Wednesday, 2 October 2019

Nutrisi Kalsium Ketika Mengandung


Apabila kita mengandung, bayi yang membesar di dalam rahim memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang sihat serta kuat. Malah kalsium juga membantu untuk membantu perkembangan jantung, otot dan saraf bayi dengan lebih sihat bagi memastikan kebolehupayaan ritma jantung bayi berfungsi dengan baik.

Selain daripada itu, untuk ibu mengandung kalsium sangat penting bagi diri ibu itu sendiri dalam mengelakkan masalah darah tinggi dan preeklampsia. Sekiranya kita sebagai seorang ibu mengandung gagal mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung, bayi akan menyerap seluruh kalsium dari tubuh badan kita dan meninggalkan kita dengan kesihatan tulang yang bakal terjejas sama ada lambat atau cepat.

Berapa banyak kalsium yang ibu perlukan?

🤰 Wanita berusia 19 hingga 50 tahun : 1,000 mg sehari sebelum, semasa dan selepas mengandung
🤰 Wanita berusia 18 tahun ke bawah : 1,300 mg sehari sebelum, semasa dan selepas mengandung

Bagi memenuhi keperluan di atas, sebanyak 3 cawan penuh susu perlu di ambil setiap hari. Malah selepas bayi anda lahir dan sudah tidak lagi menyusu badan, teruskan memberi perhatian untuk keperluan kalsium harian anda. Kalsium sangat diperlukan bagi menguatkan tulang dan mengelakkan masalah osteoporosis di kemudian hari.

Makanan Sumber Kalsium

Susu dan produk tenusu yang lain adalah sumber paling utama, termasukalah ikan dalam tin seperti sardin dan juga bijirin penuh, jus, susu soya, roti dan makanan seperti nasi. Walaubagaimanapun tidak semua jenama dilengkapi kalsium sepenuhnya, periksa label sebelum membeli.
  • 1 cawan yogurt asal, 415 mg
  • 1.5 ounce keju mozarella, 333 mg
  • 3 ounce ikan sardin (bersama tulang), 325 mg
  • 8 ounce yogurt buah rendah lemak, 313 ke 384 mg
  • 8 ounce susu tanpa lemak, 299 mg
  • 8 ounce susu soya (dengan kalsium), 299 mg
  • 8 ounce susu penuh, 277 mg
  • 6 ounce jus oren (dengan kalsium), 261 mg
  • 1/2 cawan tofu (dengan kalsium), 253 mg
  • 3 ounce salmon pink bersama tulang, 181 mg
  • 1 cawan keju cottage (1% lemak susu), 138 mg
  • 1 cawan kale, 100 mg
  • 1/2 cawan bok choy, 74 mg
  • 1 keping roti putih, 73 mg

Pengambilan Suplemen Kalsium

Anda perlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium, oleh itu pastikan pengambilan Vitamin D mencukupi di dalam diet kehamilan anda. Suplemen kalsium datang dalam pelbagai bentuk, kebiasaannya adalah daripada kalsium karbonat dan kalsium nitrat.

Kalsium karbonat membekalkan kebanyakan kalsium tetapi memerluka ekstra asid perut untuk membantu ia dicernakan dengan baik, jadi sebaiknya kalsium jenis ini di ambil bersama makanan. Manakala, kalsium nitrat adalah yang paling senang di cerna oleh tubuh badan. Ia pilihan terbaik untuk para ibu yang ada masalah heartburn yang boleh membantu mengurangkan keasidan perut.

Apakah cadangan kalsium suplemen daripada Shaklee untuk keperluan kalsium ibu mengandung?

set kalsium shaklee untuk ibu mengandung

✅ Energizing Soy Protein (ESP)


  • Soya dengan tambahan kalsium
  • Berperisa vanilla
  • Membekalkan 500 mg kalsium dengan 1 hidangan
  • Dalam bentuk minuman
  • Harga ESP = RM 161.25

✅ Ostematrix


  • Pil kalsium 
  • Dalam bentuk pil
  • 1 caplets membekalkan 250 mg kalsium
  • Harga Ostematrix Shaklee = RM 61.25


KLIK UNTUK ORDER SET KALSIUM ANDA HARI INI

Baca Selanjutnya >>






2 comments:

  1. Masa Sha mengandung dulu, Sha amalkan minum susu setiap malam sebelum tidur.. memang sangat penting kalsium ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus tu kak sha. at least kena amek 3 gelas sehari susu baru cukup kalsium harian kita ")

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.