Saturday, 24 August 2019

Anda Tanya, Saya Jawab : 14 FAQ Paling Popular Vivix Shaklee

FAQ Soalan lazim vivix shaklee

Vivix keluaran yang dipatenkan khas untuk Shaklee sering dihujani pelbagai soalan lazim daripada para pengguna mahu pun pelanggan yang baharu ingin mencubanya untuk kebaikan kesihatan masing-masing. Mungkin ada salah satu atau lebih daripada soalan lazim ini sendiri anda pernah tertanya-tanya dan mencari jawapan tentang Vivix. Oleh itu, di sini Syaza gabungkan 14 soalan paling popular di tanya tentang Vivix.

Bermula daripada tentang kandungannya, cara menyimpan Vivix, kebaikan dan fungsi serta keistimewaannya yang menyebabkannya mendapat tempat pertama dalam banyak produk lain di dalam Shaklee.

14 Soalan Lazim FAQ Mengenai Vivix

1. Apa itu Vivix?

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Esktrak Elderberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.

2. Apa yang membuatkan Vivix ini begitu istimewa berbanding produk lain?

Bahan utama di dalam Vivix iaitu anggur muscadine ialah salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan sangat tahan lasak. Dengan kemajuan sains kami serta campuran proprietari berasaskan anggur muscadine ini, Vivix dihasilkan.

Di dalam Shaklee, kami menggunakan dan memanfaatkan kelebihan anggur muscadine ini dalam setiap botol Vivix dengan penggunaan proses pengekstrakan yang dipaten khas dan menumpu serta mengekalkan kandungan bioaktf polifenol.

Anggur muscadine mempunyai polifenol lengkap yang tidak terdapat di dalam anggur lain. Ia mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan sumber polifenol yang lain. Gabungan ini akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa dan membantu untuk menambahbaik keadaan kesihatan dari masa ke semasa. Antioksidan ini berfungsi untuk menghalang radikal bebas daripada melakukan kerosakan ke atas tubuh badan manusia. Antara contoh radikal bebas ialah pencemaran di sekeliling, makanan tidak sihat dan gangguan asap rokok serta sinaran UV berbahaya.
3. Siapakah yang sesuai minum Vivix ini?

Vivix di reka khas untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan, penuaan secara sihat dan menitikberatkan kesejahteraan hidup. Vivix tidak disarankan ke atas wanita hamil, menyusu atau sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah.

4. Berapa banyak sudu Vivix perlu di ambil dalam 1 hari?

Satu sudu teh sehari.

5. Apa yang membuatkan anggur muscadine berbeza daripada anggur lain?

Anggur muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, tahan lasak dan mempunyai kandungan polifenol unik yang memberi tawaran beberapa manfaat kesihatan. Ia mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi.

Anggur ini juga boleh membiak di dalam persekitaran bahaya kerana kandungan fenolik di dalam mereka memberikan mereka perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan berlebihan


6. Apa itu polifenol?

Istilah polifenol merupakan istilah yang digunakan bagi memberi gambaran terhadap sebatian semulajadi yang terdapat di dalam buah-buahan, buah beri dan sayuran yang memiliki manfaat antioksidan dan berpotensi terhadap perlindungan untuk penuaan sel badan yang sihat. Penyelidikan terbaharu menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai manfaat baik dari segi biologi terhadap manusia.
7. Bilakan waktu terbaik untuk mengambil Vivix?

Ambil Vivix setiap hari, selepas sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan botol Vivix sebelum mengambil hidangannya yang disarankan sebanyak 1 sudu sehari.

8. Boleh atau tidak saya mengambil Vivix lebih daripada 1 sudu sehari?

Mengikut penyelidikan terkini, tidak terdapat kelebihan dan manfaat tambahan daripada pengambilan yang disarankan iaitu satu sudu teh sehari.

9. Bolehkan Vivix saya ambil bersama penggunaan supplement Shaklee yang lain?

Ya, boleh. Vivix boleh dan sesuai di ambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Untuk gabungan dan hasil terbaik bagi kesihatan harian, Vivix sebaiknya digabungkan bersama pengambilan Vita-Lea Multivitamin, Energizing Soy Protein (ESP), Omega Guard, Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C) dan B-Complex.

Penggunaan nutrisi penting ini yang digabungkan bersama polifenol di dalam Vivix membekalkan keperluan nutrisi yang luas ke seluruh tubuh dan menyediakan asas bagi tubuh badan yang lebih cergas dan sihat.

10. Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?

Bagi langkah berhati-hati, kami sarankan untuk mereka yang di bawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil sebarang preskripsi ubat terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix bersama penjaga kesihatan profesional mereka.

11. Adakah Vivix mengandungi alkohol?

Vivix tidak mengandungi alkohol.

12. Adakah Vivix halal?

Ya, Vivix di iktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA), sebuah badan pensijilan halal asing yang di iktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

13. Adakah Vivix didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?

Tidak, kerana Vivix dikategorikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD).

14. Kenapa saya perlu simpan Vivix di dalam peti sejuk selepas di buka?

Penyejukan selepas di buka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang mengoptimumkan fungsi produk tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Syaza di 018-7684817 atau klik banner di bawah.

FAQ Soalan lazim vivix shaklee




7 comments:

  1. ada duit lebih sikit, nanti nak beli untuk parents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Ekin. 😊
      Untuk kesihatan dan kecergasan mereka di usia tua.

      Delete
    2. InshaAllah Ekin. 😊
      Untuk kesihatan dan kecergasan mereka di usia tua.

      Delete
  2. Replies
    1. Anggur Muscadine ni memang menarik sebab DNA dan kromosom dia tak sama macam anggur lain. Ciptaan Allah 😊

      Kulit dia sangat tebal, dan besar dia boleh sebesar bola golf.

      Dia main ingredient dalam Vivix.

      Along with it antara bahan lain dalam Vivix kita juga ada Eldeberi Eropah, Polygunum Cuspidatum dan Purple Carrot.

      Gabungan keempat-empat ni menghasilkan antioksidan untuk kesihatan harian. 😊

      Delete
  3. Replies
    1. Yeah. Cik Itah boleh cuba Vivix untuk penuaan sel yang lebih sihat. 😊

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.