* Bliss
* Boscia
* Caudalie
* Chanel
* Clarins
* Clarisonic
* Clean & Clear 
* Clearasil 
* Coppertone 
* DDF
* DHC
* Dermablend
* Dior
* Dr. Brandt
* Dr. Jart
* EOS
* Eucerin
* Fresh
* Garnier 
* Gatineau 
* Glamglow
* Good Skin Labs 
* Jurlique
* Kiehl’s 
* L’Occitane
* La Mer 
* La Roche Posay 
* Lab Series for Men 
* Lubriderm
* Mederma
* Neutrogena
* Nivea
* Noxzema
* Nuxe
* Ojon 
* Olay 
* Origins 
* Oriflame
* Peter Thomas Roth
* Ponds 
* ROC 
* Rembrandt
* Simple
* SK-II 
* St. Ives
* Vaseline
* Vichy 
* Walgreens
* Yves Rocher

Ada sesetengah jenama di atas tidak membuat ujian sendiri ke atas haiwan, tetapi mereka menjual produk mereka di China yang merupakan sebuah negara yang menjadikan, ujian haiwan adalah wajib oleh undang-undang mereka. 
Jenama Skincare Yang Di Uji Atas Haiwan
Stop Animal Testing ! 
Jadi siapa yang pasarkan produk ke sana, wajib melalui ujian atas haiwan, so kejam! Ini cuma sebahagian sahaja produk yang dilabelkan sebagai animal cruel. Ada banyak lagi yang tak tersenarai, selain dari sebab produk itu sendiri diawalnya dah terkandung pelbagai kerosakan lain.
Skincare bebas kekejaman?
YOUTH Skincare diuji ke atas MANUSIA. Begitu yakin Shaklee ke atas keselamatan dan keberkesaan kepada kita semua. Tak perlukan haiwan pun untuk di uji!
That is how confidence Shaklee.
Dan YOUTH Skincare ialah 100% vegan, tak guna anything dari haiwan 😊
100% Vegan, Free from Animal Cruelty! : Buy YOUTH Now

Continue Reading

Jom Shaklee : New Starter Pack For New Member

jom shaklee new starter pack ahli baru daftar ahli shaklee

[HARGA MURAH KHAS UNTUK AHLI BARU SHAKLEE]

Kalau anda dah lama aim nak jadi ahli Shaklee, now is the BEST time! 

Sebab now Shaklee offer Starter Packs yang ada harga less dari harga ahli biasa tau! Serius jimat banyak. 

Khas untuk ahli baru je 😍😍😍

Starter Pack 1: YOUTH Set

promosi diskaun youth shaklee starter set

✅  Harga less 30% 
✅ Shaklee waivekan membership walaupun asalnya tak layak FREE Membership (worth RM 65)
✅ FREE Postage (worth RM 10)
✅ FREE Cermin muka transparent
✅ Dapat cashback lagi 😍

Starter Pack 2: Vivix Twinpack

diskaun vivix shaklee twinpack

✅ Harga less 30%
✅ FREE Membership (worth RM 65)
✅ FREE Postage (worth RM 10)
✅ FREE Cooler Bag - biasa kena beli okay! Penting untuk bawak travel sebab Vivix ni kena letak dalam peti ais
✅ Dapat cashback lagi 😍

Starter Pack 3: Wellness Set

promosi set kesihatan keluarga shaklee

✅ Sangat sesuai mulakan bisnes / makan sendiri
✅ Harga less 30%
✅ FREE Membership (worth RM 65)
✅ FREE Postage (worth RM 10)
✅ FREE Pillbox yang best!
✅ Dapat cashback lagi 😍

Hubungi Syaza di 018-768-4817 (klik to wassap), untuk maklumat info lanjut New Starter Pack ini 😊✨
Continue Reading

Isteri Hadiahkan Vivix Untuk Kesihatan Suami

testimoni vivix shaklee untuk tenaga

Letih, boleh jadi keletihan dari segi fizikal. Ada yang letih mental, malah ada yang dua-dua sekali, letih mental dan fizikal.

