6 Vitamin Penting Kehamilan Sihat

0 Comments

6 Vitamin Penting Kehamilan Sihat

Mengandung atau hamil ialah sebuah proses yang melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan bayi yang dikandungnya. Dengan menjaga kesihatan, seorang Ibu boleh memberi kesan sama ada baik atau buruk terhadap anak yang di kandung. Kesihatan di sini termasuklah yang berkaitan dengan fizikal, mental dan rohani. Secara tak langsung, anak di dalam rahim akan mendapat kesan daripada tindak tanduk Ibu.

Jika dari segi kesihatan fizikal, pemakanan yang sihat, suplimen terkawal dan senaman yang khas bagi Ibu bersalin amat perlu dititikberatkan. Seorang Ibu yang mengandung perlu sentiasa memastikan zat dan nutrisi terpelihara hari demi hari bagi memastikan bayi dalam perut mendapat sepenuhnya nutrien dan zat penting. Hal ini sangat perlu di ambil berat kerana kekurangan zat dan vitamin penting hanya menyebabkan berlakunya perkara yang tak diingini kepada bayi.

Spina Bifida adalah kesan kepada bayi akibat Ibu yang tidak menitikberatkan pengambilan asid folik seawal sekurang-kurangnya 3 bulan kehamilan pertama

Selain daripada itu, kekurangan vitamin sepanjang tempoh kehamilan boleh menyebabkan risiko kepada Ibu seperti

  • Pre-eklampsia
  • Kencing Manis masa Mengandung (Gestational Diabetes GDM)
  • Berat badan berlebihan
  • Keletihan
  • Alahan yang melampau
  • Selalu loya dan menjejaskan kehidupan harian sepenuhnya
  • Kulit kusam
  • Sering jatuh sakit
  • Selalu kekejangan, cramp, tarik mengkarung, simpul biawak
  • Sembelit dan buasir
  • Bacaan Haemoglobin (HB) rendah
  • Anemia, kurang darah merah
  • Dan lain-lain

Walaubagaimanapun dengan usaha dari diri kita sendiri bagi memastikan sepanjang tempoh mengandung untuk menyediakan pemakanan sihat dan vitamin secukupnya, ia boleh membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi itu. Perlu di ingat, ketika mengandung keperluan nutrien kita tak sama macam orang biasa yang tak mengandung, nak atau tidak kita sangat memerlukan vitamin untuk menutupi lompong keperluan nutrisi harian bagi kita dan bayi.

6 Vitamin Penting Sepanjang Kehamilan

apa vitamin yang penting untuk kehamilan sihat bagi ibu dan anak dalam perut bayi
Apa yang kita perlu bagi menjamin kehamilan sihat?
KALSIUM

Kalsium sangat diperlukan bagi membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat serta sihat bagi bayi dan mengelakkan risiko untuk sering berlaku kekejangan kepada Ibu. Malah ia turut membantu menguatkan tulang dan gigi Ibu. Barulah masa mengandung kurang masalah atau risiko untuk sakit gigi/gigi reput.

VITAMIN B

Asid folik adalah dalam kategori vitamin B12, menyokong kesihatan dan perkembangan saraf bayi. Dan ia juga mengurangkan risiko berlakunya masalah kecacatan tiub neural seperti spina bifida pada bayi yang dilahirkan.

PROTEIN

Protein diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan tisu penting bayi termasuk perkembangan pertumbuhan otak. Selain daripada itu, ia membantu untuk mengurangkan masalah letih dan lesu kepada Ibu. Sebanyak 75 gram hingga 100 gram protein diperlukan dalam sehari oleh Ibu yang hamil bagi membantu tisu rahim dan payudara berkembang dengan bik untuk memainkan peranan penting dalam meningkatkan bekalan darah.

ZAT BESI/IRON

Membantu di dalam pembentukan sel darah merah. Meningkatkan bacaan HB dan mengelakkan masalah kelesuan serta letih. Apabila HB Ibu yang mengandung cukup, secara langsung ia akan membekalkan bekalan oksigen yang cukup untuk Ibu dan bayi.

VITAMIN C

Menyokong kesihatan imun, serta mengurangkan risiko Ibu mudah jatuh sakit. Dan ia juga membantu memberikan kulit yang lebih sihat kepada Ibu

OMEGA 3

Omega 3 sangat diperlukan bagi membantu perkembangan otak bayi. Kajian menunjukkan bahawa Ibu yang mengamalkan omega 3 ketika mengandung melahirkan bayi yang memiliki kelebihan menyelesaikan masalah seawal usia 9 bulan berbanding bayi kepada Ibu yang tak ambil Omega 3 semasa kehamilan.

Set Hamil Shaklee Membekalkan 6 Vitamin Penting Mengandung

Set Hamil Shaklee membekalkan vitamin penting sepanjang kehamilan mengandung
Set Hamil Shaklee, Membekalkan 6 Vitamin Penting sepanjang kehamilan

Cramp atau selalu kejang masa hamil? Baca di sini >> 6 Benda Wajib Tahu, Cramp Masa Hamil

Set Hamil Shaklee membekalkan kesemua 6 vitamin penting yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Maklumat lanjut lebih lengkap tentang Set Hamil Shaklee >> Set Hamil Shaklee (Fungsi dan Harga)

Categories: