Monday, 29 July 2019

Apa Kita Perlu Tahu Tentang Vitamin C

apa yang kita kena tahu tentang vitamin c

Vitamin serba boleh; itulah gelaran yang dianggap ke atas Vitamin C ini kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan. Di sini, Syaza memberikan jawapan terhadap soalan yang mungkin bermain di benak fikiran kita semua tentang bahan vitamin terbaik ini yang menyokong kesihatan badan.

#1 : Adakah pengambilan dos Vitamin C yang lebih tinggi di dalam satu masa lebih baik berbanding mengambil dos Vitamin C kecil di sepanjang hari?

Pertama sekali, kita wajib tahu Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan. Oleh sebab itu kita perlu tambah vitamin penting ini melalui diet. Walaupun kita mengambil kuantiti Vitamin C yang tinggi di dalam sehari tetapi tubuh badan kita boleh menyerap apa yang mereka perlu sahaja. Selebihnya akan di buang. Pilihan untuk mengambil Vitamin C melalui Sustained Release System di mana 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum berlaku pada badan. Warga emas dan mereka yang berasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan Vitamin C untuk perlindungan tambahan.

Baca Selanjutnya >> 9 Manfaat Vita-C Plus


#2 : Perlukah saya mengambil Vitamin C kerana saya sudah makan makanan sihat termasuk buahan dan sayuran?

Di dalam buahan atau sayuran, kandungan Vitamin C adalah berbeza. Malah ia semakin berubah apabila kita membasuh, memotong dan memasaknya. Untuk mendapatkan keperluan 500mg Vitamin C, kita perlu makan sebanyak 7 1/2 buah oren, 6 cawan brokoli, atau 119 batang lobak merah dalam sehari! Adalah terlalu mustahil untuk mencapainya di dalam diet harian melainkan kita perlu cirit birit dahulu. Maklumlah, makan buah oren sampai 7 setengah biji. Selain itu, ia menggunakan kos yang sangat tinggi. Cara bijak ialah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus hanya memberikan 54 sahaja di setiap biji!

Promosi Shaklee JULAI 2019 >> Cuma 40 sen sahaja sebiji


#3 : Saya ada masalah gastrik. Saya dengar bahawa mereka yang gastrik seperti saya tidak digalakkan untuk mengambil Vitamin C?

Ini merupakan tanggapan yang salah. Sebenarnya terdapat pelbagai sumber suplemen Vitamin C yang diperbuat daripada bahan yang tidak akan menyebabkan perut gastrik. Pilih Vitamin C yang di ekstrak dari jagung yang lembut, sesuai untuk perut sensitif serta gastrik.

Baca Selanjutnya >> Set Gastrik Shaklee (Fungsi, Keistimewaan dan Testimoni)

#4 : Berapa banyak Vitamin C yang saya perlu ambil setiap hari?

Institut Perubatan (IOM) menjalankan sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah sebanyak 3,000mg/sehari. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan pengambilan MAKSIMUM dalam sehari sebanyak 2,000mg/sehari sahaja.

#5 : Sustained Release Vita-C Plus keluaran Shaklee mempunyai komponen kandungan yang di panggil bioflavonoid. Apakah itu bioflavonoid?

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buahan sitrus. Mereka perlu bekerja secara gabungan dengan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. Sebagai contoh, kita boleh menemui bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang rasa pahit dan kenyal. Selalunya akan di buang. Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid dari buahan sitrus untuk memberikan kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam tablet mudah ini.

Baca Selanjutnya



apa yang kita kena tahu tentang vitamin c

3 comments:

  1. info yang baik syaza, tq kak AJ follow sini #118

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.