Friday, 12 July 2019

6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja dari Rumah


Bekerja dari rumah? Bunyi dia macam senang. Boleh kerja sambil tengok TV, jaga anak, makan dan uruskan rumah. Wah, seronoknya!

Namun, hakikatnya ianya tidak semudah itu. Malah, bekerja dari rumah mempunyai cabaran yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika seorang Ibu tersebut ada anak atau anak-anak. Tetapi, ia tetap bukan penghalang untuk kita menidakkan dan memberi alasan supaya berputus asa dari terus membina karier dari rumah di samping menguruskan rumah tangga dengan tangan dan kudrat kita sendiri.

Ada pelbagai tips yang boleh dipraktikkan bagi Ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Jom kita ikuti dan praktis bersama-sama tips yang dikongsikan ini.

6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja DARI RUMAH

1. Buat Jadual Rutin Untuk Anak

Bayi atau anak kecil, mereka mudah terikat dengan rutin. Makan-tidur-bermain adalah rutin harian mereka. Kita kena buatkan jadual tidur, makan dan bermain mereka. Mula sejak dari zaman baby lagi supaya mereka terikut dengan rutin tersebut. Cukup time, tidur! Makan dan bermain. 

Bila kita dah ikat mereka dengan rutin, secara automatik kita sendiri akan tahu bila waktu sesuai untuk fokus buat kerja. Contohnya, katakan mereka biasa bangun jam 6 pagi dan tidur balik jam 9 pagi. Jadi di situ kita dah tahu pukul 9 pagi kita boleh mula bekerja. Apa pun, kita yang kena buatkan jadual rutin untuk mereka. Berlainan pula bagi yang anak-anak sudah besar sedikit.

2. Cari Waktu Bekerja dan Fokus

Kita yang bekerja dari rumah ni tak sama dengan ibu yang surirumah sepenuh masa atau mereka yang bekerja di luar rumah. Kebanyakan masa terluang mungkin kita sedikit terleka dan memilih untuk tidur terlebih masa berbanding bekerja. Atau kita gagal buat prioriti keutamaan seharian dengan baik menyebabkan kerja hakiki dan kerja rumah belum dapat diseimbangkan dengan baik.

Oleh sebab itu, buat jadual waktu bekerja. Contoh macam Syaza sendiri, Syaza akan set masa, pukul 9 pagi sampai 12 tengahari adalah waktu Syaza bekerja. 12 tengahari sampai 2 petang Syaza akan berehat. Mula jam 2 petang sampai 5 petang Syaza masuk kerja balik.

Jadi di sini kita dah boleh rancang masa kita dengan baik.

3. Bangun Awal

Nak tak nak memang kena korbankan masa tidur. Dan semestinya ada banyak manfaat yang kita boleh dapat dari bangun awal. Kita boleh luangkan masa dengan Allah dan boleh buat kerja dengan lebih tenang serta teratur. Sebab waktu ni anak dan suami tengah tidur lena. Sebaik mungkin usahakan bangun pada pukul 5 pagi.

4. Siapkan Anak dan Suami 

Ha, suami pun kena siapkan tau. Bukan anak je. Jaga mood anak dan suami dengan baik. Sediakan sarapan pagi yang sihat untuk mereka. Dengan ini, suami sendiri secara tak langsung akan menyokong penuh dengan apa kita buat iaitu bekerja dari rumah. Bila dah dapat sokongan suami lagi mudah nak jalankan tips yang lainnya. Jaga hati, perut dan seluruhnya tentang suami.

5. Balas email, WhatsApp yang Penting 

Hanya balas email, panggilan atau WhatsApp yang penting sahaja. Kalau tak, kita pula yang ralit dan leka bermain handphone. Terganggu di situ. 

6. Kekal Fleksibel

Kadang kala ada masa kita tak jangka ada benda nak berlaku. Contoh anak kurang sihat, atau kita sendiri kurang sihat. Selain itu seperti waktu cuti umum, kita berkunjung ke rumah sanak saudara dan sebagainya. Jangan risau. Kekal fleksibel. Kalau anak perlu perhatian kita, go and get them! Di situ juga ada rezeki yang terselit. Syaza sendiri ada pengalaman, seharian tak de update apa pun tapi tetap syukur alhamdulillah rezeki masih ada. 

Pointnya adalah kekal fleksibel di masa yang DIPERLUKAN sahaja. Selebihnya belajarlah urus masa bersama dan buat jadual rutin serta praktis bersama tips di atas.

Semoga berjaya WORK AT HOME MOTHER out there! 

Untuk pengetahuan semua, Syaza adalah seorang Ibu yang bekerja dari rumah sebagai seorang Pengedar Shaklee Bebas Sepenuh Masa. 💌

6 comments:

  1. Setuju! cabarannya adalah bagaimana kita bijak bahagikan masa. Jadual sharian kita memang tak sama. Macam akak kena keluar rumah pagi2 hantar anak2 ke sekolah. Banyak masa atas jalan. Busy mengalahkan JKR. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kalau yang tu lain pulak caranya. Syaza ada ramai gak kawan-kawan yang kalau kes camni depa banyak tidur awal and buat kerja di tengah pagi. Cam kul 3 sampai 6 pagi waktu diorang bekerja ^^

      Delete
  2. Bagus tips yang dikongsikan..

    ReplyDelete
  3. Menarik tips-tips yg dikongsikan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.