3 Tanda Susu Badan Sikit

0 10 Comments

susu sikit
Kejadian susu sikit sebenarnya sangat jarang berlaku sekiranya anda mengikut cara dan teknik yang betul dalam penyusuan ibu. Namun, kadangkala, ia boleh berlaku. Cara paling mudah nak kenal dan tahu susu badan kita sikit adalah dari pengamatan dan pemerhatian terhadap anak kita.
3 Tanda Susu Badan Sikit 
🔵 Masalah Berat Badan

Normal untuk newborn, hilang beberapa kgs sehingga 5% ke 7% dari berat badan sewaktu lahir dulu. Ada juga yang hilang sehingga 10% dari berat asal! Namun, selepas proses normal ini, mereka wajib untuk mendapat kenaikan berat badan sekurang-kurangnya 20 hingga 30g sehari dan kembali ke berat asal (seperti baru lahir) pada hari ke 10 hingga 14 kelahiran. Jika, anak anda kurang 10% atau lebih berat badan asal, dan dia tidak mengalami kenaikan berat badan secara normal, ini adalah tanda awal dan utama susu anda tidak mencukupi untuknya.
Baca Selanjutnya >> Milkbooster Shaklee untuk Susu Sikit
🔵 Kurang buang air kecil dan besar

Bilangan buang air kecil dan besar dalam masa sehari adalah indikator terbaik sama ada anak anda mendapatkan susu yang cukup atau tidak. Berapa kali yang dikatakan normal bilangan pembuangan ini? Bergantung kepada anak anda. Ada bayi yang 7 hingga 8 kali dan ada yang kurang dan lebih. Minimum, sekurang-kurangnya 4 kali sehari dengan keadaan najis yang normal.

set menyusu shaklee


🔵 Dehidrasi

Sekiranya anak anda mempunyai air kencing seakan warna teh pekat, mulut kering atau masalah kuning (jaundis; kulit dan mata kuning), atau anak anda tidak mahu menyusu, ini adalah petanda awal dia sedang mengalami dehidrasi atau kurang air melampau. Demam, cirit birit, muntah dan badan panas akan menyebabkan susulan dari ini. Susu ibu, 90% adalah air, sekiranya anak tak dapat susu yang cukup kerana susu anda sikit, mereka akan kena dehidrasi.
Baca Selanjutnya >> 

Categories: