Friday, 4 October 2019

Ramen Asam Pedas Rare, Hanya di Melaka

tanjak sonsang asam pedas melaka

Hari Rabu malam, 2 Oktober 2019 sekali lagi kami suami isteri menjejakkan kaki ke restoran asam pedas yang sangat sedap di Melaka iaitu Tanjak Sonsang Asam Pedas. Baca betul-betul ya, sonsang bukan sonGsang! Hahaha

Sepanjang bermastautin di Melaka, Tanjak Sonsang Asam Pedas adalah yang paling sedap berbanding asam pedas di tempat lain. Dan kedainya hidangkan hidangan asam pedas rare. Ada banyak jenis telur ikan yang disediakan.

menu senarai harga tanjak sonsang asam pedas melaka
Menu Tanjak Sonsang Asam Pedas Melaka

Suami Syaza penggemar telur ikan duri atau ikan mayong, dekat Tanjak Sonsang ni memang always ada je stok telur ikan ni. Termasuklah juga telur belangkas yang dimasakkan dengan resepi asam pedas. Syaza tak berapa nak layan telur-telur ni, Syaza suka Ramen Asam Pedas dia. Sangat sedap. Sampai licin kuah dia ku hirup. Pedas ke tak ramen dia, Syaza? Agak pedas, tapi tak de la macam Samyang atau Maggi Pedas Giler. Sedap dan pedas yang sedap dan boleh dihabiskan! Nyum. Kecur air liur waktu taip entry ni, heheh

Belah kanan suami Syaza punya asam pedas telur ikan duri, yang kiri is mine! Ramen Asam Pedas Udang. Ya Allah serius sedap sangat

Kedai Tanjak Sonsang ni dia di tepi jalan. Betul-betul tepi jalan. Kalau nak masuk simpang kedai ni akan nampak signboard kedai ni. Waktu operasi bermula pukul 6.30 petang sampai 11.30 malam. 

tanjak sonsang asam pedas melaka
Yummy! Satu hidangan ni RM 26

Siapa yang tengah mengidam telur ikan rare macam ikan duri, ikan mayong, ikan parang, belangkas atau ketam nipah, udang galah bolehlah datang ke sini. Selain asam pedas ada juga menu yang biasa macam nasi goreng semua tu. Harganya sangat berpatutan! 

Set nasi percuma dengan sambal belacan, telur asin, keropok dan timun

Cara nak datang ke sini, boleh WAZE Tanjak Sonsang Asam Pedas Melaka. Boleh follow juga Instagram dengan Facebook diorang. Mana tau ada menu rare lagi, kan? Wohoo. Ok boleh dah tu ajak cik suami start enjin kereta gi makan sekarang, hehehe.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.