Wednesday, 27 March 2019

6 Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkaran gelap bawah mata ni selalu orang panggil, mata panda! 🐼 Mata nampak sembab, lebam, hitam. Sekali pandang nampak tak bermaya je. Lesu, letih. Dan memang pun antara punca mata panda ni bila kita selalu letih dan lesu.

Tak pe, jom kita tengok sama-sama cara mudah untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni. Barang-barang ni semua boleh dapat dari dapur rumah kita je! Memang mudah. Yang penting, berkesan. Jom cuba sama-sama.

1. Letakkan Kepingan Avocado masak di bawah mata selama 5 hingga 10 minit

2. Pukul putih telur dan letakkan di sekitar mata selama 20 minit

3. Sejukkan sudu keluli tahan karat dalam air beras dan letakkan sudu atas setiap mata. Tukar sudu sambil biarkan sudu tadi sejuk dalam air ais. Gilir-gilirkan setiap sudu sehingga mata kelihatan lebih baik.

4. Basahkan 2 beg teh dalam air sejuk dan biarkan sekejap. Kemudian letak atas mata dalam masa 30 minit.

5. Letakkan 2 keping timun sejuk atas mata selama 25 minit

6. Dinginkan kentang mentah dan potong separuh. Letak kepingan kentang dingin atas mata selama 20 minit.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")