Wednesday, 16 January 2019

Perasaan Nak Cabut Gigi Geraham


Sebenarnya, dah lama dah nak cabut gigi ni. Dari masa mengandung lagi. Tapi asyik bertangguh. Waktu mengandung ada sekali, satu malam tu sakit gila gigi. MasyaAllah dia punya sakit menyengat!

Masa tu dah tengah malam. Memang tak dapat tidur, dengan perut memboyotnya lagi. Tak selesa. Siap terus bagitahu husband, "Abang, malam ni juga kita cari klinik, nak cabut, tak kira!"Cewah, padahal sebelum tu husband ajak, bukan main asyik bagi alasan, tak nak cabut sebab tak baik cabut masa pregnant hahaha


Dah kenapa, nak cabut tengah malam, mana ada klinik buka. Jadi, Syaza pun bagitahu husband, Syaza makan Ostematrix Shaklee redakan kesakitan sekejap. Kebetulan, masa tu Ostematrix untuk diri sendiri dah habis, huhu

Disebabkan dah sakit sangat, Syaza bagitahu husband untuk amek stok dari kedai Syaza, hahaha. Dengan rakusnya aku buka Ostematrix baru dan telan. Fuh, baru boleh tidur dengan lena dan aman, alhamdulillah!

Itu la pertama kali dan kali terakhir sakit gigi kerana gigi gerahamku ini. Kalau nak tahu sebenarnya, gigi ni dah pernah di tampal. Syaza rasa tampalan dia dah terbuka. Memanglah, kalau tak, tak de la rasa lubang kan, hihihi

Dah berapa kali suruh husband snap kan gambar memang nampak dah teruk sangat taw gigi ni. Macam dah warna kelabu. Tapi Syaza masih menunda nak cabut sampai hari ini. Seriously, Syaza ni memang penakut doktor gigi. Syaza pernah tepis tangan doktor taw masa dia buat kerja.

HAHAHAHA

Seram, okay dan sakit! Syaza ada pengalaman kena tampal gigi dalam 2-3 kali macam tu. Last jumpa doktor gigi, rasanya 4 tahun lepas, untuk check gigi, huhu

I hate dentist but I love to make sure my teeth healthy (without them). Hahaha. This is called love-hate-relationship.

Ceh muka macam baik je kan padahal kejap lagi get ready la dia umpil mulut kau! Huh, hahaha.
Nak dipendekkan cerita, hari ini, 16 Januari ni, Syaza bertekad nak cabut juga! Why? Because Syaza boleh rasa gigi tu makin rapuh. Macam mana yer nak explain, it is like, gigi tu, tepi-tepi dia dah pecah gitu dan kalau amek gambar, dalam gambar kelihatan dah warna kelabu. Satu lagi, mulut aku dah makin busuk. Hurmmm...

So I decided untuk cabut. Dari tadi asyik membaca pengalaman orang cabut gigi. Mostly kata tak sakit, and senang je kerja, tapi ada beberapa yang Syaza baca tadi, kalau gigi tu macam dah rapuh, agak susah sikit nak cabut, doktor kena korek gusi.


Syaza rasa Syaza kategori susah tu sebab Syaza punya gusi memang dah rapuh sangat-sangat! Just ada satu area je yang masih banyak putih giginya. Selebihnya macam dah menipis. Oh my Allah, takkan kena korek kot?

Hurm, tapi memang dah nekad hari ni nak cabut, tak nak simpan dah. Later, next time, panjang umur murah rezeki boleh buat bridge or crown. For now, cabut dulu.


Kalau jadi hari ini cabut gigi geraham ni, maknanya, ini adalah gigi geraham pertama seumur hidup Syaza, yang akan di cabut pada usia 27 tahun ini. Dan akan Syaza pastikan serta yakin, inilah gigi terakhir yang hilang dari radar mulutku.

Mesti tak best kan mengunyah makanan tak sempurna gigi. Hilang dah satu nikmat Allah bagi. Sedihnya, tapi Syaza yakin, pasti ada pelangi diakhirnya, ececece.

Siapa yang ada pengalaman cabut gigi geraham, share please dekat bahagian komen, saja nak baca pengalaman kawan-kawan semua supaya diriku lebih yakin mencabut gigi kejap lagi ahaha

And kalau nak share macam mana keadaan selepas ketiadaan gigi pun okay supaya tak la Syaza rasa keseorangan dalam dunia ni macam diri sendiri je hilang gigi, nak cari geng, hahaha.

Doakan cabutan gigi Syaza berjalan lancar, okay?

So basically apa perasaan Syaza nak cabut gigi ni; SERAM! 🙎😟

2 comments:

  1. Yang penting kalau nak cabut gg kan. jangan nervous sangat. sbb lagi nervous, nanti kita akan ttibe rasa mcm sakit sgt. Hee. Cool down before nak cabut tu. Tenangkan diri. Lagipun ada ubat bius hee.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/movie-review-ratsasan-2018.html

    ReplyDelete
  2. Sha pernah cabut.. ngeri oi.. dahlah dua kali kena cucuk bius.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")