Monday, 8 April 2019

Azie Korek 11 Rahsia Ibu Mertua Maintain Jelita Awet Muda

rahsia awet muda mama azie

Siapa yang tak teringin, masa usia kian emas atau senja tapi maintain cantik jelita persis anak dara. Itu semua idaman setiap wanita. Kekal menjaga diri dan tetap cantik di mata suami. Malah menjadi role model terbaik bagi anak-anak dan juga menantu. Begitulah ibu mertua kepada Azie. Kalau nak tahu Azie pernah share tentang rahsia awet muda ibu mertuanya ini di laman Twitter miliknya dan telah mendapat ribuan shares di media sosial! Jadi, jom kita korek dan hadamkan sampai lumat rahsia awet muda ibu mertua Azie ini untuk kita sendiri jadikan amalan seharian kita.

rahsia ibu mertua mama azie kekal maintain awet muda

Firstly I want to introduce my MIL. Yes she is my mil (mother in law) atau BM-nya mak mentua. Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 45 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ini gambar mama dgn cucu-cucunya; my kids.

My first son, Muhammad Adam Furqan - 2 tahun 7 bulan dan my second baby princess, Medina Safiyya - 7 bulan. My husband anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. Yes, kalau kami keluar sama-sama, ramai usha semacam ja bila Mama cakap kat Adam “Mai kat TokMa mai”.


Azie pun masa mula-mula kenal my husband, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Hahaha puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Last-last memang betul mak dia wei. First time dia introduce Azie kat mama dia time tu bulan puasa, kami buka puasa sesama.



Aduhai memang muda gila. Dengan rampingnya, kecik molek ja, dulu lagi kurus dari pic atas tu. Serious macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, then decide utk kahwin pada tahun 2015, April.

Yes bagi yg bertanya dan berteka-teki, my MIL mmg kahwin muda. Hehe. Umur 18 tahun dia kahwin, then lahirkan my husband masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.


Of course Azie korek rahsia awet muda Mama once dah jadi official menantu mama! Hehe. Dan segala rahsia/tips/petua/her beauty secrets memang sangat-sangat bagus untuk kita orang perempuan terutamanya since anak dara.

11 Rahsia Ibu Mertua Azie Kekal Awet Muda

1. Mama jenis seorang yang jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. 

rahsia ibu mertua mama azie kekal maintain awet muda
Keburukan minum air manis dengan kerap

2. Mama suka makan buah. Terutama buah yang kaya dengan Vitamin C.


Mama cakap malam-malam kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon! Yes, lemon sangat bagus untuk kekalkan keremajaan dan awet muda. Mama amal since umur dia 20++ tahun.

3. Mama suka berkayuh



Ini pula Bapa Mertua Azie, masih fit dan tak boroi. Beza umur dengan Mama; 5 tahun

Haa sebenarnya kedua mertua Azie suka bersenam dan senaman yang selalu mereka buat sama-sama adalah cycling. Pergh Azie pun tak rajin macam ni wei. Tapi kena amek satu masa jugak at least exercise 1x seminggu!

4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa'


Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka, mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.

5. Mama suka ikut petua orang-orang tua.


Contohnya mama suka :
  • Mama suka buat wap muka dengan wap air time masak nasi tu
  • Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik
  • Minum jus air daun pegaga, peria (Ouch ini memang kena kental kalau nak telan)
Mama and Husband Azie. Tak macam mak dengan anak! Boleh jeles kalau orang tak kenal. Macam dengan awek


6. Mama sentiasa happy dan always positive


Dia tak suka negativity. Mama cakap setiap masalah cuba cari cara positive untuk atasi. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respek sebab Mama memang selalu ceria je. Budak-budak kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.

Mama cakap lagi, Mama suka happykan orang, contoh dia ceria dalam kelas, budak-budak suka dia, bila budak-budak suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak-budak sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik-baik. Bestnya kalau ramai doakan kita bila mereka sayangkan kita!

7. Mama jenis suka jaga personaliti


Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yang jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai gincu okay. Yang ni isteri-isteri harus praktikkan. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah, masyaAllah!

8. Mama jarang sangat selesema, batuk atau demam

Cuba teka mana satu Azie and mana satu Mama? Hehehe

Kalau kehadiran ke sekolah tu memang sangat jarang nak amek MC sebab sakit. Alhamdulillah Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C, antibodi dan imuniti badan Mama kuat.

Order Vitamin C Shaklee untuk tingkatkan imuniti badan hari ini 

9. Mama suka makan ulam-ulaman


Contohnya, ulam raja, pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu).

10. Ibu dan bapa mertua suka pergi honeymoon

Yes mereka setiap tahun especially time anniversary date memang akan spend time together. Dan tarikh penting ni sentiasa akan ada memori untuk di kenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yang patut dikekalkan dalam rumahtangga.


Mama cakap juga walau anak-anak dah besar nanti, mesti kekalkan sweet dengan pasangan supaya kita sentiasa happy, dan bila kita happy wajah kita takkan cepat kendur dan kedut! Jadi kita akan sentiasa kelihatan muda dan tak nampak tua.

11. Mama sentiasa jaga Solat Tahajud


Okay lastly, number 11. Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yang cakap. Mama sentiasa jaga Tahajud. Dan kelebihan Tahajud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajud malam ni.

Alhamdulillah setakat ni Mama bagitau Azie yang ni la beauty secret dia selama ni. Sharing is caring. Siapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40-an still nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda jugak! Hihi

Wah! Masih belum terlambat lagi untuk kita semua ikuti tips-tips yang terbukti berkesan mengekalkan awet muda macam ibu Mertua, Mama Azie ni! :)

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.