Friday, 22 February 2019

,

Review Mee Besen Melaka Ori

review mee besen melaka ori

So semalam, Syaza ajak husband makan dekat Mee Besen Melaka Ori. Kedai ni dah lama famous, siap dah pernah masuk newspaper lagi. Syaza yang baru nak merasa kesedapan yang hangat diperkatakan.

Dulu. lokasi kedai ni kat tempat lain, sekarang dia dah tukar kat tempat yang lebih besar dan selesa. Syaza sampai kedai Mee Besen ni dalam pukul 8.30 malam macam tu. Lepas Maghrib, COD Shaklee dekat IPG Perempuan Melayu Melaka, terus straight ke Mee Besen Melaka Ori ni.

Dekat je rupanya dari IPG tu, no wonder cik adik customer cakap, ramai student rajin ke sana. Waktu sampai tu, belum ramai lagi orangnya. Kedai tu ada tiga section. Besar, sangat besar. Syaza awalnya pilih nak duduk dekat bahagian section kedua, tapi pelayan kedai datang dan cakap, "Penuhkan bahagian depan,"

Konsepnya, selagi bahagian depan kedai belum penuh dengan orang, selagi tu kena penuhkan tempat duduk depan. Macam konsep dalam kelas pulak hahahah. Cikgu selalu suruh penuhkan bahagian depan dulu, betul tak?

Basically, tempatnya biasa-biasa je dari segi decoration dan sebagainya. Dekat dinding ada hiasan dulang yang menunjukkan saiz dulang dan mangkuk, Mee Besen, makanan Western untuk dijadikan rujukan waktu kita nak memilih makanan. 

Kami suami isteri bersepakat order; Mee Besen (Soya) Saiz S, Mini Western dan Air Ribena Soda Laici. Tiga item ni cuma RM 30 je. Syaza siap mintak double confirmation dengan husband, "Seriuslah, RM 30 je?"

"Iyer, Mee tu saiz S RM 6, Western Mini RM 17 lebih je, air RM 4 lebih je,"

Kalau tengok dekat dinding tu, saiz S pun dah besar! Tapi Syaza cakap dekat husband, "Kalau tak habis boleh order lagi tak?" Hihihi. Punyalah tamak baq hanggg. Tapi seriously nasib baik tak order western besar yang namanya talam dua muka! Phew.

review mee besen melaka ori
Bukti, ha RM 30.30 je hahah, lupa pulak 30 sen
Korang bayangkan Mini Western tu dalam dia dah ada, chicken chop, spaghetti, meatball (for me ni je tak ok sebab keras kejung), fries, dan mashed potato! Banyak. Kalau talam dua muka tu, each of this one, double, dihidangkan 2 menu setiap satunya. Phew.

And oh yer, air masak, air sejuk boleh ambil sendiri dan refill berulang kali.

KONSEP MEE BESEN ORI MELAKA

Konsep dekat kedai Mee Besen ni, mereka menyediakan makanan utama yang menjadi tarikan orang ramai iaitu mee yang berada di dalam besen. Dan besen itu pula ada pelbagai jenis saiz iaitu, saiz S, M, L. Memang besar! Tapi jangan risau, mangkuk disediakan untuk makan mee-mee tersebut.

Pilihan mee yang ada ialah, mee soya, mee kuning, kuew teow. Boleh campur sekali pelbagai jenis mee. Means kalau dalam satu besen tu nak campur semua mee, boleh, dan harga masih sama.

Selain daripada tu, makanan western, shellout, nasi goreng, nasi kambing juga ada disediakan. Semuanya berkonsepkan 'makan selambak'! Ada saiz masing-masing. Harga yang dikenakan sangat berpatutan, boleh dikatakan sangat murah. Makanan pun sedap dan mengeyangkan!

🔶 Makanan berportion besar 
🔶 Mee dihidangkan terus dalam besen (disediakan mangkuk untuk makan kecil)
🔶 Hidangan secara talam
🔶 Harga murah dan sangat berpatutan

MENU MEE BESEN ORI MELAKA

⭕ Mee Besen (RM 6 hingga RM 15)
⭕ Western (RM 17 hingga RM 35)
⭕ Nasi Goreng (RM 20++)
⭕ Shellout (RM 20++)
⭕ Nasi Kambing (RM 28++)

WAKTU BEROPERASI

Pelanggan makin lama, makin ramai bila nak cecah jam 9 malam. Kedai Mee Besen Ori Melaka ni beroperasi dari jam 3.30 petang sampai 10.00 malam. Waktu hujung minggu memang peak hour, silap hari bulan kena beratur.

LOKASI MEE BESEN ORI MELAKA

Nak datang sini, boleh terus Waze : Mee Besen Ori Melaka. Lokasi di Kampung Durian Daun. Landmark, sebelum masuk kedai, kita akan jumpa traffic light di simpang tiga. Kedainya berhadapan dengan Butik Hooney Mom. 

Rating : 8/10 ⭐

Share:

2 comments:

  1. ala.. teringin nak tengok besennya macam mana.. hehehe.. okaylah harga tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.