Friday, 6 September 2019

Lebih dari Sekadar Anggur Biasa

kelebihan dan kebaikan anggur muscadine

Anggur Muscadine ialah anggur yang lebih daripada anggur biasa di pasaran. Ia merupakan jenis anggur yang jarang ditemui dalam pasaran. Oleh kerana harganya yang agak mahal, maka anggur muscadine ini sangat berharga. Kandungan nutrien di dalam anggur ini menjadikan ia semakin di cari dalam pasaran yang mementingkan kesihatan sejagat.

3 Kelebihan Utama Anggur Muscadine

1. Kromosom Lebih

kelebihan dan kebaikan anggur muscadine

Berbanding anggur biasa yang mempunyai kebiasaan 19 kromosom, anggur muscadine mempunyai 20 kandungan kromosom. Ini bermakna ia memiliki kuasa antioksidan tambahan!


✔️ Kromosom tambahan ini membolehkan anggur muscadine menghasilkan kepekatan asid elagik yang tinggi.

✔️ Asid elagik ialah sejenis polifenol dan didapati sebagai agen anti-radang, anti-virus, dan anti-bakteria yang berkuasa.

2. Kaya Polifenol

kelebihan dan kebaikan anggur muscadine

Kepekatan polifenol yang tinggi didapati berkesan untuk menjadi kawan baik kesihatan kita kerana sumber antioksidannya yang hebat.

✔️ Meningkatkan pengeluaran tenaga

✔️ Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat

✔️ Mengawal tahap tekanan darah dan glukosa yang sihat

✔️ Mengekalkan kesihatan sel

3. Kulit dan Biji Lebih Tebal

kelebihan dan kebaikan anggur muscadine

Anggur muscadine memiliki kulit dan biji yang lebih tebal berbanding anggur biasa di pasaran.


✔️ Ciri unik ini membolehkannya hidup di kawasan liar, tahan dari serangan serangga perosak dan boleh hidup dalam keadaan panas serta berpasir

✔️ Kulit dan benihnya mengandung 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksidan berbanding beri biru (blueberry), yang melindunginya dari serangan virus, bakteria, lumut dan perosak.

✔️ Berita baik! Dapatkan perlindungan antioksidan yang sama di dalam badan anda apabila anda mengambilnya. 

6 comments:

  1. Macam bentuk blueberry.. sekali pandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat poster tu bukan muscadine pun. Hehe.. kalau nak tau muscadine real punya yang di petik fresh boleh ke entry syaza kat sini clicky link

      The Real Anggur Muscadine

      Delete
  2. baru tahu pasal anggur ni... thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Kak Mia. Tak ada di jual di Malaysia tau ☺️ kalau nak cari kat overseas tu pun certain area je

      Delete
  3. First time dgr nama anggur ni. Mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaza sendiri belum pernah rasa Anggur Muscadine, Shirven. Tapi menurut kawan-kawan yang dah rasai sendiri dari ladang anggur ni waktu diorang ke Shaklee Global Conference di US haritu, memang lain dari yang lain rasanya. Tak macam anggur biasa. Lepas tu sangat crunchy. Kulitnya tebal. Boleh krup krap 😁

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.