Friday, 30 August 2019

Nutriferon Granules Shaklee (Fungsi, Keistimewaan dan Testimoni)

nutriferon granules shaklee fungsi keistimewaan dan testimoni

Sistem pertahanan badan sangat kompleks! Ia melibatkan keseluruhan fungsi sel yang perlu bekerjasama dalam satu masa bagi melawan patogen seperti virus, fungus dan bakteria daripada terus merosakkan sel badan kita. 

Kepentingan Sistem Pertahanan Badan

Dalam dunia ini ada di antara kita yang dilahirkan tanpa sistem imun yang tidak boleh menghasilkan sel darah putih, atau ada dalam kalangan kita yang mempunyai alahan dan allergik tertentu sehingga tidak mampu imun dengan baik. Namun, tidak kurang juga yang dilahirkan dengan sistem pertahanan sempurna yang perlu sentiasa di tambah baik dan di selenggara dari masa ke semasa supaya ia kekal dalam keadaan yang baik agar kita mudah melawan serangan penyakit dan patogen dengan jitu.

kepentingan sistem pertahanan dan imuniti badan
Illustrasi yang menunjukkan bagaimana Sel Darah Putih 'makan' patogen dan memusnahkannya daripada merosakkan sistem pertahanan dan imuniti badan kita
Sistem pertahanan mempunyai dua peringkat iaitu peringkat pertama dan peringkat kedua. Peringkat pertama termasuklah kulit, membran mukus di dalam rongga hidung, jus gastrik dari perut, air mata, peluh dan air liur. Manakala, sistem pertahanan peringkat kedua pula melibatkan sel darah putih yang bertanggungjawab untuk berlawan dengan patogen dan bakteria daripada terus merosakkan sistem badan kita.

Sistem pertahanan badan sangat penting bagi memastikan apabila badan kita terdedah dengan penyakit, virus, bakteria, fungus dan lain-lain ia boleh melawan balik patogen ini agar kita kembali kepada kesihatan seperti sedia kala. Kesan daripada lemahnya sistem pertahanan dan imuniti badan, kita mudah di serang penyakit dan kerap menerima serangan yang sama sekiranya tidak menambah baik sistem imun badan.

Interferon Membantu Sel Darah Putih

Bagi membantu sel darah putih bekerja dengan baik, kita sangat memerlukan penggalak yang memberi signal dan meningkatkan pekerjaan sel darah putih dari masa ke semasa iaitu INTERFERON.

Inteferon dinamakan sempena fungsinya sendiri yang mampu masuk campur (interfere) dalam urusan melawan virus. Secara farmaseutikal nya, ia ditemui lebih dari 50 tahun yang lalu oleh Ahli Bakteriologi British, Alick Isaacs dan Ahli Mikrobiologi Swiss, Jean Lindenmann ketika mereka mengkaji tentang fenomena penyakit virus. 

Di dalam masa yang sama di mana interferon secara farmaseutikal ditemui, kajian untuk mendapatkan penggalak interferon secara semulajadi juga turut dijalankan. Maka, terhasil lah Nutriferon ini. 

Hasil kajian menunjukkan laporan bahawa interferon ini bukan sahaja mampu untuk mencegah infeksi dari virus tetapi boleh melawan penghasilan sel kanser.

interferon booster semulajadi malaysia
Interferon bertindak untuk memberi signal kepada pertahanan badan dan mengaktifkan sel imun untuk membunuh patogen di dalam tubuh badan kita

Namun, interferon ini perlu digalakkan atau menerima booster supaya ia boleh berfungsi dengan baik. Penggalak interferon atau interferon booster ini terdapat dalam dua bentuk seperti yang dinyatakan di atas iaitu :

  • Farmaseutikal. Dalam bentuk ubat-ubatan, atau injection.
  • Semulajadi. Dari herba, tumbuhan, sayuran tertentu.

Bagi cara farmaseutikal, ia melibatkan penggunaan drugs. Ia melibatkan kesan jangka masa panjang yang tidak baik kepada kesihatan. Oleh itu, penggalak interferon secara semulajadi perlu sentiasa dijadikan pilihan.