Ada banyak faktor yang boleh sebabkan kita selalu rasa letih dan penat. Antaranya ialah
  • Kerja yang banyak
  • Kerja berterusan
  • Beban kerja
  • Penyakit
  • Badan kurang zat
  • Gaya hidup tak sihat
  • Kuat merokok
  • Kuat alkohol
  • Pengambilan ubatan berlebihan
  • Stress
  • Murung
Banyak faktor yang menyumbang, namun yang pasti, tanda-tanda kita ada di serang masalah letih melampau ni hampir sama iaitu :
  • Susah tidur
  • Pening kepala
  • Sakit kepala
  • Sendi sengal
  • Otot yang lemah
  • Daya balas dan respon lemah
  • Kekurangan tindak balas buat keputusan
  • Kurang selera makan
  • Moody berpanjangan
  • Kerap jatuh sakit
  • Sistem imun badan rendah
  • Pandangan kabur
  • Masalah memori - susah ingat sesuatu perkara
  • Berhalusinasi
  • Mengurangkan kebolehan menumpukan perhatian
  • Motivasi yang rendah
  • Mudah tersinggung
Sebab itu, seorang nurse yang hanya mahu dikenali sebagai seorang isteri yang kasih dan sayang pada suaminya, sanggup hadiahkan Vivix setiap bulan kepada suaminya. Suami beliau berulang-alik dengan motor, dari Puchong ke Sungai Buloh, setiap hari selama hampir 45 minit

Berhujan, berpanas. Itu belum dah sampai ke tempat kerja dan lakukan tugasan harian. Kerana kesian dengan suami yang kerap mengadu keletihan, beliau ambil tindakan untuk hadiahkan Vivix yang terbukti membantu memberi tenaga sampai ke peringkat sel untuk suaminya.

Apabila badan kita rasa letih, penat, makanan harian sahaja sememangnya tak mencukupi untuk cover nutrisi harian. Jadi memang perlu untuk dapatkan support tambahan dari suplimen.

Vivix sendiri mempunyai kandungan resveratrol yang bertindak sebagai penghubung memberi tenaga sehingga ke peringkat sel dalam badan.

Testimoni Vivix dan Tenaga

testimoni vivix shaklee untuk tenaga

"Husband dah consume 1 botol Vivix, so far Nad. Sebelum ni asyik complain sakit kepala, perut tak selesa and balik kerja memang nampak penat sangat-sangat.

Sebab dia berulang dari Sungai Buloh ke Puchong everyday. Almost 45 minutes dengan motor, pergi sahaja. 

So boleh imagined how tired he is.

But after finishing almost 3/4 bottle (of Vivix Shaklee), he complains no more. Saya pun tak stress dah, risau pasal kesihatan dia. 

Ini pun nak tunggu gaji, 2 weeks lagi. But dia cakap health first, siap dah allocate duit untuk Vivix,"

MasyaAllah! Ya, Syaza setuju, HEALTH IS WEALTH, betul tak kawan-kawan? Kerja bagai nak gila, bagai nak rak, at the end, kesihatan kita tetap memainkan peranan yang paling utama. Sejujurnya, kalau kita sakit, company sendiri tak akan teragak-agak pun nak kick out kita, anytime.

Keluarga, yang akan terima kita seadanya. So, kita mesti jaga kesihatan supaya kita boleh beri yang terbaik untuk keluarga kita terutamanya.
 
kesihatan adalah kekayaan

Duit adalah perkara nombor dua. Duit boleh di cari, tapi kesihatan itu lebih penting sekali. Sebab itu, pelanggan ini memilih untuk memberikan suaminya Vivix Shaklee sebagai suplemen tambahan bagi membantu mengatasi masalah keletihan suaminya.

Malah, beliau juga dah tak stress memikirkan masalah kesihatan suami.

Sejujurnya, bila dah jadi isteri ni, memang susah hati kalau tengok suami tak sihat, letih. Kita sendiri as a wife akan tertekan dan stress dengan keadaan tu. Yela, sayangkan, siapa tak sayang suami kan.

Setuju tak wife semua?

Buy Now
Kepada yang ingin dapatkan Vivix Shaklee, boleh dapatkan dari Syaza hari ini. Hubungi Syaza di talian 018-768-4817 (klik to wassap).
Continue Reading

Tuesday, 18 December 2018

Lepas Kenal Vivix, Masalah Vertigo Hilang

vivix shaklee dan masalah vertigo

Kagum dengan pengakuan yang diberikan Puan Rafizah Rahim. Dalam diam, Puan Rafizah alhamdulillah dah berjaya atasi masalah Vertigo selepas gunakan Vivix Shaklee.

Apa itu Vertigo?

