Thursday, 4 April 2019

11 Punca Utama Risiko Dapat Kencing Manis

Bila sebut je kencing manis, yang akan kita terus secara automatik terbayang confirm, potong kaki, air manis, cucuk insulin, dan luka bernanah. Mesti ada salah satu ni kita terus terbayang bila sebut je pasal kencing manis. Lagi power, kalau kita terus terbayang semua! Maksudnya kita dah sangat arif dan terdedah dengan kencing manis ni. 😥

Salah satu sebab dia, adalah mak, ayah, pakcik, makcik kita semua ada kencing manis. Tak lain, tak bukan, keturunan, senang cerita semua ada sejarah kencing manis. 😄

Walaubagaimanapun, adakah kencing manis ni semata-mata sebab dari keturunan sahaja? Inilah yang kita perlu tahu.

Kencing manis ni terbahagi kepada 3 yang utama. Sebelum kita tahu apa 3 utama kencing manis ni, elok untuk kita sentiasa alert dan waspada, bahawa kita sebagai rakyat Malaysia, sangat terdedah dengan risiko kencing manis. Sebab, Malaysia adalah negara Asia yang mempunyai penghidap kencing manis tertinggi. Bukan itu sahaja, malah Malaysia adalah negara tertinggi di dunia yang ada didalamnya penghidap kencing manis selepas Arab Saudi! Fuh, bukan calang-calang. Ini statistik yang dikeluarkan oleh Institut Diabetes Kebangsaan Malaysia (NADI).

Jadi, jenis utama kencing manis ini ialah :
1. Kencing manis jenis 1
2. Kencing manis jenis 2
3. Kencing manis ketika hamil

Secara asasnya, kencing manis jenis 1 ialah mereka yang dalam kategori kritikal dan perlu dapatkan cucukan insulin dari luar. Sama ada perlu di cucuk atau di perut, peha, yang penting kena dapatkan sokongan insulin luar, sebab pankreas dan badan sudah tidak lagi mampu hasilkan insulin sendiri.

Manakala, jenis 2 adalah jenis yang selalu menyerang rakyat Malaysia dan ramai tak sedar mereka sendiri dah di serang. Untuk tahu tanda awal gejala yang kita dah di serang kencing manis dalam diam, boleh baca di sini : 15 Tanda Awal Kita Tak Sedar Kita Ada Kencing Manis. Jenis 2 ni, badan masih boleh buat insulin tapi tetap kuantiti yang sedikit dan kandungan gula dalam darah sangat tinggi. Kalau kesan awal, boleh di kawal.

Dan, yang ketiga ialah kencing manis waktu mengandung atau hamil. Antara golongan yang berisiko ialah mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Bagi yang nak tahu dengan lebih lanjut ketiga-tiga kategori ini, boleh baca selanjutnya di sini : 3 Jenis Utama Diabetes Rakyat Malaysia.

Dah tahu jenis utama, pasti kita kena tahu sebenarnya apakah punca utama kencing manis ni? Adakah semata-mata sebab keturunan sahaja?

11 PUNCA UTAMA SAKIT KENCING MANIS

1. Keturunan/Genetik

Sorry! Memang kita susah nak lari dari punca yang ini. Dalam keluarga kalau ada sejarah kencing manis, sila hati-hati. Risiko untuk kita sendiri ada kencing manis adalah sangat tinggi. Termasuklah kepada para ibu yang mengandung, walaupun sebelum mengandung tak ada kencing manis, tapi disebabkan sejarah keluarga risiko untuk ada kencing manis waktu mengandung atau lebih dikenali sebagai gestational diabetes (GDM) ini, sangat tinggi.

2. Umur

Semakin meningkat usia, semakin mudah untuk kita mendapat sakit kencing manis ini. Kajian menunjukkan, risiko untuk mudah dapat kencing manis bermula di usia 45 tahun. Walaubagaimanapun, mutakhir ini, para pakar perubatan juga mendapati, kanak-kanak turut sama terdedah dengan mudah akan penyakit kencing manis ini.

3. Berat Badan

Berat badan berlebihan memudahkan risiko dan mempercepat proses dapat penyakit kencing manis. Sentiasa pastikan berat badan kita ideal agar risiko kencing manis dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Kira Body Mass Index (BMI) untuk tahu sama ada kita kategori berat berlebihan atau tidak di sini : Cara Kira BMI.

4. Gaya Hidup

Antara gaya hidup yang menyumbang kepada risiko mendapat kencing manis ialah

  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Kerap mengambil makanan manis
  • Makan makanan yang kaya bahan pengawet
  • Suka makanan segera
  • Tidak bersenam
  • Tidak banyak bergerak
  • Suka tidur
  • Kerap stress dan tertekan

6. Ketidakseimbangan hormon

Perkara ini sering terjadi ke atas para ibu yang mengandung. Risiko akan menjadi lebih tinggi jika ibu tersebut mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon tiroid.

7. Pengambilan ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan terlalu lama dan berlebihan akan menganggu sistem tubuh, dan meningkatkan seseorang untuk terdedah kepada masalah kencing manis.

8. Sejarah kencing manis waktu mengandung

Bagi mereka yang mendapat kencing manis ketika hamil, risiko untuk kencing manis berulang walaupun selepas melahirkan anak adalah sangat tinggi.

9. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi menyebabkan kerosakan terhadap sistem kardiovaskular dan masalah ini yang tidak dirawat akan mengakibatkan berkembang kepada kencing manis.

10. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

PCOS menyerang wanita. Secara asasnya PCOS ialah simptom wanita memiliki hormon lelaki yang lebih tinggi dari sepatutnya, yang membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam badan. Selain itu, PCOS mendedahkan seseorang wanita untuk memiliki masalah berat badan berlebihan. Hal ini mendedahkan risiko kencing manis yang lebih tinggi bagi penghidap PCOS.

11. Merokok

Perokok mempunyai sistem imun badan yang lemah. Malah merokok membuatkan sistem tubuh badan semakin merosot dari masa ke semasa. Ini akan mendedahkan perokok kepada masalah tekanan darah tinggi yang akhirnya memberi risiko mudah untuk kencing manis.


APA PERLU DILAKUKAN?

Lakukan pemeriksaan secara berkala, seeloknya 6 bulan sekali. Pastikan kita sendiri dapat kenalpasti perubahan pada diri kita sendiri sentiasa. Dan, bagi punca risiko yang boleh di ubah serta di kawal, seeloknya kita kawal bermula dari hari ini. Punca kencing manis yang boleh di kawal ialah, tabiat merokok, gaya hidup, berat badan dan masalah ketidakseimbangan hormon.


Banyakkan makan makanan berkhasiat terutama yang bersifat anti-oksidan.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")