Saturday, 6 April 2019

6 Makanan Terbaik Untuk Penghidap Kencing Manis

Kawalan ke atas kencing manis adalah sangat perlu bagi mengelakkan ianya semakin teruk dari hari ke hari. Oleh itu, amat penting untuk kita tahu apa makanan terbaik yang boleh kerap di ambil bagi penghidap kencing manis. Di sini, disenaraikan 10 makanan terbaik untuk mereka yang ada kencing manis. Walaubagaimanapun, sebenarnya, ada banyak lagi makanan lain yang boleh di cuba rasa oleh penghidap kencing manis di luar sana. Asalkan ianya sesuai untuk di makan oleh pesakit diabetes ini.

6 MAKANAN TERBAIK UNTUK PENGHIDAP KENCING MANIS

1. Sayuran Hijau

Sayuran hijau kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien. Ia juga hanya memberi kesan minimum ke atas paras gula dalam darah. Antara sayuran hijau yang wajib di ambil dalam diet harian penghidap kencing manis ialah bayam, kale yang kaya dengan potassium, vitamin A dan juga kalsium.

Malah ia turut menyediakan protein dan fiber dalam diet harian. Kajian mendapati, dengan mengamalkan sayuran hijau ini, ia akan membantu untuk pesakit diabetes kerana sifat anti-oksidan yang tinggi dalam sayuran tersebut.

2. Bijirin Penuh

Teringin nak roti? Boleh. Gantikan dengan roti bijirin penuh. Bijirin penuh mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan lebih banyak nutrien berbanding bijirin biasa. Memastikan mendapat bekalan fiber yang mencukupi adalah amat diperlukan bagi penghidap kencing manis bagi membantu memperlahankan proses penghadaman tubuh badan.

3. Chia Seeds

Chia seeds adalah makanan yang sangat diperlukan oleh penghidap kencing manis kerana sifatnya yang tinggi dalam fiber. Fiber di dalam chia seeds boleh membantu proses penurunan bacaan gula dalam darah.

4. Lemak Ikan

Lemak ikan adalah makanan paling sihat di dalam dunia. Antara ikan yang membekalkan lemak ikan terbaik ialah ikan salmon, mackerel, ikan sardin dan ikan bilis. Mereka kaya dengan asid lemak omega-3 serta DHA dan EPA.

Mendapat sumber lemak ikan mencukupi setiap hari amat penting bagi penghidap masalah kencing manis kerana mereka tergolong dalam individu yang juga berisiko untuk mendapat masalah jantung dan strok.

5. Kekacang

Dalam satu kajian, menunjukkan, mereka yang ada kencing manis yang mengambil hidangan kacang walnut sebanyak 30 gram, mendapat kesan positif di dalam penurunan gula dalam darah. Selain walnut, kekacang yang baik untuk atasi masalah kencing manis ialah :

  • Almonds
  • Cahshew
  • Pistachios

6. Brokoli

Brokoli adalah tergolong dalam kategori sayuran yang sangat berkhasiat. Setengah cawan brokoli masak mempunyai kandungan 27 kalori dan 3 gram karbo diikuti nutrien lain seperti Vitamin C dan kalsium.

Kajian berkaitan kencing manis menunjukkan brokoli membantu untuk memperbaiki bacaan insulin dan melindungi sel dari radikal bebas.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.