Vertigo adalah keadaan di mana sesiapa yang kena akan merasakan seperti sedang berputar macam naik roller coaster, malah turut bercampur bersamanya, rasa nak muntah dan loya! Si penderita sendiri takut nak bergerak. Sebab memang pening dan rasa berpusing di sana sini.

Dr Kuljit Singh, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di Pusat Perubatan Prince Court menyatakan bahawa, sebenarnya ini adalah simptom pening kepala yang berpunca dari ketidakseimbangan yang berlaku di dalam telinga.

Fakta : Telinga, hidung dan tekak, 'duduk' di dalam satu 'aliran' carta organ yang sama. Sebab itu kalau perasan, kalau kita selesema, telinga pun akan jadi tak boleh dengar dan tekak akan sakit!

Vertigo yang melibatkan kecederaan di kawasan neurologi dan otak, bukan sahaja bagi kesan pening semata tetapi ia turut menyebabkan masalah pertuturan kata yang tidak jelas

Tanda-tanda Vertigo
  • Pergerakan anak mata yang lain dari yang lain
  • Sering pening
  • Loya
  • Muntah
  • Badan tak stabil
  • Rasa melayang
  • Selalu berpinar-pinar

Jenis Vertigo

1. Vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV) 

Kebiasaannya berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi. Tempoh serangan sekitar satu minit dan ia adalah episod pening melampau yang akan berakhir dalam beberapa minggu kemudian.

2. Vertigo Postur Phobic

Terjadi apabila berlaku pergerakan yang melibatkan kepala, menaiki tangga, berdiri. 

3. Vertigo Periferal

Berlaku kerana trauma pada kepala kerana kecederaan dalam telinga. Bukan sahaja buat kepala rasa macam pening dan berpusing tetapi, telinga berdesing sekali!

4. Vertigo Idiopatik

Gabungan beberapa jenis bertigo. Biasanya menyerang golongan di umur pertengahan kerana mungkin berpunca dari masalah vestibul yang lebih sensitif berbanding orang biasa. 

Pencetus utamanya ialah pergerakan. Ada, pergerakan, maka seseorang akan rasa kegoncangan kepala.

Testimoni Vivix Shaklee dan Vertigo

vivix shaklee dan masalah vertigo


"Saya vertigo, makan Vivix, dan ubat. 
Alhamdulillah vertigo saya hilang malah Dr ENT kata stop Betaserc!

Syukur kenal Shaklee, dulu saya anti-suplemen, maklumlah jahil. Bila sudah kenal, Subhanallah, malu rasanya,"

-Puan Rafizah Rahim-

vivix shaklee dan masalah vertigo
Klik untuk dapatkan Vivix hari ini
Bagi yang ingin mendapatkan Vivix untuk masalah Vertigo, boleh hubungi Syaza di talian 018-768-4817 (Klik to Wassap).

Syaza | ID 1245903,
Pengedar Shaklee Melaka.

COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia.
Continue Reading

Salam Takziah Muhammad Adib

MUHAMMAD ADIB MENINGGAL DUNIA SELEPAS RUSUHAN KUIL USJ

Menggemparkan dan menyedihkan. Ya, mati itu suatu kepastian, namun bagi Muhammad Adib, yang menjadi mangsa rusuhan kuil tempoh hari, ia sesuatu yang menyedihkan seluruh rakyat Malaysia. 

Syaza sangat berharap, keadilan dapat ditegakkan untuk Muhammad Adib dan pelaku serta pesalah di bawa ke muka pengadilan. Kalau dulu, waktu Adib masih hidup, kes ini disabitkan atas seksyen 304, namun sekarang, Adib telah meninggal dunia, jam 9.41 malam semalam di Institut Jantung Negara, secara automatik, kes jadi di bawah seksyen 302 kanun keseksaan sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Kes Muhammad Adib ini patut kita jadikan iktibar bagi seluruh rakyat Malaysia terutama dalam kejadian rusuhan kuil di USJ tempoh hari.

Salam Takziah untuk Muhammad Adib sekeluarga.

Continue Reading

Tuesday, 11 December 2018

Gusi Bengkak Sampai Berdarah

pengalaman Gusi Bengkak Sampai Berdarah

Al-kisahnya, Syaza dihubungi oleh seorang kakak comel yang bertanya tentang produk Shaklee yang sesuai untuk masalah gusi bengkaknya. 

