Thursday, 18 July 2019

10 Punca Kulit Kusam


Pernah tak kita tengok cermin dan rasa kulit kita nampak kelam dan agak kelabu? Ini salah satu tanda kulit kusam. Sebelum kita nak atasi kulit kusam ni, penting untuk tahu sebenarnya apa punca kulit jadi kusam. Lepas dah tahu baru kita boleh faham dan tahu apa nak buat untuk elak dan atasi masalah kulit yang kusam ini.

Apa itu Kulit Kusam?

Kulit kusam ialah kulit yang tak lagi nampak cerah atau berseri. Malah, kulit nampak tua, dan mendatar, tak bermaya. Warna kelabu akan keluar bila dah terlalu teruk. Secara asas, kulit kusam lawan kepada kulit sihat yang nampak remaja, bersinar dan berseri.

10 TANDA AWAL KULIT KUSAM

Anda rasa ada masalah kulit kusam tapi tak pasti betul atau tidak? Di bawah ialah 10 tanda awal kulit anda kusam.

1. Kulit Tua
Semakin kulit matang, kebolehannya untuk memperbaharui lapisan sel, bergerak perlahan. Menyebabkan sel mati akan berkumpul dengan banyak di dasar kulit. Hasilnya, warna pink natural terkubur di dalam lapisan kulit dan membawa pada kulit kusam yang hilang warna remaja asal.

2. Sel Kulit Mati Terkumpul
Sel kulit mati yang terkumpul kerana gagal menjaga kulit dari awal, hari demi hari membuatkan kulit kelihatan kusam.

3. Kulit Kering
Apabila udara terlalu kering, ia akan mengakibatkan kulit kita kering. Mereka yang sedia ada kulit kering, bila bertambah kering lebih mudah kusam.

4. Stress
Stress boleh beri kesan pada penampilan kulit, termasuk kulit akan nampak kusam.

5. Jarang Apply Pelembap
Kulit lembap adalah kulit yang gembira! Tapi awas, bagi kita yang suka tinggalkan pelembap, tak akan dapat manfaat untuk kulit, akhirnya kulit semakin kusam.

6. Tiada Rutin Pengelupasan (Exfoliate)
Kulit mati terkumpul boleh tersingkir dari kulit jika rajin lakukan aktiviti exfoliation.

7.  Lupa Tanggalkan Make-Up
Kulit yang selalu bersama make-up akan mudah kering. Tambahan pula jika make-up atau solekan tak ditanggalkan sebelum tidur. Kesannya, kulit kelihatan kusam.

8. Tinggal di Kawasan Kering
Rajinkan diri apply pelembap terutama jika duduk di kawasan kering seperti negara bergurun atau rajin duduk di dalam bilik berpenghawa dingin.

9. Beauty Sleep
Tidur yang tidak cukup dalam sehari akan membuatkan badan stress akhirnya kulit kian kusam hari demi hari,

10. Produk Salah
Penggunaan produk muka yang salah mengakibatkan kegagalan kulit dalam memperbaharui sel.

Sekarang kita dah kenal pasti apa puncanya, jadi masa untuk bertindak!

2 comments:

  1. yang no 10 tu macam mana ya kita nak tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat skin check up regularly untuk tau kulit kita ada difference or not after using those skincare. :) Kalau nak try buat skin check up boleh datang HQ Shaklee. Free of charge

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.