Wednesday, 10 April 2019

Nak Kulit Awet Muda? Elak 10 Hal Ini

perkara buat kulit nampak tua

Kulit awet muda idaman setiap insan tak kira lelaki atau perempuan. Tapi ada syaratnya, kena elak 10 perkara ni taw.

10 PERKARA WAJIB ELAK NAK NAMPAK AWET MUDA

1. Tidur Dengan Solekan (Make-Up)

perkara buat kulit nampak tua

Tidur tanpa membersihkan kulit dari solekan akan menyebabkan kulit jadi 'berat' dan menyumbatkan liang pori. Malah kulit boleh cepat kering. Kedutan halus mudah muncul dan wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tak dapat ler awet muda macam tu.

2. Sembur Minyak Wangi di Leher

perkara buat kulit nampak tua

Memang wangi tapi sangat tak sesuai untuk orang kulit kering dan sensitif. Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Cukup hanya sekadar semburan di pergelangan tangan sahaja.

3. Kurang Minum Air Masak

perkara buat kulit nampak tua

Sifat suka minum air masak membantu untuk dapatkan kulit sihat awet muda yang diidamkan. Namun jika kita tak suka minum air masak, kulit akan dehydrated dan akan cepat nampak tua.

4. Tak Suka Makan Sayur

perkara buat kulit nampak tua


Sayur adalah sumber anti-oksidan terbaik. Anti-oksidan berfungsi sebagai agen anti penuaan. Tambah pula kalau rajin makan ulam-ulaman, pergh memang cepat awet muda!

vitamin shaklee untuk orang tak suka makan sayur



5. Kerap Cuci Muka

perkara buat kulit nampak tua

Bila kita selalu cuci muka, kulit kita gagal keluarkan minyak yang beri kelembapan semulajadi pada kulit. Kelembapan semulajadi ni la yang buat kita bantu awet muda. Kalau dah selalu cuci muka, dia hilang, akhirnya kulit cepat kedut.

6. Tak Pantang Makan

perkara buat kulit nampak tua

Makanan wajib jaga kalau nak awet muda. Tak boleh selalu makan fast food, makanan berminyak dan bergoreng. Sekali sekala tak apa. Satu lagi minuman gas, ais dan banyak kaffeine macam kopi. Semua tu cepatkan lagi kedu-kedut keluar tau.

7. Berat Badan Tak Seimbang

perkara buat kulit nampak tua

Kejap turun naik. Badan pun confuse. Akhirnya kita stress, dan stress membawa pada susah nak awet muda.

8. Suka Bergosip

perkara buat kulit nampak tua

Hilang seri awet muda dek kerana sikap suka bergosip dan mengumpat. Fikiran negatif bantu elak kita dari dapat awet muda tau.

9. Banyak Barang Perhiasan di Leher

perkara buat kulit nampak tua

Kulit leher akan cepat meregang dan mengendur. Boleh tukar aksesori sarat di leher dengan material yang lagi selesakan leher.

10. Ikat Rambut Ketat

perkara buat kulit nampak tua

Rambut adalah mahkota, kalau ikat ketat sangat, akhirnya gugur. Bila gugur cepatlah nampak tua. Orang awet muda rambut mesti banyak.


2 comments:

  1. suka baca tips cik syaza kite ni...sukaa

    ReplyDelete
  2. Eh, gosip pun ada jugak..haha. Tapi betul jugak tu kan? lagi satu yang sembur minyak wangi kat leher tu, baru tau..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.