Syaza ni seriau sikit dengar gusi-gusi ni. Sakit taw anthing yang melibatkan gusi. Even tulang tercucuk masuk dalam gusi pun sakitkan? Tulang ikan bilis pun sakit! Huhu, sebab pernah kena.

Syaza tanya kakak comel, "Ada sampai tahap berdarah tak?"


"Ya, bengkak dan berdarah. Gosok gigi sikit je dah darah, pegang sikit pun boleh darah,"

I can imagine how hurt that thing is. Ada banyak punca gusi berdarah ni. Selain dari bengkak of course.


Gusi Bengkak Sampai Berdarah
Gusi berdarah tanda badan kurang Vitamin C
Jadi, Syaza suggest pada kakak comel untuk cuba Vitamin C dulu, sebab, gusi berdarah ni adalah salah satu dari tanda badan kita sangat-sangat kekurangan Vitamin C. Other than that is, Syaza provide tester Ostematrix untuk satu malam.

Ostematrix ni adalah gabungan kalsium dan magnesium yang akan bantu bagi kelegaan segera pada gusi yang bermasalah. InshaAllah dalam satu malam boleh bagi kita tidur yang lebih lena dan nyenyak despite of sakit gusi.

Petang semalam la, Syaza COD dekat kakak comel, area Avon Taman Seri Cempaka, Melaka. Yang dekat dengan Melaka Sentral tu. :)
Continue Reading

Monday, 10 December 2018

Senarai Premium Outlet di Malaysia

Premium Outlet ni, tempat shopping yang sangat best! Malah, bukan sahaja shopping, boleh dijadikan tempat untuk cuci mata atau pun, window shopping. Semua kedai dan barangan berjenama disatukan di dalam satu tempat.

Dia bukan sahaja ada dekat Malaysia bah kan di negara lain juga seperti, Jepun dan Florida City.

Malah, yang bestnya, setiap hari ada je diskaun taw dekat sini. Kalau waktu cuti, atau akhir tahun, lagi banyak diskaun di sana sini. Kalau pandai cari memang cun harga dia beb!

Premium Outlet ada cawangan-cawangan dia dekat Malaysia ni. Jom kita terjah senarai Premium Outlet yang ada dekat Malaysia ni.

1. Genting Highland Premium Outlet


Terletak atas bukit. Memang best dan sejuk! Pada Syaza, ni adalah Premium Outlet yang tercantik dekat Malaysia. Mungkin sebab kedudukannya. Selain dari tu, dia besar dan ada 3 tingkat kesemuanya. 

Alang dah datang sini, boleh singgah terus Genting Highland, kan!

2. Johor Premium Outlet


Lebih kurang sama besar macam Genting Highland punya outlet tapi kecik sikit (ha, macam mana tu? hihi). Memang best dekat sini, sales dan harga boleh tahan menjejer air liur melihatnya.

3. Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG


Dekat sini ada The Loaf! The Loaf sedap, ok bye. Hahaha

4. Freeport A'Famosa


Orang Melaka, boleh singgah kat sini, cuci mata dan cuci tangan selain dari cuci duit. Sebelah je dengan A'Famosa, kalau dah datang sini boleh singgah bercuti dekat A'Famosa taw.

5. Design Village Penang


Boleh tahan murah dan cantik harga dekat sini!

6. Horizon Village Outlet


Yang ni baru lagi ni. Kedudukan di antara Putrajaya dan KLIA.

Okay selamat ber-shopping semua di semua outlet-outlet ini hihi :)
Continue Reading

Period Lari Punca Susah Nak Hamil

Period Lari Punca Susah Nak Hamil

Period atau haid ni adalah waktu di mana, kita keluar darah sebab tidak berlaku perlekatan embrio di dinding rahim kita. Begitulah penjelasan jika tak secara saintifik. 

Sebab tu, bila kita miss period, bagi yang dah berkahwin, kita seronok! "Eh, dah seminggu aku tak period nih, jom la beli UPT nak check, entah-entah pregnant,"


Bila kita tak period dalam jangka masa yang sepatutnya, kemungkinan besar telah berlaku lekatan di dinding rahim kita menyebabkan dinding rahim tidak 'pecah'. 


