Thursday, 3 January 2019

Resepi : Korean Spicy Chicken

Resepi : Korean Spicy Chicken

Al-kisahnya petang semalam, awalnya nak buat ayam goreng untuk makan malam. Tapi selepas difikirkan balik, macam boring je ayam goreng.

So, daku pun merajinkan diri untuk google pasal Korean Spicy Chicken. Sebabnya Syaza ni memang suka dengan makanan yang ala-ala Korea ni hihi

Belum pergi Korea tapi suka makanan je pun okay la kan hahaha

Resepinya memang mudah and simple! Banyak juga blog yang Syaza baca, dah lupa dah resepi mana satu yang Syaza follow, but basically memang cara yang digunakan serta bahan-bahan sama je.

Lepas ni dah tahu, bolehlah buat selalu hihi. Tadi siap beli cheese lagi sebab nak makan dengan cheese, hahaha sedap! Sepatutnya guna drumstick yang comel atau chicken wing kan? Tapi Syaza guna je ayam apa yang ada dalam peti ais janji makan ahahaha

Resepi Ayam Korean Spicy Chicken

Bahan Perapan Ayam :
  • Ayam
  • Lada Hitam
  • Bawang Putih

Bahan Goreng Ayam :
  • Tepung Gandum
  • Tepung Jagung

Bahan Sos :
  • Bawang putih (Syaza kisar)
  • Madu
  • Perahan Lemon
  • Cili Kisar
  • Serbuk Lada
  • Sos Cili
  • Sos Tomato (Syaza tak guna sebab tak ada hihi)
  • Gula Perang (Mostly kata gula putih tapi rumah iolss gula perang je ada, sihat hehe. Btw, Hanis Zalikha pun guna gula perang)

Cara-caranya :

1. Perap ayam dengan bahan perapan at least 30 minit
2. Goreng ayam dengan salutan bahan goreng ayam sampai ayam kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang putih dan cili kisar dalam minyak yang dah dipanaskan. Goreng sampai cili masak.
4. Masukkan semua bahan sos secukupnya.
5. Bila kuah atau sos dah agak pekat, masukkan ayam dan gaul.
6. Siap! Boleh taburkan bijan yang dah di sangai atas ayamnya.

Syaza tak amek gambar terus sambar dah makan hahaha. Suami cakap sedap, siap bertambah so kira sedaplah tu kihkih

Memang senang dan mudah sangat nak buat! Next time buat macam K-Fry salut dengan cheese fuhhhhh. Gemukss merecikk.

Ok, selamat mencuba. Sedap hingga menjilat jari! 

1 comment:

  1. wahhh.. sedap.. menarik resepi ni.. blh cuba nanti. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")