Tuesday, 15 October 2019

6 Tips Elak Cramp Ketika Hamil Berulang

6 Tips Elak Cramp Ketika Hamil Berulang

Kekejangan, cramp semasa hamil adalah kesan daripada pergerakan otot yang kebiasaannya menyerang tapak kaki, betis, peha dan seluruh kawasan kaki. Ia fenomena biasa, menyerang di waktu malam terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Jom ikuti tips di bawah ini bagi mengelakkan masalah cramp ketika hamil ini. 

6 Tips Atasi Cramp Ketika Hamil

1. Senaman Regangan Betis

senaman regangan betis elak cramp ketika hamil
senaman regangan betis elak cramp ketika hamil
Regangan sebelum tidur boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan semasa mengandung. Berdiri dengan jarak sedepa lengan daripada dinding, letakkan tangan di hadapan dinding dan gerakkan kaki kanan ke bahagian belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, dan kekalkan posisi kaki kanan ke hadapan. Tahan dan regang selama 30 saar. Tukar kaki dan ulang regangan yang sama.

2. Kekal Aktif

Aktiviti fizikal yang kerap membantu untuk mengurangkan risiko cramp sewaktu hamil. Sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman, pastikan rujuk dahulu kepada pakar yang berkenaan.

3. Ambil Supplemen Magnesium

Pengambilan supplemen magnesium bantu elak masalah kejang masa mengandung. Selain itu, perbanyakkan juga makanan kaya magnesium seperti kekacang, dan bijian penuh.

4. Kekal Hidrat

Memastikan otot kekal hidrat, cukup air akan membantu mengelakkan cramp. Warna air kencing mesti jernih atau berwarna kuning cair. Ini ialah salah satu tanda kita dalam keadaan hidrat. Kalau warna air kencing pekat, ia salah satu tanda anda tak cukup minum air.

5. Ambil Kalsium Secukupnya

Pengambilan kalsium yang rendah semasa hamil akan menyumbang kepada masalah cramp yang lebih teruk! Semua wanita termasuklah wanita hamil wajib mendapatkan 1,000 milligram kalsium sehari.

6. Kasut yang Selesa

Pilih kasut yang selesa, dan menyokong pegerakan sihat semasa mengandung. Kasut yang menutup bahagian tumit sepenuhnya sangat membantu.  

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.