Wednesday, 3 July 2019

4 Manfaat Utama Vitamin C


Vitamin adalah nutrien asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk melancarkan pelbagai proses biokimia dan fisiologi kita. Umum mengetahui bahawa kebanyakan vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan kita perlu dapatkannya daripada pemakanan harian dan melalui pengambilan suplemen.

Antara jenis-jenis vitamin ialah

  • Vitamin larut air (Vitamin C & B)
  • Vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K)

Bagi vitamin jenis larut air yang merupakan keperluan utama seharian kita, Vitamin C, mudah untuk teroksida dan dimusnahkan oleh oksigen, alkali dan suhu tinggi. Selain itu, Kebanyakan tumbuhan dan haiwan mampu menghasilkan Vitamin C sendiri bagi kegunaan badan mereka. Namun, sebaliknya untuk manusia yang tidak boleh hasilkan Vitamin C sendiri bagi keperluan tubuh badan. Kita, memerlukan tidak lebih dari, 2,000 mg Vitamin C sehari. Kekurangan Vitamin C dalam diri kita, boleh menyebabkan keadaan badan yang lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan. 

4 Manfaat Utama Vitamin C 

1. Mengukuhkan Sistem Imun Badan

Sekali sekala mandi hujan, syok juga!

Vitamin C menyumbang kepada sistem pertahanan imun badan dengan cara menyokong fungsi sel badan luar dan dalam bagi mengelakkan kemasukan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Kekurangan Vitamin C menyebabkan sistem pertahanan tubuh lemah dan badan mudah dijangkiti penyakit seperti kerap demam, selesema dan lain-lain

2. Membantu Mengurangkan Bersin Pagi

Erm.. Tak selesa betul. Bangun pagi je "Hatchummmm!!"

Waktu pagi, adalah waktu kebiasannya cuaca sejuk. Bagi kita yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang baik, kita mudah terdedah untuk kerap bersin, batuk dan akhirnya berpanjangan sehingga sepanjang hari. Perkara ini memberi ketidakselesaan kepada diri kita. Pengambilan Vitamin C secukupnya dalam diet harian dapat membantu mengurangkan keadaan kerap bersin di waktu pagi.

3. Melindungi Kulit dari Sinaran Mentari

Guna pelindung tabir suria dan makan Vitamin C; kulit cantik.
Bagi kita yang kerap terdedah dengan cahaya matahari, keperluan untuk melindungi kulit dari luar dan dalam adalah amat penting. Sinaran matahari akan mengakibatkan kulit kelihatan lebih tua, berkedut, kusam. Malah, lebih teruk lagi sekiranya tidak mendapat perlindungan dari awal, pigmentasi akan terjadi. Vitamin C membantu untuk melindungi kulit dari sinaran terik mentari dengan menyediakan perlindungan bagi menghalang radikal bebas dari menyebabkan kulit menjadi bermasalah.

4. Kesihatan Ibu Mengandung dan Bayi

Apa saja untuk yang tersayang~
Sewaktu mengandung, sistem imun badan ibu akan memerlukan sokongan tambahan supaya tidak mudah jatuh sakit ketika mengandung. Ibu mengandung sangat tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan tanpa sebab yang sepatutnya. Oleh itu, lebih baik untuk kita mencegah daripada awal. Kuatkan sistem imun badan ketika mengandung dengan Vitamin C.

Baca Selanjutnya :

2 comments:

  1. Selalu juga bersin pagi2, kena makan Vit C lah ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu kerap, melebihi dari kebiasaan, memang kena amek Vitamin C. If not, mudah terdedah benda lain plak nanti. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.