5 Tips Hilangkan Suntan Guna Barang Dari Dapur Rumah Je

5 Tips Hilangkan Suntan Guna Barang Dari Dapur Rumah Je

Bila terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama, kulit boleh kelihatan lebih gelap berbanding kulit asal. Terutama bagi kita yang baru sahaja lepas beraktiviti di pantai, pulau, main snorkelling dan sebagainya. Seronok, dapat bercuti, dan bermandi manda.

Tetapi, yang tak tahannya, lepas dah selesai seronok tadi, periksa muka kat cermin, "Aduhai! Gelapnya kulit aku," 

Masa ni, rasa malu sikit nak jumpa dengan orang. Tak pasal orang tegur, "Amboi baru balik mandi laut ke?"

Baca Selanjutnya

Tak apa, jangan risau, pergi terus ke dapur rumah kita dan cuba 5 tips ini hanya dengan gunakan barang dari dapur rumah je tau.

5 Tips Hilangkan Suntan 

1. Jus Kentang

Hiris kentang. Perah kentang sehingga dapat airnya sahaja. Sapu airnya ke seluruh muka. Dah penuh satu muka, tinggal dan biarkan jus kentang tadi di atas muka sampai kering. kemudian bilas.

2. Serbuk Kunyit dan Tepung

Satukan serbuk kunyi dan tepung hingga membentuk pes. Letakkan sekata di atas kulit wajah dan biarkan sehingga kering, kemudian bilas.

3. Ekstrak Timun

Hiris timun, dan letakkan hirisan timun di kawasan muka. Biarkan selama 10 hingga 12 minit kemudian bilas seperti biasa.

4. Yogurt dan Tomato

Blend tomato atau tumbuk lumat. Satukan bersama yogurt, dan jadikan pes. Letakkan di atas wajah sebagai masker muka. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas.

5. Madu dan Lemon

Perah lemon dan ambil madunya. Satukan bersama madu sehingga membentuk pes. Letak atas wajah selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa.

Segera lakukan tips ini sebaik sahaja tiba di rumah untuk menjadikan kulit muka sejuk dan tidak bertambah parah dari sebelumnya. Konsisten selama sebulan dan lihat hasilnya.

Share: