Wednesday, 6 November 2019

7 Manfaat Luar Biasa Zink

7 manfaat kebaikan zink

Gelaran mineral lelaki macho yang di beri sesetengah orang menyebabkan Zink begitu popular dalam kalangan lelaki terutama sekali. Ada juga yang menggelarkan sebagai nutrien yang baik untuk sel dan membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Walau apa pun gelaran yang Zink dapat, ia sememangnya mineral yang mujarab dan berkesan dalam memberikan pelbagai manfaat kesihatan, tidak kira sama ada untuk lelaki mahu pun wanita.

7 Manfaat Luar Biasa Zink

1. Meningkatkan Kesihatan Imun

Para penyelidik mendapati bahawa zink membantu di dalam memberi kawalan terhadap keradangan. 
  • Mengurangkan tempoh masa seseorang selesema
  • Memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel imun untuk berfungsi secara optimum

2. Rambut Kuat dan Berkilau

Zink sangat penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel sihat dan bagi prestasi badan yang dapat berfungsi sempurna.
  • Menyokong struktur rambut yang lebih kuat
  • Membina folikel rambut yang sihat
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan rambut
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. Kulit Cantik dan Berseri

Sifat zink yang anti radang menyebabkan ia sangat membantu untuk mencegah radang dari berlaku serta meningkatkan pembaharuan sel, dan penyembuhan kulit dari dalam yang lebih sihat.
  • Merawat jerawat dan melegakan radang kulit untuk kulit yang berseri

4. Permulaan untuk Keluarga Sihat

Zink bekerjasama dengan enzim lain untuk mengekalkan taraf kesihatan sistem reproduktif lelaki dan wanita.
  • Dalam kalangan wanita, zink membantu bagi mengawalatur hormon dan pengeluaran telur serta mengekalkan paras cecair folikel di tahap normal. Malah ia juga membantu pergerakan telur menuju rahim bagi proses penempelan.
  • Untuk lelaki, zink membantu mepertingkat jumlah sperma, memperbaiki bentuk, fungsi serta kualiti sperma

5. Meningkatkan Memori dan Fokus

Pusat memori dan pemelajaran otak mempunyai tahap zink yang tertinggi. 
  • Zink membantu meningkatkan komunikasi di antara neuron untuk urusan pemprosesan maklumat yang lebih cekap
  • Zink melindungi saraf dan tisu otak

6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina Tubuh Badan

Zink membantu menukarkan makanan kepada tenaga supaya kita mempunyai tenaga untuk kehidupan harian.
  • Meningkatkan prestasi ketika bersukan dan bersenam
  • Menggalakkan kekuatan otot dan ketahanan otot yang lebih baik

7. Mempercepat Proses Penyembuhan Luka

Zink memainkan peranan penting dalam melawan jangkitan, penghasilan tisu baru serta mengelakkan jangkitan kepada luka.
  • Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit
  • Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhakan luka
  • Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah

Perlukan Suplemen Zink? Dapatkan Zinc Plus Shaklee hari ini. Baca selanjutnya, Fungsi, Kelebihan dan Keistimewaan Zinc Plus Shaklee.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.