Wednesday, 3 April 2019

7 Makanan Punca Jerawat


Jerawat ni, musuh utama kita especially orang perempuan. Boleh buat gaduh, walaupun sebiji je keluar. Kadang-kadang, pelik, dia akan muncul lepas makan makanan tertentu. Disebabkan Syaza nak bagi kita semua senang, Syaza akan tolong list-kan makanan yang selalu jadi punca utama jerawat senang nak muncul.

7 MAKANAN PUNCA JERAWAT

1. UDANG & MAKANAN LAUT

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Folikel rambut dan kelenjar sebaceous kita boleh di serang radang kesan daripada kandungan iodium dari udang dan makanan laut. Bila radang, itu yang akan sebab timbulnya kemerahan pada kawasan berjerawat dan sakit! Terutama bagi mereka yang ada masalah resdung, lagi mudah kena jerawat kalau selalu terdedah dengan udang dan makanan laut.

2. MAKANAN SEGERA

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Makanan segera atau fast food, contohnya, McD, KFC, Pizza Hut dan yang sewaktu dengannya, kaya dengan garam, sodium dan pewarna serta aditif makanan yang berlebihan. Semua ini akan merangsang jerawat untuk lagi mudah bertapak dekat atas kulit muka. Sebaiknya kita makan makanan yang berkhasiat dan dihasilkan dari rumah.

3. MINUMAN BERALKOHOL

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Arak, minuman beralkohol, akan menyebabkan dehidrasi. Badan hilang banyak air. Jerawat sangat mudah muncul terhadap badan yang kering dan sentiasa dehidrasi.

4. KUNING TELUR

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Kuning telur mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan penghasilan jerawat dengan mendadak!

5. MAKANAN BERGORENG

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Bagi mereka yang mudah dijangkiti jerawat, adalah digalakkan untuk mengelakkan makanan bergoreng dalam suatu tempoh tertentu untuk meredakan masalah jerawat. Makanan bergoreng dan berminyak mudah dedahkan kulit kita dengan jerawat.

6. GARAM BERLEBIHAN

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Kulit akan mudah kering akibat kesan pengambilan garam berlebihan. Kulit yang kering, mendedahkan kita dengan jerawat.

7. PRODUK TENUSU

MAKANAN PUNCA JERAWAT DATANG

Sesetengah susu lembu di pasaran, mengandungi suntikan hormon oleh para penternak. Hormon tersebut akan menganggu kesihatan dan kecantikan kulit kita. Sebaiknya, pilih yang fresh dan original berbanding yang siap di proses.


4 comments:

  1. hihi macam makanan yang selalu je kita ambil. xcept yang alcohol.. yang lain2 tu yang sedap sangat nak dimakan ngeh3..

    ReplyDelete
  2. ooo baru tau garam pon penyebab yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kalau terlebih la. banyak makan benda masin sangat badan cepat dehydrate. lagi2 time badan tak cukup air ;)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.