Period Lari Punca Susah Nak Hamil

Persoalan di sini, kalau kita tak ada kitaran period yang betul dan teratur, macam mana kita nak pastikan yang kita ni dah miss period atau belum? Maksud period tak teratur di sini ialah :

  • Datang lebih sekali dalam sebulan (jarak dekat atau jauh)
  • 2 Bulan sekali atau lebih baru datang
  • Kejap-kejap period
  • Period-stop lepas tu period balik
  • Bulan lepas awal, bulan ni hujung

Dan macam-macam lagi pattern period tak teratur ni! Jadi, bila period kita susah teratur, maka, bukan sahaja kita susah nak pregnant atau hamil, tapi nak check waktu subur untuk bersama suami isteri dalam ikhtiar hamil pun susah.

Sebab itu, bagi yang ada masalah period tak betul, pastikan betulkan dahulu kitaran period kita supaya mudah untuk urusan kita semua dalam ikhtiar untuk kehamilan (tak kira la nak ikhtiar untuk anak ke berapa pun).

Macam pengalaman yang dikongsikan oleh, Cik Puan Najihah Sudi,

TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE

"Saya dah dua kali berjaya hamil dengan SET SUBUR SHAKLEE. Saya susah nak hamil sebab period memang problem sungguh! Asyik lari. So, first thing, saya betulkan time period saya dengan GLA COMPLEX. Sambil tu saya makan sekali B-COMPLEX, VITAMIN C, VITA-LEA. 

Lepas dah betulkan kitaran haid, lepas 3 bulan disahkan hamil. Kali ni pulak, lepas 2 bulan, lekat juga.

Alhamdulillah, Allah mudahkan!"

Nampak tak? Cik Puan Najihah sudi, sedar yang dirinya memang ada masalah period yang tak betul. Jadi dia cuba untuk membetulkannya dengan ikhtiar bersama GLA Complex yang memang dah sedia ada dalam Set Kesuburan Shaklee ni.

GLA Complex ni nama penuh bagi GLA ialah gamma linoleic acid yang bertanggungjawab untuk memperbetul hormon wanita terutama yang ada masalah period ini. Boleh baca selanjutnya maklumat penuh tentang GLA Complex dekat sini.

Nak cuba GLA Complex untuk betulkan kitaran period? Boleh roger Syaza kat sini 018-768-4817 (klik to wassap).

Period Lari Punca Susah Nak Hamil

Bacaan selanjutnya :

Continue Reading

Bacaan HB Time Pregnant Cantik!

hb cantik masa pregnant

Waktu pregnant, bacaan darah atau HB yang cantik idaman setiap ibu-ibu yang pregnant! HB ni kalau nak tahu adalah singkatan kepada haemoglobin. Haemoglobin ni ada dalam sel darah merah atau red blood cell kita yer ibu-ibu.

Haemoglobin atau HB ni fungsi utama dia ada dua iaitu :
  • Angkut oksigen yang kita sedut dari luar dan transfer kepada sel-sel badan yang memerlukan
  • Bawak keluar karbon dioksida dari dalam badan kita

Jadi, kalau kita masa pregnant HB rendah sebab itu sangat banyak masalah boleh berlaku! Bayangkan, fungsi asas dan utama HB ni, angkut oksigen dan bawak keluar karbon dioksida kan, so kalau ibu dah pregnant, for sure, HB ni berperanan untuk dua orang - which is ibu dan anak dalam kandungan.

Kalau HB rendah, anak pun boleh beri kesan dan jika kita ni ibu, tak kawal, tak control, alamatnya boleh bawa kepada kematian anak dalam perut, nauzubillah kan ibu-ibu.

Selain dari tu, akibat daripada masalah HB rendah time pregnant ialah :
  1. Ibu cepat letih
  2. Ibu cepat lesu
  3. Asyik nak tidur je
  4. Kepala pening
  5. Tak dapat buat kerja rumah dengan sempurna dan banyak
  6. Asyik perlu rehat yang cukup
  7. Baby boleh hadapi kematian
  8. Risiko anemia untuk baby yang bakal lahir nanti sampai dia besar
  9. Baby dalam perut kurang aktif
  10. Ibu makin hari makin lemah
  11. Tumpah darah banyak yang bawa kematian pada ibu ketika bersalin

Berapa bacaan HB yang normal untuk kita yer ibu? Bacaan normal bagi ibu yang mengandungkan anak ialah 11 hingga 12 g/dl. Bawah daripada tu, something wrong somewhere dan kalau boleh usahakan untuk naik kalau bawah paras tu. 

