Thursday, 12 September 2019

5 Golongan Kerap Jatuh Sakit

5 orang golongan yang senang kerap mudah terdedah jatuh sakit

Kalau nak tahu ada 5 golongan yang kerap jatuh sakit kerana golongan ini kebiasaannya mudah terdedah kepada radikal bebas, virus dan bakteria di kawasan persekitaran. 

5 Golongan Kerap Jatuh Sakit

1. Pengembara


Mereka yang sering mengembara, travel atau sering dari satu tempat ke tempat yang lain (bekerja outstation dan lain-lain) sama ada kerana urusan kerja mahu pun untuk bercuti mudah terdedah kepada risiko untuk sering jatuh sakit. Hal ini kerana, golongan pengembara ini terdedah kepada kuman dari jarak dekat. Selain itu, mereka selalu berada dalam persekitaran tertutup dengan udara yang sama. Tidak dilupakan akibat daripada jet lag dan keletihan daripada perjalanan pergi dan balik.

Kesemua faktor di atas menyumbang untuk "menghentikan" gen yang berkaitan sistem pertahanan dan imun badan daripada bekerja dengan baik. Ini bermaksud mereka yang kerap mengembara tidak mendapat perlindungan sempurna terhadap penyakit berbanding dengan mereka yang kurang mengembara. 

2. Pekerja Syif Malam


Bekerja di waktu malam akan menjejaskan kitaran jam biologi semulajadi badan anda untuk mengawal tindak balas imun, menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University. Gangguan ini akan menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang jika tidak diatasi segera.

3. Pesakit Ulser Mulut


Kerap mendapat ulser mulut atau "mata ikan" menandakan seseorang mendapat kekurangan nutrien tertentu di dalam badan yang dapat melemahkan sistem imun badan.

4. Penggemar Makanan Manis


Dengan pengambilan makanan dan minuman manis tanpa had, ia akan menyebabkan badan lemah untuk melawan sebarang jangkitan bakteria dan virus. Paras gula dalam darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel imun pertahanan "koma". Kesan ini akan berterusan selama beberapa jam selepas pengambilan makanan dan minuman manis. 

5. Warga Emas


Apabila umur semakin meningkat sel imun akan menjadi kurang aktif dan lambat bertindak terhadap patogen. Hal ini akan mendedahkan anda kepada penyakit dan jangkitan. Secara keseluruhan, ia mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh di usia ini tanpa usaha meningkatkan imuniti secara konsisten.

Tingkatkan kesihatan sistem pertahanan dan imuniti badan anda hari ini dengan Nutriferon Granules dari Shaklee. Ketahui Fungsi dan Keistimewaan Interferon Semulajadi ini di sini >> Boost Up Imuniti dengan Nutriferon Shaklee.

2 comments:

  1. golongan kanak2 bawah 2 tahun pun selalu jatuh sakit....

    tp akak setuju ngn 5 golongan yg kerap sakit... cuma dalam cuaca yg berjerebu ni akak pun rasa mudah nk jatuh sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul kanak-kanak bawah 2 tahun selalu sakit. Normally yang breastfeeding sepenuhnya, jarang dapat sakit below 2 years. :)

      Huhu itulah jerebu! Di Bangi ni pun jerebu kemain. Harini nampak macam dah ok. Harap-harap hujan boleh reda sikit. Sedut nafas segar. Take care akak! <3

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.