Nutriferon = Penggalak Interferon Semulajadi

nutriferon penggalak interferon semulajadi pertama di dunia
Nutriferon Granules adalah formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee
Nutriferon Granules keluaran Shaklee merupakan penggalak yang membantu penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi

⟣ Tidak bertoksik
⟣ Dipatenkan
⟣ Semulajadi
⟣ Terbukti secara klinikal

Di Sebalik Penemuan Nutriferon

keistimewaan nutriferon shaklee
Hasil penyelidikan 40 tahun membawa kepada penemuan penggalak interferon semulajadi yang selamat dan berkesan
Nutriferon berjaya ditemui oleh, Ahli Immunologi dunia Dr Yasuhiko Kojima bersama pakar penyelidik yang lain pada tahun 1954.

Dr Yasuhiko Kojima telah menjalankan kajian selama 40 tahun ke atas lebih daripada 200 ekstrak herba bagi menemui penggalak interferon atau interferon booster yang semulajadi, tidak bertoksik dan selamat di ambil oleh kita.

Selepas 40 tahun lamanya kajian itu, akhirnya Dr Yasuhiko telah menemui gabungan 4 bahan yang boleh menghasilkan interferon secara semulajadi. Dengan ini, terhasil sebuah produk supplemen penggalak interferon semulajadi yang pertama dan telah dipatenkan khas di bawah Shaklee Corporation iaitu Nutriferon Granules.

Keistimewaan Nutriferon Granules Shaklee

bahan kandungan utama di dalam nutriferon granules shaklee

Menggabungkan 4 bahan utama iaitu
  1. Biji labu
  2. Bunga safflower
  3. Biji plantago
  4. Bunga japanese honeysuckle

Terbukti sebagai gabungan terbaik bagi menjadi penggalak interferon untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan dan imuniti tubuh badan kita.

Fungsi Utama Nutriferon Granules Shaklee

dr yasuhiko kojima latest
Master Nadiah Suhaidi bergambar sendiri bersama Dr Yasuhiko Kojima (Pencipta Nutriferon Shaklee) pada tahun 2017 ketika Shaklee Trip di Jepun. Pada waktu ini usia Dr Yasuhiko ialah 94 tahun.
  • Memperkukuh sistem imun di dalam masa 3 hari
  • Membantu untuk digunakan untuk meningkatkan antibodi bagi melawan penyakit 
  • Melindungi daripada influenza
  • Meringankan tekanan dan kelesuan
  • Mengurangkan infeksi
  • Meningkatkan penghasilan interferon

Siapa Sesuai Menggunakan Nutriferon

Lelaki, wanita dan remaja. Seawal usia 13 tahun dan ke atas.

Testimoni Nutriferon Granules Shaklee

testimoni nutriferon granules shaklee denggi platelet naik
Syida makan Nutriferon time denggi. Alhamdulillah tak warded sebab platelet atas 150. Lagi pun pilih duduk rumah sebab menyusu. Tapi setiap hari gi emergency bertapa 4 jam untuk ambil darah masuk air. Platelet atas 150 pun sakit sangat dah tak tau la macam mana orang yang platelet 3 time denggi rasa macam mana.

testimoni nutriferon granules shaklee hfmd dewasa dan kanak-kanak
Kak Pia makan Nutriferon masa sakit. Pengalaman masa diri sendiri kena HFMD. Beberapa bulan kemudian anak pula kena HFMD. Bagi makan Nutriferon juga. Alhamdulillah asbab makan Nutriferon badan tak demam. Dalam 4 hari ok dah. Bintik dan sakit badan dah hilang. Sakitnya pun tak berlanjutan. Ulser dekat mulut seakan terbantut. Keluar sedikit sahaja.

testimoni nutriferon granules shaklee anak kurang sakit jarang masuk wad
Nutriferon asbab si kecik dah kurang masuk wad. Dari 3 ke 4 bulan sekali mesti masuk wad. Tapi selepas umur dia setahun bagi makan Nutriferon sendiri. 8 bulan dah tak masuk wad. Batuk or demam datang pun tak kerap walaupun masih ada.

testimoni nutriferon granules shaklee redakan batuk
Semalam dapat terus bagi dia makan masuk mulut terus, batuk pun tak dengar sangat dah.

testimoni nutriferon granules shaklee tonsil mengecil
Ok anak dah nampak ok sikit kalau tak besar tonsil ni ada kurang.
CARA NAK DAPATKAN NUTRIFERON SHAKLEE & MAKLUMAT LANJUT

1. Hubungi talian 0187684817 (Syaza) 

atau


2 comments:

  1. subhanallah...kalo tahun ni da 96 tahun Dr Yasuhiko tu kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer betul tu. Masih hidup lagi pada tahun ini ~ :) genap 4 tahun andai ada izin Allah, 100 tahun usianya. Masih gagah dan sihat :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.