Bacaan HB yang sepatutnya normal bagi ibu mengandung
Bacaan HB yang sepatutnya bagi ibu mengandung
Ada banyak cara untuk naikkan HB taw ibu semua. Of course melalui pemakanan dan vitamin. Kita ni, masa pregnant, vitamin tolong jangan skip! Badan kita berbeza keperluan dari wanita biasa yang tak mengandung.

Kita kalau rasa malas nak amek vitamin, ingat anak dalam perut. Dia memerlukannya, dan itu hak dia taw ibu. So kalau ada masalah HB rendah ni, sangat digalakkan untuk amek vitamin iron dan vitamin c. 

Iron dan Vitamin C perlu digabungkan sebab iron atau zat besi ni, dialah yang berfungsi dan bertanggungjawab untuk naikkan sel darah merah kita. Manakala, Vitamin C pula untuk memudahkan penyerapan iron atau zat besi dalam badan kita.

Kalau dekat Shaklee, memang kita akan cadangkan untuk amek Vita-Lea (Multivitamin with Iron) dan Sustained Release Vitamin C. Lagi pun dua ni memang dah terkandung dalam Set Hamil Shaklee! 

Ok, tanpa membuang masa, Syaza share dan kongsikan kepada semua ibu sekalian, antara feedback dan testimoni-testimoni yang amalkan Shaklee dan berbahagian syukur alhamdulillah sebab bacaan HB maintain cantik sepanjang pregnant.

testimoni set hamil shaklee hb cantik
Puan Syahadah share, waktu HB low, Puan Syahadah terus tambah ke 4 biji Vita-Lea; iron Shaklee. Sebab apa 4? Sebab masa tu memang low sangat! Alhamdulillah terus naik ke bacaan HB 11. Best kan?

testimoni set hamil shaklee hb cantik
Puan Khadijah, amalkan Vita-Lea Shaklee 2 biji sehari, alhamdulillah bacaan HB maintain 10+  berbanding awal dulu sebelum amek Vita-Lea drop sampai 9! Syukur kan?

Mesti ibu tertanya-tanya, macam mana rupa Vita-Lea Shaklee tu yer, dan Vitamin C pula macam mana rupanya? Macam ni, ada dekat bawah, kalau ibu nak order, ibu boleh terus roger Syaza kat 018-768-4817 okay (klik sini untuk wassap).

set tambah darah shaklee masa pregnant
Klik di sini untuk order Set Tambah Darah Shaklee Ibu Mengandung
Syaza | Pengedar Shaklee Kegemaran Anda | 018-768-4817 

Continue Reading

Thursday, 6 December 2018

3 Penyakit Utama Punca Masalah Senggugut

PENYAKIT DAN SENGGUGUT TERUK

Berhati-hati jika anda adalah mereka yang sentiasa di landa masalah senggugut yang serius dan teruk hari demi hari.

Senggugut berlaku kebiasannya adalah pada fasa sebelum dan semasa datang haid. Selalunya ia akan berakhir selepas 1-2 hari semasa haid, namun, bagi yang mengalami senggugut yang serius dan teruk, mereka mungkin akan berhadapan dengan senggugut yang lebih dari 2 hari.

Antara golongan yang boleh dikelaskan mendapat masalah senggugut teruk dan berpotensi untuk itu  ialah :

  • Wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas tetapi masih mengalami masalah senggugut
  • Wanita yang akil baligh dan mendapat haid seawal 11 tahun ke bawah
  • Wanita yang kerap sakit ketika bersama pasangan
  • Wanita yang haid terlalu lama
  • Wanita yang senggugut lebih dari 2 hari dengan darah yang terlalu banyak dan sikit
  • Wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur
Jika senggugut yang dialami adalah lebih teruk dari kebiasaan, kemungkinan besar untuk seseorang mendapat penyakit di bawah adalah amat tinggi.

3 Penyakit Punca Masalah Senggugut 

1. Endometriosis

endometriosis dan senggugut teruk
Endometriosis dalam scan
Endometriosis adalah keadaan yang sangat memberi kesakitan kepada seseorang. Tisu yang kebiasaannya melapisi kawasan dalam rahim, telah terbentuk dan melapisi kawasan di luar rahim (tempat yang tidak sepatutnya).

