Thursday, 8 August 2019

9 Benda Lelaki Buat Nampak Awet Muda

9 Benda Lelaki Buat Nampak Awet Muda

Eh, bukan perempuan je tau nak nampak awet muda! Lelaki pun haruslah berusaha untuk maintain nampak muda. Nak tahu tips untuk kekal awet muda bagi seorang lelaki? Jom baca tips di bawah.

9 Tips Lelaki Awet Muda

1. Jaga Rambut

Rambut juga merupakan mahkota lelaki. Semakin tua, lagi semakin perlu untuk lelaki menjaga perapian rambut. Zaman sekarang ada macam jenis fashion gaya rambut lelaki. Malah, botak juga dah jadi trend! Nak nampak muda selalu, pastikan rambut dikemaskan dengan rapi. 

2. Trim Semua Benda

Buang segala macam jenis bulu. Bulu ketiak, di kawasan private, dan kawasan yang memerlukan untuk di buang. Kekemasan dan kebersihan ini menjadikan lelaki senang sangat nak nampak muda remaja.
3. Cukur Jambang atau Tak

Kebanyakan lelaki akan nampak lebih muda tanpa jambang dan misai. Muda 10 tahun pula tu. Namun, jika ingin mengekalkan jambang dan misai, tak nak cukur, sila pastikan jambang serta misai itu kemas dan rapi. 

4. Jaga Kulit Muka

Untuk kekalkan kulit muka nampak muda remaja, gunakan dengan konsisten pelindung matahri, pencuci muka dan pelembap serta pelembap bibir. Amalkan pengambilan sayuran dan buahan serta suplemen penting seperti Vitamin C dan Kolagen untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.


5. Atasi Kedutan

Kurangkan kedutan bermula sekarang dengan perbanyakkan senyuman, mengambil makanan yang sihat, elakkan makanan segera serta top up dengan kolagen dan Vitamin C. Banyakkan makan buah yang kaya dengan polifenol. Semua ini adalah ejen yang akan melambatkan kehadiran kedutan serta mengurangkan kedutan teruk di muka lelaki.


6. Kekalkan Habit Sihat

Nak nampak elok di luar, lelaki perlu jaga kesihatan dari dalam. Banyakkan rehat, makan makanan yang betul, minum air secukupnya dan bersenam untuk awet muda.


7. Jaga Gigi

Senyuman yang manis adalah tips paling popular untuk nampak hensem dan muda. Tapi pastikan senyuman itu bersamanya ada gigi yang cantik dan sihat! Oleh itu, berus gigi setiap hari dan floss bila memerlukan. Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali. Barulah senyuman menawan, gigi cantik dan maintain hensem.

8. Berpakaian Kemas

Letakkan dalam almari beberapa pakaian jenis suit, jaket dan jeans. Ia pakaian wajib untuk kekalkan momentum di zaman muda mudi. Jangan lupa masukkan beberapa item yang trendy tapi jangan terlalu jadikan ikutan. Yang penting, kemas dan selalulah tuck in! Fuh hensem kegilaan ramai.

9. Cermin Berbingkai

Guna cermin mata yang berbingkai penuh untuk tutup garisan kedut di bawah mata. Ia juga boleh bagi manfaat untuk muka yang runcing bagi lelaki.

10 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.