Friday, 16 August 2019

Kekal Awet Muda Dengan 5 Tips Mudah Ini


5 Tips Nampak Muda Mudah

1. Rajin Senyum

Tak dapat dinafikan lagi. Hanya dengan senyuman, kita akan nampak lebih muda! Apabila kita senyum, otot muka yang digunakan adalah lebih bermanfaat daripada bermasam muka. Senyuman juga merupakan senaman wajah yang paling mudah dilakukan.

Jadi, senyum-senyumlah selalu. Kekalkan manis dalam senyuman, memang mudah nak nampak muda selalu.


2. Sebar Kebaikan

Tua atau muda, sentiasa beri dan sebarkan kebaikan. Sama ada kebaikan dari segi berkata, perbuatan mahu pun kedua-duanya sekali. Kerja penyebaran kebaikan akan membawa emosi yang baik kepada diri, mengekalkan kesihatan semasa dan boleh membantu menyerlahkan keceriaan pada wajah. Kerap membantu memberi kebaikan kepada seluruh persekitaran dan masyarakat agar kita lebih sihat dan kekal muda selamanya.


3. Sentiasa Berfikiran Positif

Fikiran yang positif akan menghasilkan tubuh badan yang lebih aktif dan cergas! Kalau nak tahu antara sebab utama kulit muka cepat kendur dan nampak kusam malah lebih teruk lagi kelihatan tua dari usia sebenar adalah berpunca daripada stress atau tekanan harian. Oleh itu, segeralah untuk sentiasa berfikiran positif walaupun dalam sekecil perkara agar dalaman kita terjaga dengan sempurna supaya wajah ceria berseri.


4. Jaga Kekemasan

Kekemasan kalau tak di jaga dengan sempurna, jangankan yang tua, yang muda trang tang tang pun akan nampak lebih tua dari yang tua. Periksa pakaian walau di mana saja kita berada. Kekemasan ni tak memerlukan pakaian dari jenama mahal, atau pakaian yang menjolok mata. Cukup sekadar bersih serta kemas dan paling penting kita selesa dengan kekemasan tersebut. Less is more.


5. Bersangka Baik

Sifat bersangka baik ini akan mendorong kepada fikiran yang positif dan akhirnya kita akan sentiasa tersenyum. Hasilnya? Ya wajah yang lebih muda dan disenangi ramai.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.