Tanda utama endometriosis adalah kebanyakkannya berpunca dari senggugut, dan aliran darah ketika haid yang dikatakan terbalik alirannya; ke arah pembukaan yang lain dari normal :
  • Senggugut teruk. Sakit pelvik, abdomen dan bahagian belakang yang berlarutan lebih dari 2 hari.
  • Sakit ketika membuang air. Sakit ini bertambah sakit waktu haid.
  • Ketidaksuburan. Sukar mendapat zuriat.
2. Fibroid

fibroid dan senggugut teruk
Fibroid boleh bermula dari ukuran sekecil duit 1 sen dan sebesar bola sepak!
Senggugut yang melampau teruk sehingga tahap berguling dan terpaksa ambil MC, sila ambil perhatian akan potensi dan kemungkinan fibroid ke atas anda. 

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya dan boleh didapati dalam 1 wanita daripada 3 wanita. Namun, kurang dari 1% fibroid boleh menjadi berbahaya dan teruk. 

3. Cyst (Sista) Ovari

Perbezaan telur biasa dan yang mengandungi cyst
Mereka yang ada cyst atau sista ini kebiasaannya akan merasa seperti senggugut itu sepanjang masa. 

Cyst Ovari boleh menjadi biasa atau tumor. Jika tumor, ia perlu mendapat rawatan sewajarnya. Cyst ovari ini duduk dekat kawasan ovari, berkeadaan seperti kantung yang berisi lendir dan air yang duduk dalam kilang telur ovari. Lendir dan air ini kebiasannya, mengandungi cecair yang pekat likat dan terdiri dari rambut dan gigi.

Testimoni Shaklee dan Senggugut

testimoni set senggugut shaklee

testimoni set senggugut shaklee

testimoni set senggugut shaklee

testimoni set senggugut shaklee

testimoni set senggugut shaklee

SET SENGGUGUT SHAKLEE
ORDER NOW

Continue Reading

Sunday, 2 December 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi

Klik Banner untuk Join
Terima kasih Kak Shikin sebab tag Syaza! Syaza nak tag :
  1. Kak PC
  2. Shafiqah
  3. Anies
Hadiah yang disediakan sangat misteri dan buat diriku rasa nak melompat terjun terbang ke Liyana Jasmi, hihi. Nama macam Liyana Jasmay la, so cute! Okay, jangan banyak cakap, kalau korang nak hadiah yang super awesome ni jugak, please join sesama. Kalau tak, Syaza sorang dapat hadiah tu, hehe.

Syaza | Shaklee Distributor
Continue Reading

6 Tanda Senggugut Teruk

tanda senggugut teruk

Senggugut adalah masalah yang selalu terjadi dalam kalangan wanita (semestinya). Waktu senggugut ini, kebiasaannya ialah pada sebelum dan semasa berlakunya haid. 

Ada yang hanya alami senggugut dengan tanda biasa sahaja, namun, ada yang berhadapan dengan masalah senggugut yang amat teruk sehingga boleh menganggu perjalanan hidup seharian masing-masing.

Sejujurnya, Syaza belum pernah ada pengalaman hadapi masalah senggugut yang teruk, tapi pernah lihat sendiri sahabat-sahabat yang ada masalah ini. Setiap kali datang haid, memang kesian melihat nasib mereka yang senggugut teruk ni.

Syaza pun tak berani nak tegur dan ajak berbual kalau nampak mereka sedang senggugut yang teruk. Lebih baik beri masa untuk mereka berehat, kan?

Dan, kisah benar, bukan nak menakutkan, tapi memang kebanyakan dari mereka yang Syaza kenal ni, bila dah kahwin baru dapat di diagnos yang sebenarnya masalah senggugut teruk tu telah merebak jadi masalah lain sebab tak diatasi awal. Antaranya ialah yang paling popular; cyst.

Sebelum kita cerita lebih jauh, Syaza nak share dan kongsikan kepada kita semua tentang ciri-ciri yang kita boleh kategorikan keadaan senggugut kita itu termasuk dalam keadaan yang teruk atau pun tidak. Jom, kita lihat sama-sama.

6 Tanda Senggugut Teruk

1. Berlarutan Lebih 2 Hari

Senggugut adalah normal, tetapi menjadi tidak normal jika lebih dari 2 hari selepas haid

Senggugut biasa terjadi 1 hingga 2 hari sebelum haid dan berlarutan sehingga 2 hari pertama selepas haid. Namun, sekiranya berlarutan lebih dari 2 hari, itu bukan lagi senggugut yang biasa, kita perlu ambil perhatian.

