Friday, 23 August 2019

Blogger Maestro Gathering #1

bisnes shaklee dari rumah blogger

Ahad bulan lepas, blogger Maestro berkumpul bersama. Kami dapat sedut aura positif masing-masing dan paling penting, berkongsi ilmu blogging antara satu sama lain. Total kehadiran 4 orang, tak termasuk kanak-kanak. Hehehe

After dah setuju, kami berkumpul di rumah Kak Nad, seorang otai blogger yang dah lama blogging sejak dari 2010. Betapa otai nya dia sampaikan Malaysia Hari Ini (MHI) call dia untuk minta jadi tetamu jemputan asbab sharing beliau di blog tentang Tongue Tie. Nampak tak? Being a blogger ni banyak benefit as long as kita pandai manfaatkannya untuk masyarakat. :)

bisnes shaklee dari rumah blogger
Bincang apa tu?
Gathering kali ni berkonsepkan pot luck! Hihihi. MasyaAllah banyak sangat makanan. Ada yang bawa kuih muih, ada yang bawa makanan berat. Memang best. Penuh dengan makanan meja. Biasalah kalau orang perempuan punya gathering memang meriah dengan makanan. Geng mak-mak katakan.

Semua yang hadir bawa bersama anak-anak. Syaza sendiri angkut si Zehraa tu. Wah bukan main seronok dia tau dapat berkawan dengan abang, dan kakak-kakak lain. Actually waktu berkumpul macam ni, bukan je benefit pada kita tapi juga pada anak-anak supaya mereka dapat bersosial dengan orang lain. Dah macam taska rumah Kak Nad waktu tu!

Planning asal berkumpul sampai jam 2 petang, tapi disebabkan ada on hand task jadi sampai ke petang berkumpulnya. Kami siap sempat buat satu entri blog lagi tau. Syaza pun dapat blogwalking ke blog kawan-kawan. Dan yang paling best sempat merasai sendiri YOUTH Party. Masing-masing jadi model YOUTH Mask, keluaran terbaru dari skincare Shaklee.

bisnes shaklee dari rumah blogger
Model YOUTH Masker Shaklee Skincare tak berbayar hihihi
Kalau nak tahu Maestro ni adalah sebuah kumpulan yang mengumpulkan ke semua pengedar Shaklee di bawah Kak Nad yang dah capai pangkat tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Dan blogger Maestro pula ialah, ahli Maestro yang aktif blogging. 

InshaAllah more gathering to come~ 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.