Wednesday, 6 November 2019

Ketahui 7 Kelebihan Zink Untuk Wanita Hari Ini

Mineral penting zink diperlukan wanita untuk kekal sihat. Walaupun keperluan zink ini cuma sedikit, tapi ia mampu untuk berikan banyak kebaikan.

7 Kebaikan Zinc Untuk Wanita

1. Rambut Kuat dan Berkilau

Zink diperlukan bagi pertumbuhan sel, menyokong penghasilan sel yang optimum. Struktur rambut menjadi lebih kuat dengan kecukupan pengambilan zink dalam kehidupan harian wanita. Malah ia turut menyumbang untuk proses folikel rambut yang sihat selain daripada mempercepat penghasilan folikel rambut. Masalah rambut gugur dapat dielakkan dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

2. Kulit Cantik dan Berseri

Sifat zink yang anti keradangan membantu mencegah masalah kulit akibat radang seperti jerawat. Ia meninggalkan kulit yang berseri dengan meningkatkan pembaharuan sel serta mempercepat penyembuhan luka pada kulit seperti kesan luka selepas memicit jerawat.

3. Permulaan yang Sihat

Zink bekerja bersama dengan enzim lain untuk mengekalkan taraf kesihatan sistem reproduktif untuk wanita. Ia membantu mengawal hormon, memudahkan pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal. Selain itu, ia juga membantu untuk pergerakan telur menuju ke rahim bagi proses penempelan,

4. Tidur Lena dan Nyenyak

Dengan tidur yang lebih nyenyak, badan wanita boleh berehat dan kembali bertenaga. Zink membantu di dalam menggalakkan serta mengawal cara tidur yang lebih sihat. Selain itu ia memberi tidur yang lena (deep sleep) untuk kesegaran dan menjadi aktif, setiap hari!

5. Meningkatkan Memori dan Pemelajaran

Pusat memori dan pemelajaran otak iaitu hipokampus mempunyai tahap zink tertinggi. Ia meningkatkan komunikasi di antara neuron bagi tujuan pemprosesan maklumat yang lebih cekap selain daripada melindungi saraf dan tisu otak.

6. Mempercepat Sembuh Luka

Zink memainkan peranan penting dala sistem pertahanan imun tubuh badan, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru serta mengelakkan jangkitan pada luka. Ia mengekalkan ketahanan dan struktur kulit. Selain itu zink menghasilkan protein dan kolagen yang bertanggungjawab untuk tujuan penyembuhan luka. Bagi pembekuan darah, zink memainkan peranan yang sangat penting untuk ini.

7. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink menukarkan makanan menjadi tenaga supaya wanita dapat menikmati dan menjalani hari dengan sistem stamina di tahap paling opimum. Ia juga meningkatkan prestasi suka serta memberi galakan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.

Perlukan suplemen zink? Dapatkan Zinc Plus Shaklee hari ini. Baca selanjutnya Fungsi, Kebaikan dan Keistimewaan Zinc Plus Shaklee. Hubungi Syaza di talian 0187684817 bagi maklumat lanjut.


Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comment:

  1. macam2 kelebihan zink ni rupanya ya... tang untuk tidur nyeyak itu paling utama tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. Salam kunjung balas akan menyusul, inshaAllah.

Stay gorgeous and healthy! ^_^

Nak order Shaklee?
Boleh terus call/WhatsApp Syaza di talian +6018-768-4817.