Wednesday, 16 January 2019

Teruja First Time nak Ke AQUARIA KLCC


Salam budiman buat semua pembaca vitaminsyaza. Okay, hari ini Syaza saja nak share tentang Aquaria KLCC.

Syaza selalu pening, tak tahu nak pergi jalan mana sejak ada anak kecik ni. Kalau dulu, berdua dengan cik abang, tak berapa nak pening, semua tempat kami redah, hihihi

Tapi, bila ada anak kecik ni, kena fikir, tempat menarik yang selain berjalan mencuci mata, kita boleh didik mereka dengan persekitaran. Jadi kali ini, Syaza tertarik nak bawa anak jalan-jalan dekat akuarium, Aquaria di KLCC yang merupakan salah satu best things to do in Malaysia! Bukan akuarium biasa taw, haaaa.


Syaza yakin pembaca Syaza mesti pernah dengar Aquaria yang terletak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), yang dikatakan sebuah akuarium terbesar di Southeast Asia. Terbesar!!

Menyesal sebab belum pernah jejak kaki dekat sini sebagai seorang rakyat Malaysia, huhu

Selain dari menjadi sebuah akuarium yang terbesar di kawasan Southeast Asia, ia juga dikenali sebagai indoor marine museum dengan keluasan seluas 60,000 kaki persegi. Dengan keluasan begitu, kalau korang nak tahu, dalamnya didiami oleh lebih daripada 5,000 jenis fauna lautan.

Entrance Aquaria

Selalu kita jalan-jalan dekat muzium yang ada khazanah lama-lama tu kan? Ha, ini adalah muzium yang menempatkan fauna atau haiwan dari laut. Luasnya, rasanya boleh bersenam jalan dalam muzium yang kaya dengan fauna lautan ni. Fuh, tambah pulak tolak stroller, lepas tu berganti dengan baby carrier, berpeluh mak, boleh kurus, hahahaha

Bukan sahaja Syaza boleh bercuti dengan keluarga, tapi dalam masa sama, Syaza boleh beri pengalaman baru kepada anak Syaza, malah kepada diri sendiri, untuk belajar tentang kehidupan di alam laut, sambal menikmati pelbagai jenis haiwan yang ada di Aquaria KLCC ni.

Lepas jalan-jalan di Aquaria, boleh cuci mata dekat sini, KLCC

Selalu tengok gambar haiwan laut dari Google je, kali ni LIVE depan mata! Fuh, awesome.

Kalau korang survey dari pengalaman orang lain, mesti diorang akan mention tentang setting dekat Aquaria ni. Setting dia sangat superb dan unik. Kita akan rasa macam betul-betul ada dekat bawah laut! Okay, tak sabar dah ni, rasa nak melompat hari ini juga terbang ke KLCC.

Syaza nak kongsikan dengan korang antara aktiviti yang ada di Aquaria KLCC :

Underwater Tunnel, feeling macam jalan bawah laut sambil diekori jerung hahahah seram jugak but teruja~
1. Piranha Tank. Ini adalah yang first sekali kita akan jumpa lepas pintu masuk dekat Level 1
2. DNA Touch Pool
3. Peluang sentuh sendiri tapak sulaiman dan coral hidup!
4. The Tunnel. Aktiviti paling wajib perlu join, kita akan bergerak dalam walk-through tunnel atas travellator sepanjang 90 meter sambil dapat menikmati pelbagai jenis haiwan dari laut yang berenang dekat kiri, atas, sekeliling kita. Huhu, seram pulak kenangkan nanti ada jerung lalu atas kepala hahahaha. Tapi bila terbayang mesti ada ikan Nemo and Friend, jadi teruja hihi comel okay
5. Asian Small Clawes Otter. Boleh usha sarang memerang di bawah kubah kaca dalam kolam
6. Jewels of Jungles. Boleh tengok real live reptilian, amphibian dan serangga termasuk tarantula, coatimundi dan ular
7. Amazon Flooded Forest
8. The Coast Oceanarium
9. Coral Discovery
10. Weird & Wonderful
11. Fish Feeding Sessions. Setiap Isnin, Rabu dan Sabtu, so plan our tickets well
12. Diving with Shark Programme. Ha, amacam? Berani ke idok nak berenang dengan Mr Jerung? Hahaha. Syaza dah baca and survey, kalau kita nak join aktiviti ni, jangan risau, kita tak berdua-duaan pun dengan Mr Jerung tu, ada diver yang akan bersama dengan kita sepanjang sesi. Yang tak ada lessen menyelam macam Syaza boleh cuba Cage Rage. Sama je, bezanya, selam dalam sangkar (lagi selamat, haha)


Syaza dah tak sabar nak pergi!! Bukan je sebab Aquaria ni memang best, tapi sebab sekarang tengah ada tiket murah. Jimat duit mak hahahaha. Jom rebut cheap Aquaria KLCC tickets sekarang, sebelum terlambat. Yassssss, tak sabar nak jalan-jalan melihat jerung, hihi

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")