Tuesday, 1 October 2019

Check in Hotel Bajet Bawah RM 100 Melaka Swimming Pool Casa Bonita


Dah masuk Oktober la, hehehe. Sekejap je dah nak masuk the end of the year of 2019. Hari ni Syaza check in sekejap 2 malam di Casa Bonita. Suami outstation, jadi kita mengikut aje, hehehe. Walaupun sebenarnya kalau semua nak tahu Syaza pernah duduk dekat Melaka, bermastautin di sini, dan dah selalu sangat tour keliling Melaka hahahaha

Kredit gambar kepada mamakembartiga.com

Seronok budak ni main haha, tapi kena awasi ok sebab kedalaman paling rendah is 0.9 meter!
Tapi kali ni kita nak juga check in hotel Casa Bonita ni ha. Selalu lalu je depannya. Teringin juga nak tau isi dalamnya. So Syaza pun suggest pada Encik Suami jom la kita check in sini jap 2 malam. Tengok macam cantik je tempatnya, hehehe.

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Lobby Hotel :)

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Kafe ruangan menunggu

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Ruangan menunggu
Ada iron di koridor bilik
Ada water filter boleh refill air


Syaza order last minit. Petang nak masuk, pagi baru book hahaha. Syaza book dari Agoda. Murah! Memula tengok dekat Traveloka mahal, lepas tu buka Agoda wow wee. Murah dengan breakfast sekali only RM 69 je. Trivago? Sorry Trivago tak layan book last minute ni, no deal dia kata hahaha.

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Katil dia macam nak roboh, kriuk-kriuk bunyinya each time mengalih badan xD

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Ada meja kecik, to which di meja ini la Syaza tengah update entry ni :)

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Simple je tempat gantung, ok je :)

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Yang penting air ok and ada heater

pengalaman tidur di casa bonita melaka
Selesa, disediakan towel, syampu dan sabun. Berus dan ubat gigi tiada

So, cantik ke idak? Biasa je, standard 3 star, walaupun sebenarnya pada Syaza dia patut letak 2 star je. Ada 3 star lain yang lebih baik berbanding amaun yang kita bayar di sini. But overall, alhamdulillah everything is fine. Breakfast dia ada dua tempat, satu kawasan halal satu lagi chinese food. I am not sure sama ada chef tu mention chinese food nak kata tu tak halal atau macam mana, tapi tu la section sebelah sana jangan makan kata chef, hahaha. Stay 2 malam dan hidangan breakfast nya sama untuk 2 hari itu. Tak berubah, hehe. Kalau orang luar yang first time datang Melaka Syaza suggest instead ambil breakfast kat hotel, sebaiknya rasai sendiri pengalaman bersarapan di Warung Hajah Robiah dan Mee Bodo Hasan. Berhadapan sahaja dengan Casa Bonita Hotel. Jalan kaki je dah sampai. :)

breakfast di casa bonita melaka

breakfast di casa bonita melaka

breakfast di casa bonita melaka

breakfast di casa bonita melaka

breakfast di casa bonita melaka

breakfast di casa bonita melaka

breakfast di casa bonita melaka


Secara kesimpulannya, Casa Bonita sangat berbaloi untuk dijadikan tempat staycation sehari ke 2 malam di Melaka. Order dari Traveloka, Agoda atau Booking.com untuk dapatkan harga jimat poket! 



4 comments:

  1. alamak kenapa katil macam nak roboh pula tu hehe :) berbaloi lah kan stay sini anak-anak boleh main pool :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tidur sini semalam nanti tau kenapa nak roboh hahaa. xD

      Delete
  2. suka percutian bajet ni....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.