2. Darah Haid Terlalu Banyak atau Sikit

Terlalu banyak atau sikit dalam satu masa dan dalam masa sama senggugut

Darah haid yang normal, akan banyak di awal dan semakin berkurang di akhir, namun, bagi mereka yang mengalami masalah senggugut teruk akan mendapati, darah haid mencurah banyaknya walaupun kelihatan tempoh masa haid sudah menghampiri waktu tamat.

Dan juga, jika sebaliknya, sakit senggugut melampau teruknya, namun darah yang keluar tidak setimpal dengan sakit.

3. Sakit Di Bahagian Tertentu

Sakit hanya menumpu banyak di kawasan tertentu

Sakit di satu bahagian tertentu ketika senggugut adalah tidak normal. Sakit yang terlalu menumpu di satu bahagian sahaja, akan menyebabkan seseorang tidak selesa, dan di tambah dengan keadaan senggugut yang menambahkan keseriusan sakit di kawasan tersebut.

4. Ubat Tak Selesaikan

Bagilah ubat apa pun, tak jalan dah.

Walaupun selepas mengambil ubat, masih belum mampu selesaikan masalah senggugut, bermakna seseorang sedang berhadapan dengan situasi senggugut yang serius dan teruk. Sila dapatkan nasihat pakar dan doktor perubatan bagi diagnosis lanjut.

5. Lebih Umur 25 Tahun

Umur dah nak hampir 25 tahun, tapi senggugut makin mengganas

Seharusnya, umur 25 tahun dan ke atas asalah tempoh masa, senggugut meninggalkan kita semua. Namun, bagi yang masih berhadapan dengan senggugut walaupun telah berumur 25 tahun dan ke atas, ini bermakna mereka sedang mempunyai masalah senggugut dalam kategori serius.

6. Mengganggu Aktiviti Harian

Nak buat apa pun tak jalan

Senggugut yang sehingga menyebabkan seseorang terpaksa ambil MC atau emergency leave dengan kerap setiap kali datang haid, adalah perlu di beri perhatian. Seharusnya, senggugut yang normal masih boleh untuk seseorang meneruskan aktiviti harian seperti biasa, cuma mungkin seawal hari yang pertama hingga kedua permulaan haid, seseorang perlu untuk rehat yang cukup.

Kalsium, Magnesium dan Senggugut

Bagi mereka yang mengalami masalah senggugut teruk ini, boleh cuba untuk pastikan keperluan kalsium dan magnesium mencukupi. Malah, hal ini juga perlu dititikberatkan bukan sahaja ketika datang haid, tapi sepanjang masa bagi memastikan masalah senggugut teruk ini, tidak berulang di masa hadapan. 

Kalsium memberi sokongan kepada kesihatan tulang dan otot. Kekurangan kalsium yang kritikal akan menyumbang kepada masalah senggugut yang kian parah. Kajian kesihatan yang dijalankan pada tahun 2017, menunjukkan, dua kumpulan yang diberikan kalsium 500 mg sehari dan sebaliknya, kumpulan yang tidak mendapat bekalan kalsium, lebih terdedah kepada risiko masalah-masalah utama ketika haid; senggugut.

Magnesium mengurangkan keadaan kejang perut, kembung perut serta sembelit ketika berlaku masalah senggugut dan memberi sensasi tenang untuk seseorang lebih tidur lena ketika senggugut.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium ialah :
  • Susu
  • Kacang Almond
  • Yogurt
  • Keju
  • Sayuran Hijau


Ostematrix Shaklee dan Masalah Senggugut Teruk

ostematrix shaklee dan senggugut teruk
Sebotol RM 61.25 sahaja 

Ostematrix Shaklee adalah suplemen, nutrisi tambahan yang mempunyai kandungan utama; kalsium dan magnesium.

Testimoni Ostematrix dan Senggugut

testimoni ostematrix shaklee dan senggugut teruk
"Senggugut dah kurang!" :)

testimoni ostematrix shaklee dan senggugut teruk
"Dah amalkan Oste sejak 5 tahun yang lalu, senggugut dah tiada,"

testimoni ostematrix shaklee dan senggugut teruk
"Bila period cramp, saya lega yang teramat!"

Bagi yang serius nak atasi masalah senggugut dengan Ostematrix dan nak cuba, supaya dapat manfaat seperti sahabat lain di atas testimoni-testimoni ini, boleh hubungi Syaza di talian 018-768-4817 untuk dapatkannya.

Syaza berdoa, semoga asbab ikhtiar dengan Shaklee masalah senggugut, berakhir! Amin.
Continue Reading