Thursday, 17 January 2019

Surirumah dan Kecantikan

Hasil carian imej untuk housewife cartoon

Ada Cik Abang yang suka komplen, "Awat isteri aku ni duduk rumah tapi selebet gila?" Ha! Suruh dia baca ni.


5 punca utama kulit kita, para surirumah ni jadi lebih kusam dan teruk :

1.  Stress

Dr Vivian Bucay, ahli dermatologi bersetuju bahawa waktu stress, kita akan lebih mudah nak 'kerjakan' kulit kita. Kalau ada jerawat masa tu la kita nak picit. Ada parut, masa tu la nak kopek. Kalau tak ada apa-apa, kita rasa nak cakar je muka! Huhu. Gatal je tangan tu kan.

2.  Letih

Dah letih, confirm kita sendiri tak ada masa nak cuci muka. Malas nak ambil tahu pasal kulit muka, sebab badan pun dah letih uruskan anak, suami. Diri sendiri biasanya kita pilih untuk tolak tepi. Pengorbanan ibu dan isteri.

3.  Kurang tidur

"Kurang tidur, akan mengakibatkan berkurangnya kadar kelembapan dalam kulit kita!" Cosmopolitan 

4.  Salah penggunaan kosmetik

Penggunaan kosmetik yang salah hanya akan menambahkan lagi masalah kulit yang sedia ada bertambah kusam dan teruk.

5.  Terdedah dengan bahang panas ketika memasak

Asap, bahang panas yang kita selalu kena waktu masak adalah salah satu dari pelbagai jenis radikal bebas yang akan jadikan kulit lebih kusam.

Jadi, apa penyelesaiannya?

Belajar kawal emosi dan perbaiki komunikasi dengan pasangan. Cerita dekat dia, kalau tak nak kulit saya berjelaga, tolong dengar semua luahan hati saya.

Confirm lepas sembang, berseri sampai telinga, tambah-tambah si dia lebih banyak mendengar dari menyampuk.

Jika letih, berehat. Berehat ada macam-macam cara. 

Take a nap di siang hari terutama waktu qailulah (tidur sebelum Zohor). Sekurang-kurangnya badan kita ada bateri sikit, cover waktu malam yang tak cukup tidur.

Gunalah skincare dan kosmetik yang bersesuaian, dan bebas bahan kimia.

Pastikan guna sunscreen atau sunblock untuk lindungi kulit dari radikal bebas. 

Atau, gantung je kuali, kerana dirimu begitu berharga hahahahaha, lepas tu muka cantik, perut lapar.
Fatin Syaza,
Paling Suka Gantung Kuali! Hehehe

5 comments:

  1. not a housewife even BUT I already have these! Sigh time to get some me-time.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. betul. kdg2 terlalu penat smpi diri sendiri x terurus

    ReplyDelete
  3. Stress dengan letih tu tak dinafikan..

    ReplyDelete
  4. Hahaha setiap orang suka sangat kalau gantung kuali tu tapiii itulah gantung kang lapar pulak huhu

    ReplyDelete
  5. betul la orang cakap dok rumah memang kena jaga muka jugak hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.