Monday, 8 July 2019

Struggle Untuk Fokus di Tempat Kerja? 5 Tips Ini Membantu.


Purata untuk seorang pekerja pejabat gagal fokus adalah di setiap 3 minit. Malah berdasarkan kajian yang di buat oleh Human-Computer Interaction Institue di Universiti Carnegie Mellon, seseorang akan mengambil 25 minit untuk kembali fokus setelah hilang daya fokus!

Hilang fokus, amat senang, terlalu senang, tapi nak dapatkan balik daya fokus itu yang susah. Tapi, tak apa, jom kita baca dan praktikkan bersama, tips untuk kita kekal fokus di tempat kerja.

5 TIPS KEKAL FOKUS DI TEMPAT KERJA

1. Bekerja Mengikut "Jadual Semulajadi" Otak

Kita sebenarnya sedar bahawa kita boleh tumpukan perhatian sepenuhnya di waktu-waktu yang tertentu. Sebenarnya, otak kita ada jadual semulajadinya yang tersendiri. Ianya bergantung kepada diri masing-masing.

Namun, jika mengikut majoriti, puncak diri kita akan mudah berada di dalam gangguan penuh dan hilang daya tumpuan fokus ialah waktu 12 tengahari sehingga 4 petang dan kita akan selalunya berasa terlalu lemau sekitar jam 2 petang.

Otak kita mampu untuk menampung beban yang banyak, di waktu lewat pagi, iaitu sekitar jam 10 pagi. Pada waktu ini, otak kita terjaga sepenuhnya dan mampu untuk bekerja dengan baik. Walaubagaimanapun, ia tetap berbalik pada diri kita sendiri. Pantau sepenuhnya, diri kita lebih bertenaga di waktu pagi, tengahari, atau petang?

Fokus pada tugas berat di waktu pagi, dan cuba tidur sebentar atau berjalan mengambil angin segar di waktu tengahari.

2. Beri Reward Lepas Berjaya Fokus

Apabila kita dah terlalu selesa dengan sikap sambil lewa dan bertangguh, otak kita juga akan begitu. Jadi, cuba latih otak dan minda kita supaya kekal fokus tanpa di ganggu. Setiap kali kita rasa nak check Tweet di Twitter, cepat-cepat tahan diri dan teruskan bekerja. Inilah reward yang akan latih minda kita supaya "tahan" dengan gangguan. Lama kelamaan, kita sendiri dah tak ambil kisah dengan gangguan tersebut dan akan lebih fokus!

3. Berehat

Berhadapan dengan skrin terlalu lama juga akan memenatkan. Sama juga bila selalu sangat jumpa klien, tanpa henti, ia akan memberi keletihan fizikal dan mental pada kita. Belum lagi bab nak jawab email, telefon sepanjang masa. Memang letih!

Jadi, cuba ambil masa untuk berehat seketika. Rehat yang sebenar rehat. Ambil angin dan matikan telefon bimbit sebentar sambil makan makanan kegemaran. 15 minit sahaja dan ia sudah cukup untuk cas semula daya fokus kita.

4. Lupakan Multitasking

Kita susah nak fokus sebenarnya apabila kita kerap tukar dari satu tugasan kepada tugasan yang lain dalam masa yang singkat. Lagi banyak kita multitask, lagi banyak tenaga yang kita akan guna dan lagi susah nak fokus. 

Buat senarai keutamaan tugas dan lakukan satu persatu mengikut keutamaan atau prioriti.

5. Kunyah Gula Getah

Bunyi macam pelik? Tapi kajian menunjukkan, mengunyah gula getah akan meningkatkan aliran oksigen kepada seluruh tubuh badan kita termasuk minda dan otak kita yang bertanggungjawab penuh di atas proses fokus tadi. Ia juga membantu menambahbaik memori jangka masa panjang dan memberi sedikit suntikan insulin untuk boost tenaga.

Jika gula getah bukan snek terbaik bagi kita, dapatkan snek seperti buah, sayuran rebus, kekacang dan sebagainya. Asalkan konsepnya; mengunyah!
Jadi, mari kita praktikkan bersama-sama tips ini bagi kekal fokus dan latih otak untuk sentiasa fokus. Dan jangan lupa rehat jika perlu!


Nak order Shaklee?

WhatsApp/Call 📲 0187684817 (Syaza) 😊 

🠞🠞 Klik Untuk WhatsApp

16 comments:

  1. KAK FOKUS BERKARYASEBELAH PAGI LEPAS ZOHOR TLS MAIN2 KAT FB R BLOG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tahniah Kak sebab dah boleh tahu waktu minda akak bekerja yang terbaik =D

      Delete
  2. tq utk tips2 nih... mmg ada antaranya yg akak selalu buat... kene selesa dgn tempat kerja, itu salah satu cara nk bg kita fokus... sbb tu akak suka hias bilik akak buat mata akak rasa best bila dh pnt ngadap komputer je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul juga tu. Kalau kemas, bersih kita pun semangat nak buat kerja kan :)

      Delete
  3. Lama tak kunyah gula getah.. sekarang nie standby sweet je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Bukan kat Ofis aje. Kat rumah ni pun struggle nak focus ������

    ReplyDelete
  5. Suka yang tang reward tu, selalu pesan kat Suami, kalau dah penat bekerja, kena bercuti reward untuk diri...badan bukan robot kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Lin. Sesekali kena rehat. :)

      Delete
  6. suka la tips-tips ni, nak berehat la kejap dari blogwalking...ahhahahhahah

    ReplyDelete
  7. nice sharing syaza. dah boleh rilex dah ni sekejap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah dah petang ni boleh amek angin jap :D

      Delete
  8. aida ok multitasking. but, satu2 masa, akan kena concentrate.
    samada bekerja di ofis or belajar, agak tak terganggu dek gangguan yg biasa-biasa.
    seperti anak-anak, ringing phone pejabat, org kuar masuk pejabat, tetiba bos panggil, radio,... alhamdulillah.
    kalau ada task penting. aida akan set time, kata la kul 2 - 4 ptg. that 2 hours, aida akan dok hadap kerja tu. tanpa tgk phone or komputer :)
    those 5 tips shared by syaza, amat bagus. if praktik kan, kita takkan alami tak siap keje or struggle cari ke mana kah hilang nyer 'fokus'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah bagusnya Aida. Bukan senang tau nak dapat skill boleh cooperate dengan multitasking. At the same time Aida boleh fokus untuk kerja yang Aida dah prioritise-kan! MasyaAllah hebat Aida. No wonder Aida boleh jadi supermom yang baik untuk suami dan anak-anak :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.