Sunday, 2 December 2018

6 Tanda Senggugut Teruk

tanda senggugut teruk

Senggugut adalah masalah yang selalu terjadi dalam kalangan wanita (semestinya). Waktu senggugut ini, kebiasaannya ialah pada sebelum dan semasa berlakunya haid. 

Ada yang hanya alami senggugut dengan tanda biasa sahaja, namun, ada yang berhadapan dengan masalah senggugut yang amat teruk sehingga boleh menganggu perjalanan hidup seharian masing-masing.

Sejujurnya, Syaza belum pernah ada pengalaman hadapi masalah senggugut yang teruk, tapi pernah lihat sendiri sahabat-sahabat yang ada masalah ini. Setiap kali datang haid, memang kesian melihat nasib mereka yang senggugut teruk ni.

Syaza pun tak berani nak tegur dan ajak berbual kalau nampak mereka sedang senggugut yang teruk. Lebih baik beri masa untuk mereka berehat, kan?

Dan, kisah benar, bukan nak menakutkan, tapi memang kebanyakan dari mereka yang Syaza kenal ni, bila dah kahwin baru dapat di diagnos yang sebenarnya masalah senggugut teruk tu telah merebak jadi masalah lain sebab tak diatasi awal. Antaranya ialah yang paling popular; cyst.

Sebelum kita cerita lebih jauh, Syaza nak share dan kongsikan kepada kita semua tentang ciri-ciri yang kita boleh kategorikan keadaan senggugut kita itu termasuk dalam keadaan yang teruk atau pun tidak. Jom, kita lihat sama-sama.

6 Tanda Senggugut Teruk

1. Berlarutan Lebih 2 Hari

Senggugut adalah normal, tetapi menjadi tidak normal jika lebih dari 2 hari selepas haid

Senggugut biasa terjadi 1 hingga 2 hari sebelum haid dan berlarutan sehingga 2 hari pertama selepas haid. Namun, sekiranya berlarutan lebih dari 2 hari, itu bukan lagi senggugut yang biasa, kita perlu ambil perhatian.

2. Darah Haid Terlalu Banyak atau Sikit

Terlalu banyak atau sikit dalam satu masa dan dalam masa sama senggugut

Darah haid yang normal, akan banyak di awal dan semakin berkurang di akhir, namun, bagi mereka yang mengalami masalah senggugut teruk akan mendapati, darah haid mencurah banyaknya walaupun kelihatan tempoh masa haid sudah menghampiri waktu tamat.

Dan juga, jika sebaliknya, sakit senggugut melampau teruknya, namun darah yang keluar tidak setimpal dengan sakit.

3. Sakit Di Bahagian Tertentu

Sakit hanya menumpu banyak di kawasan tertentu

Sakit di satu bahagian tertentu ketika senggugut adalah tidak normal. Sakit yang terlalu menumpu di satu bahagian sahaja, akan menyebabkan seseorang tidak selesa, dan di tambah dengan keadaan senggugut yang menambahkan keseriusan sakit di kawasan tersebut.

4. Ubat Tak Selesaikan

Bagilah ubat apa pun, tak jalan dah.

Walaupun selepas mengambil ubat, masih belum mampu selesaikan masalah senggugut, bermakna seseorang sedang berhadapan dengan situasi senggugut yang serius dan teruk. Sila dapatkan nasihat pakar dan doktor perubatan bagi diagnosis lanjut.

5. Lebih Umur 25 Tahun

Umur dah nak hampir 25 tahun, tapi senggugut makin mengganas

Seharusnya, umur 25 tahun dan ke atas asalah tempoh masa, senggugut meninggalkan kita semua. Namun, bagi yang masih berhadapan dengan senggugut walaupun telah berumur 25 tahun dan ke atas, ini bermakna mereka sedang mempunyai masalah senggugut dalam kategori serius.

6. Mengganggu Aktiviti Harian

Nak buat apa pun tak jalan

Senggugut yang sehingga menyebabkan seseorang terpaksa ambil MC atau emergency leave dengan kerap setiap kali datang haid, adalah perlu di beri perhatian. Seharusnya, senggugut yang normal masih boleh untuk seseorang meneruskan aktiviti harian seperti biasa, cuma mungkin seawal hari yang pertama hingga kedua permulaan haid, seseorang perlu untuk rehat yang cukup.

Kalsium, Magnesium dan Senggugut

Bagi mereka yang mengalami masalah senggugut teruk ini, boleh cuba untuk pastikan keperluan kalsium dan magnesium mencukupi. Malah, hal ini juga perlu dititikberatkan bukan sahaja ketika datang haid, tapi sepanjang masa bagi memastikan masalah senggugut teruk ini, tidak berulang di masa hadapan. 

Kalsium memberi sokongan kepada kesihatan tulang dan otot. Kekurangan kalsium yang kritikal akan menyumbang kepada masalah senggugut yang kian parah. Kajian kesihatan yang dijalankan pada tahun 2017, menunjukkan, dua kumpulan yang diberikan kalsium 500 mg sehari dan sebaliknya, kumpulan yang tidak mendapat bekalan kalsium, lebih terdedah kepada risiko masalah-masalah utama ketika haid; senggugut.

Magnesium mengurangkan keadaan kejang perut, kembung perut serta sembelit ketika berlaku masalah senggugut dan memberi sensasi tenang untuk seseorang lebih tidur lena ketika senggugut.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium ialah :
  • Susu
  • Kacang Almond
  • Yogurt
  • Keju
  • Sayuran Hijau


Ostematrix Shaklee dan Masalah Senggugut Teruk

ostematrix shaklee dan senggugut teruk
Sebotol RM 61.25 sahaja 

Ostematrix Shaklee adalah suplemen, nutrisi tambahan yang mempunyai kandungan utama; kalsium dan magnesium.

Testimoni Ostematrix dan Senggugut

testimoni ostematrix shaklee dan senggugut teruk
"Senggugut dah kurang!" :)

testimoni ostematrix shaklee dan senggugut teruk
"Dah amalkan Oste sejak 5 tahun yang lalu, senggugut dah tiada,"

testimoni ostematrix shaklee dan senggugut teruk
"Bila period cramp, saya lega yang teramat!"

Bagi yang serius nak atasi masalah senggugut dengan Ostematrix dan nak cuba, supaya dapat manfaat seperti sahabat lain di atas testimoni-testimoni ini, boleh hubungi Syaza di talian 018-768-4817 untuk dapatkannya.

Syaza berdoa, semoga asbab ikhtiar dengan Shaklee masalah senggugut, berakhir! Amin.

2 comments:

  1. Bagus perkongsian Syaza mengenai senggugut nie..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah so far sy belum penah kena senggugut yg teruk. skt perut sikit2 tu biasa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")