Tuesday, 18 December 2018

Salam Takziah Muhammad Adib

MUHAMMAD ADIB MENINGGAL DUNIA SELEPAS RUSUHAN KUIL USJ

Menggemparkan dan menyedihkan. Ya, mati itu suatu kepastian, namun bagi Muhammad Adib, yang menjadi mangsa rusuhan kuil tempoh hari, ia sesuatu yang menyedihkan seluruh rakyat Malaysia. 

Syaza sangat berharap, keadilan dapat ditegakkan untuk Muhammad Adib dan pelaku serta pesalah di bawa ke muka pengadilan. Kalau dulu, waktu Adib masih hidup, kes ini disabitkan atas seksyen 304, namun sekarang, Adib telah meninggal dunia, jam 9.41 malam semalam di Institut Jantung Negara, secara automatik, kes jadi di bawah seksyen 302 kanun keseksaan sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Kes Muhammad Adib ini patut kita jadikan iktibar bagi seluruh rakyat Malaysia terutama dalam kejadian rusuhan kuil di USJ tempoh hari.

Salam Takziah untuk Muhammad Adib sekeluarga.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")