Friday, 12 July 2019

,

Ini Dia 14 Fakta Vitamin C Yang Jarang Kita Tahu

14 fakta vitamin c

Vitamin C memiliki reputasi yang baik di dalam melawan infeksi, dan jangkitan kuman. Oleh sebab itu, ia sentiasa mendapat tempat di hati mereka yang terutama sekali perlukannya apabila terkena demam atau selesema. 

Selain daripada itu, vitamin C juga turut mempunyai pelbagai manfaat lain untuk tujuan kegunaan kesihatan yang lainnya selain daripada demam dan selesema tadi. Pengambilan vitamin C dalam dos yang betul, mampu mengurangkan infeksi virus daripada hepatitis kepada pneumonia, dan boleh membantu kanak-kanak untuk tidak selalu dijangkiti penyakit berjangkit, kata Dr Thomas Levy, ahli kardiologi US yang kini merupakan seorang penyelidik khas bidang berkaitan vitamin C.

Beliau yakin, vitamin C turut mampu untuk mengurangkan penyakit seperti arthtiris, Alzheimer's, penyakit jantung serta mahu pun kanser.

"Mereka yang mengamalkan vitamin C dengan dos yang seimbang dan konsisten mempunyai kadar purata hidup 6 tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin C. Dan mereka juga turut memiliki risiko rendah untuk menderita penyakit degenerative," kata beliau.

14 Fakta Menarik Vitamin C 

1. BERMULA DENGAN SCURVY.

Kepentingan vitamin C yang turut dikenali sebagai asid askorbik ini, dikenali lebih daripada 250 tahun yang lalu. Ketika itu, vitamin C dikenali apabila penyakit yang berkaitan dengan kekurangan badan manusia memiliki vitamin C kian menular iaitu scurvy.

2. PENTING UNTUK KOLAGEN.

Vitamin C sangat diperlukan bagi membentuk kolagen yang penting bagi pertumbuhan, kesihatan tulang, tendon, cartilage dan kulit. Selain itu, vitamin C juga bekerja sebagai ejen anti-oksidan untuk mengelakkan sel badan kita daripada mengalami kerosakan. 

Malah ia juga meningkatkan kadar penyerapan zat besi yang di ambil daripada makanan mahu pun suplimen serta membantu enzim di dalam badan untuk proses regulasi pelbagai fungsi di dalam badan kita.


3. GOODBYE KOLESTROL JAHAT.

Kajian menunjukkan, ia membantu meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular dengan merendahkan tekanan darah dan juga paras kolestrol jahat. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan pembuluh darah.

4. KITA MAMALIA ITU.

Satu-satunya jenis mamalia yang tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri ialah primates, guinea pigs, kelawar buah dan juga manusia. Kita sebagai manusia sangat memerlukan vitamin C daripada sumber yang lain kerana kita tak boleh hasilkan sendiri.

5. 10 TAHUN BOLEH HIDUP.


Mamalia yang boleh buat vitamin C sendiri dalam badan mampu hidup 10 tahun lebih lama dari tempoh matang mereka. Tetapi, kita manusia yang tidak ada kelebihan ini mempunyai tempoh masa yang kurang dari mereka melainkan kita mula mengamalkan vitamin C hari ini.

6. SEDAPNYA BUAH.

Sumber vitamin C terbaik ialah oren, lada benggala, kale, brokoli, buah kiwi, jagung, anggur, jambu, strawberi dan betik.

7. AWAS PEROKOK.

Merokok mengakibatkan badan merembeskan lebih banyak vitamin C daripada biasa, jadi perokok perlu tambah dos pengambilan vitamin C setiap hari.

Baca selanjutnya : Vitamin C untuk Kulit BERSERI

8. TAK CUKUP DARI MAKANAN SEMATA.

Kebanyakan pakar seperti Dr Levy menyarankan untuk kesihatan optimum, kita perlu dapatkan vitamin C daripada suplimen, bukan hanya makanan semata.

9. MAKAN OREN BANYAK PERNAH CIRIT BIRIT.

Vitamin C adalah vitamin paling selamat. Jika terlebih dos, kesan sampingan yang utama ialah cirit birit. Pernah kan terlebih makan buah oren dan tercirit seharian?

10. UNTUK YANG SIHAT

Walaubagaimanapun, mereka yang mengalami masalah buah pinggang tidak seharusnya mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi.

11. ADA SUNTIK WARFARIN?

Dalam dos yang tinggi, vitamin C turut boleh memberi kesan kepada mereka yang mengambil ubat cair darah ; sebagai contoh Warfarin.

12. RAWATAN KONTROVERSI.


Dos vitamin C yang ekstrim turut digunakan sesetengah doktor sebagai sebahagian rawatan kanser. Dalam kes ini, vitamin C dimasukkan melalui drip. Namun ada juga sesetengah doktor yang menyatakan masih belum ada bukti kukuh untuk cara rawatan ini. Semuanya ikhtiar selebihnya, kerja Tuhan.

13. KETUMBUHAN KURANG AGRESIF.

Kajian yang dijalankan UniversiTy of Otago terhadap kanser usus menemui ketumbuhan dengan kandungan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko lebih rendah untuk agresif dan merosakkan sel badan berbanding Ketumbuhan dengan kandungan vitamin C rendah. Mereka juga menemui, pesakit yang mengambil vitamin C mempunyai jangka masa hayat lebih tinggi dari yang tidak mengambil vitamin C.

14. LANJUTAN KAJIAN.

University of Otago dengan diketuai Professor Margreet Vissers, merancang untuk memanjangkan kajian di atas dengan ujian klinikal untuk melihat kesan vitamin C yang di ambil secara intravenus terhadap mereka yang memiliki kanser.

Jom KONGSIKAN info ini dengan semua orang.

Baca Selanjutnya :
Share:

3 comments:

  1. banyak kebaikan vit c ni kan sis.. bagus utk tubuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaps. Penting sebab dia regulate proses badan kita 😊

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.