Thursday, 4 April 2019

15 Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis

Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis

Kencing manis adalah situasi ketika paras gula atau glukosa dalam badan terlalu tinggi, Glukos diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada kita dan insulin dihasilkan di pankreas bagi membantu proses pertukaran glukos kepada tenaga. Namun, kerana terlalu tinggi kandungan glukosa di dalam badan, hal ini telah menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin dengan baik.

Kira-kira hampir 2.5 juta dewasa Malaysia, berumur lingkungan 18 tahun dan ke atas disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di dalam rekod Institut Diabetes Kebangsaan (NADI). Malah, separuh daripadanya langsung tidak sedar bahawa mereka sedang mendapat penyakit kencing manis ini.

Hal ini kerana, kebanyakan kencing manis terutama kencing manis dari jenis 2, langsung tidak memberi sebarang tanda kepada pesakit sehingga sampai pada waktu pesakit mendapat terus serangan yang lebih kronik seperti strok, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Malah, lebih teruk lagi, ialah buta dan juga kematian.

Oleh sebab itu, kita perlu waspada akan tanda dan simptom kencing manis ke atas diri kita dan juga ahli keluarga kita terutama ibu dan ayah kita. Tidak terkecuali, anak-anak kita.

TANDA & SIMPTOM KENCING MANIS

1. Cepat haus

Badan akan mudah hilang air kerana pesakit kencing manis kerap membuang air kecil. Disebabkan badan mengalami dehidrasi melampau, maka pesakit kencing manis akan kerap haus.

2. Selalu buang air kecil

Buah pinggang pesakit kencing manis akan berusaha untuk membuang gula yang berlebihan dalam badan melalui air kencing. Ini akan menyebabkan pesakit kencing manis kerap membuang air terutama di waktu malam.

3. Mudah dan cepat lapar

Sistem penghadaman berfungsi untuk memecahkan makanan kepada gula ringkas iaitu glukos. Glukos ini kemudiannya akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan sel di dalam badan bagi menjalankan fungsi lain.

tanda ada kencing manis
Penghidap Kencing Manis sering cepat lapar
Namun, bagi pesakit kencing manis, disebabkan kandungan gula yang terlalu tinggi, insulin mereka gagal untuk menukarkan kesemua glukos kepada tenaga bagi disebarkan di dalam sel badan. Badan akhirnya menjadi cepat letih dan akan membawa kepada keinginan untuk sentiasa makan seolah untuk beri tenaga kembali pada badan. 

Kitaran ini akan sentiasa berlaku dengan kerap.

4. Cepat letih

Keletihan ini berlaku disebabkan kegagalan insulin menukarkan glukos kepada tenaga kerana disebabkan terlalu tinggi gula di dalam badan pesakit kencing manis. Akhirnya, badan cepat letih dan penat.

5. Pandangan yang kabur

Gula yang berlebihan di dalam darah akan menyebabkan, pembuluh darah mata kita rosak, yang akhirnya membawa kepada pandangan kabur. Keadaan pandangan kabur ini boleh berlaku di kedua-dua mata atau hanya salah satu dan boleh kekal atau boleh hilang dan kemudian datang kembali dalam tempoh masa tertentu.

tanda ada kencing manis

Jika mereka yang mendapat sakit kencing manis ini tidak menjalankan rawatan susulan, keadaan ini akan parah dan akibat yang lebih teruk akan menanti iaitu; buta!

6. Sering rasa kebas di tangan atau kaki

Paras gula yang tinggi dalam darah akan memberi kesan kepada sistem peredaran darah dan akan merosakkan sistem saraf. Mereka yang mendapat kencing manis atau diabetes jenis 2, mudah mendapat kebas-kebas terutama di bahagian tangan dan kaki.

Keadaan ini turut dikenali sebagai neuropati, dan boleh menjadi lebih teruk jika kita tidak sedar diri kita sedang menderita kencing manis.

7. Luka lambat sembuh

Walaupun luka yang kecil, ia akan ambil masa berminggu atau berbulan lamanya untuk sembuh. Hal ini terjadi kerana telah berlaku kerosakan di dalam sistem peredaran darah akibat terlalu tinggi paras gula di dalam darah. Malah, luka yang lambat sembuh tersebut mudah terdedah kepada jangkitan yang selalu sinonim dengan akhirnya luka menjadi nanah dan membusuk. Kesannya, kawasan berjangkit hampir terpaksa di potong bagi yang terlalu kritikal dan tidak dapat diselamatkan.

8. Kawasan badan tertentu lebih gelap dari yang lain

Tompok hitam di kawasan tertentu terutama leher, ketiak juga antara tanda utama seseorang mendapat sakit kencing manis. Tompok ini terasa lembut jika di sentuh. Keadaan ini turut dikenali sebagai acanthosis nigricans. 

Selain itu, tanda sampingan yang lain, ialah

9. Berat badan susah turun
10. Bau nafas dan mulut yang seakan manis
11. Kerap loya
12. Kerap pening

Tanda di atas sinonim untuk lelaki dan juga perempuan. Namun, bagi lelaki, ada tanda khas yang menunjukkan mereka terdedah dan telah mendapat kencing manis iaitu :

TANDA KHAS SIMPTOM KENCING MANIS UNTUK LELAKI 

tanda ada kencing manis lelaki

13. Mati pucuk
14. Rendah kadar hormon testoterone
15. Keinginan seks yang rendah

Bagi mereka yang ada tanda di atas pada diri mereka atau ahli keluarga, sila dengan segera dapatkan nasihat dari pakar perubatan supaya boleh mencegah kencing manis anda dari berlarutan sehingga mengakibatkan penyakit lain yang lebih serius antaranya seperti kerosakan buah pinggang.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.