Tuesday, 20 August 2019

Jantung Sihat Menjemput Kebahagiaan

kepentingan kesihatan jantung

Jantung berdegup pada setiap saat, 24 jam sehari tanpa berehat. Secara purata sepanjang hayat seseorang, jantung berdegup sebanyak 2.5 billion kali. Ia adalah organ yang paling penting. Tanpanya, beerti kita mati, tidak lagi bernafas. Oleh itu, amat penting sekali untuk kita jaga sebaiknya jantung bermula dari hari ini.

Perlu ke Kita Risau Sangat?

artikel keratan akhbar penyakit jantung nombor 1 satu di malaysia

Ya, perlu. Kerana penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian rakyat di Malaysia, dalam tempoh 13 tahun iaitu semenjak 2005 hingga kini.

Bermakna, kita boleh jadi di antara mereka yang menghidap dan terkena penyakit ini.

Dr Lee Boon Chye selaku Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu kerisauan tentang keadaan ini apabila sebanyak 54% peratus pertambahan berlaku selama 10 tahun sejak 2007 dengan catatan kematian 13,503 pada 2017 berbanding hanya 8,776 kematian pada 2007. Secara purata, penyakit ini menyerang individu seawal usia 58 tahun. Namun, terdapat juga banyak kes serangan jantung melibatkan usia yang sangat muda dari ini.

Bagaimana Penyakit Jantung berlaku?

Penyakit jantung berlaku apabila terdapat plak yang terhasil daripada lemak, kolestrol, kalsium dan pelbagai bahan di dalam darah, terkumpul di dalam arteri. Arteri ini berfungsi untuk membekalkan darah yang kaya dengan oksigen ke seluruh badan. Namun, apabila plak terhasil ia menyukarkan kerja pembekalan darah arteri ke otot jantung. Hasilnya ialah serangan jantung akan berlaku. Atau lebih teruk lagi ialah kematian mendadak dan strok.

Apa Faktor boleh dapat Sakit Jantung?

Punca seseorang mudah mendapat sakit jantung ialah apabila gaya hidup tidak sihat dijadikan amalan. Namun begitu walaupun statistik tentang kematian akibat penyakit jantung adalah nombor satu di Malaysia, kita tetap ada cara untuk atasinya.

Apakah Cara nak Atasi dan Elak Penyakit Jantung?

Lakukan perubahan positif di dalam kehidupan dan jadikan ianya tabiat. Antaranya termasuklah
  • Turunkan berat badan berlebihan
  • Kekalkan berat badan sihat
  • Makan secara sihat
  • Kekal aktif
  • Bersenam sekurangnya 30 minit sehari
  • Kawal tekanan darah
  • Berhenti merokok
  • Kawal kolestrol


Apakah Vitamin dan Mineral yang Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung?

Ada 4 jenis vitamin dan mineral yang membantu kita untuk meningkatkan kesihatan jantung dari masa ke semasa dan mengatasinya untuk berulang kembali bagi yang sedia ada.

1. Coenzim CoQ-10

coq10 baik untuk kesihatan jantung
Coenzim Q10 bekal tenaga untuk jantung

Memberi kesihatan yang sangat baik untuk penyakit berkaitan kardiovaskular dan merupakan jenis vitamin pilihan nombor 1 di dunia bagi fungsi menjaga kesihatan jantung.

2. Asid Lemak Omega-3

artikel akhbar lemak ikan asid lemak omega-3 baik untuk kesihatan jantung
Lemak ikan baik untuk jantung

Sumber utama omega-3 ialah daripada lemak ikan contohnya lemak ikan salmon dan sardin. Lemak baik ini telah zaman berzaman terkenal dan dibuktikan dengan ribuan kajian dalam membantu memelihara kesihatan jantung dan mengawal paras kolestrol. Supplemen asid lemak ini juga terdapat banyak di pasaran. Dalam kalangan jenama di pasaran, yang paling tulen ialah dari jenama Shaklee dengan kandungan omega sebanyak 85% berbanding jenama lain yang puratanya cuma 40% sahaja.

3. Stanol dan Sterol Tumbuhan

bagaiman sterol dan stanol tumbuhan bekerja
Perbezaan di antara badan yang menerima sterol stanol tumbuhan dengan yang tidak mendapatnya

Stanol dan sterol tumbuhan mempunyai bentuk seakan kolestrol. Perkara ini memudahkan ia menyerap dengan baik bagi menggantikan kolestrol sekali gus mengawal kolestrol dalam keadaan paling baik. Phytocol-ST adalah gabungan stanol dan sterol dari tumbuhan ini.

4. Polifenol

polifenol untuk kesihatan jantung
Polifenol untuk jantung lebih kuat

Sejak dari dulu lagi, polifenol sudah digunakan di dalam hal ehwal melindungi jantung daripada pelbagai penyakit berkaitannya dan juga penyakit kardiovaskular. Ia merupakan sejenis antioksidan yang membantu mengawal kolestrol, sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

kematian penyakit jantung
Hargai kesihatan jantung anda

Oleh itu, hargai setiap detik degupan jantung kita hari ini dengan menjaga kesihatannya. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari agar jantung dapat berfungsi dengan baik. Jaga pemakanan dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin seperti dinyatakan di atas serta ambil pemakanan tambahan vitamin dan supplemen dalam jadual harian.

Sayangi jantung anda.

2 comments:

  1. Takut kalau betul2 faham tentang sakit jantung ni. Seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul tu Kak Put. >.< Bukan boleh buat main.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.