Sunday, 19 May 2019

Akibat Membeli Shaklee Dari Lazada, Shopee & e-Commerce


Larangan terbesar di dalam perniagaan Shaklee untuk semua Pengedar Bebas Shaklee ialah, di larang menjual Shaklee di laman e-dagang atau e-commerce seperti Shopee, Lazada, Ali Baba dan lain-lain. Termasuklah mudah.my, Carousel.

Namun, masalah ini masih belum dapat di bendung kerana ada segelintir pelanggan yang gemar menyokong perniagaan cara salah pengedar-pengedar ini untuk mendapatkan harga produk Shaklee dengan tawaran yang sangat rendah. Rendah tawaran tersebut sehingga tak masuk dek akal!

Disebabkan itu juga, segelintir pembeli-pembeli ini akhirnya terpaksa merasakan kesan dan akibat dari sokongan kepada mereka. Antaranya ialah :
  • Tarikh luput (expiry date) produk berbaki singkat dari tarikh pembelian
  • Produk di terima dalam keadaan tidak baik
  • Produk di terima dalam keadaan dah luput tarikhnya
  • Tak boleh di makan kerana cara penyimpanan yang salah dari pengedar

Ini antara contoh yang paling terbaharu, seorang pembeli ESP dan Vivix Shaklee mengadu kepada salah seorang pengedar (bukan dari yang dia beli), bahawa item yang di beli telah expired apabila sampai ke tangan pembeli. 


Pembeli juga sudah menghubungi penjual yang di beli dari Lazada namun tiada respon. Sekarang, pembeli adu pada pengedar lain untuk pengedar tersebut cuba dapatkan kembali agar item tersebut berjaya digantikan dengan yang baru oleh Shaklee. 

Malang sekali kerana perkara itu tidak akan terjadi. Shaklee hanya akan menggantikan produk atau item yang rosak sekiranya kita sebagai pembeli, membeli barang Shaklee daripada Pengedar Bebas Shaklee yang sah sahaja, rundingan selain daripada pembelian e-Commerce.

Sayangnya tak dapat minum ESP yang sedap ni

Menariknya perniagaan Shaklee, selain daripada menjual, kami sebagai pengedar, turut sama membantu untuk memberikan konsultasi percuma berkaitan produk kepada pelanggan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, kami boleh berhubung secara terus ke peringkat atasan Shaklee. 

Tetapi, bagi penjual yang melanggar undang-undang mereka hanya inginkan keuntungan semata-mata. Produk, pembeli dah dapat? Setakat itu sahaja! Mereka akan lepas tangan. Awalnya, mungkin semua akan kelihatan seperti tiada apa-apa, namun setelah proses belian seterusnya dan seterusnya, penjual akan mengambil kesempatan.

Sekiranya kita sebagai pembeli inginkan harga yang lebih murah, kita boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Selepas itu, kita akan menikmati diskaun sebanyak 20% sebagai seorang ahli Shaklee. Bukan itu sahaja, malah ada banyak lagi peluang demi peluang yang layak hanya seorang ahli Shaklee yang akan dapat.

Vivix Shaklee

Antara salah satu cara untuk menjadi ahli secara percuma ialah, dengan pembelian 200 UV bersamaan RM 800 dan ke atas. Dengan cara ini juga, kita akan layak mendapatkan cash rebate (penjimatan berganda) dari pihak Shaklee. Namun, sekiranya kita membeli dari laluan yang salah, pihak penjual yang mengambil kesempatan akan mendapat 100% keuntungan membuta tuli dari kita tanpa kita sedari.

Shaklee telah mengambil tindakan tegas, dengan serta merta menggantung keahlian Shaklee pengedar yang membuat laku salah ini. Mereka tidak dibenarkan berniaga Shaklee selama-lamanya! Dan ke semua kelayakan untuk bonus akan di tarik balik.

Caranya mudah, jika kita sebagai pembeli, mendapati ada keraguan dengan penjualan Shaklee di e-Commerce yang sememangnya di larang, segera beri details seperti nama penuh, atau/dan nombor kad pengenalan penjual tersebut supaya boleh dilaporkan kepada Shaklee.

Jadilah pembeli dan pengguna yang bijak supaya tidak menyesal di kemudian hari. 

8 comments:

  1. betul..kalau nk beli biarlah yang dari pengedar yang sah

    ReplyDelete
  2. sbb nk kejarkan yg murah tu yg beli kt situ, tp tulah kita tak pasti psl banyak benda kalau beli di situ kan...

    lbh naik beli pada pengedar yg sah, klu lh brg tu dpt tak elok, rosak atau expired boleh di bincang semula mcmne kn atau rasanya kalau pengedar sah... semuanya tiptop n terjaga semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengan pengedar sah, if dapat barang expired atau rosak, pengedar sah boleh refund / tukarkan barang kepada yang elok dari HQ Shaklee :) If beli dari yang e-commerce memang tak dapek la citer nye hihi

      Delete
  3. Oh, boleh pulak order dengan orang lain lepastu nak mintak tukar dengan orang lain. Kelakar jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian juga sebenarnya sebab may be duit dia dah banyak habiskan, Tapi tu la memang tak dapat nak ditolong :(

      Delete
  4. Cheap things are not good. Good things are not cheap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice quote, Fatin! Nak pinjam, please :D

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.